Rasanya baru semalam aku ponteng puasa.
Pagi hening yang indah menanti waktu yang sesuai untuk bersahur. Alhamdulillah. Agak janggal rasanya bersahur pada hari pertama puasa tanpa masakkan ibu. Air tangan insan yang paling menyayangi kita. Teringat mak Khai selalu pesan before suapan pertama masa sahur tu, dia akan suruh Khai kepal-kepal’kan sedikit nasi putih untuk dijamah terlebih dahulu (beserta niat dia yang Khai sendiri dah tak ingat). Kata mak, sekepal nasi tu nanti yang akan membantu kita untuk terus segar menunaikan ibadah puasa.
Hari ini bermulalah 1 Ramadhan lagi untuk ke-22 kali’nya dalam hidup Khai di mana sekali lagi kecewa dan tunduknya syaitan dan iblis dengan perintah Allah SWT untuk ke bilik perkurungan buat sementara waktu supaya anak-anak Adam dapat berpuasa dan beribadah dengan tenang pada bulan penuh mulia ini. So kalau pukul 11 pagi korang dah geledah dapur cari Maggie, tolong jangan nak salahkan syaitan yang hasut sebab korang tu yang lebih setan daripada syaitan. Hehehe.
Dikesempatan hari baik bulan baik ini, di dalam sebuah artikel khas yang pendek dan comel (lol) ini, adalah baik jika Khai sekali lagi dengan penuh merendah-diri memohon maaf secara rasmi di sini buat semua manusia yang mengenali Khai secara realiti atau sekadar di dunia maya sahaja. (more…)