Blogging versi tepi pantai Ilham Resort, Port Dickson
Hujung minggu ni memang heaven sangat-sangat la kan kalau dapat lari jauh sikit dari hiruk pikuk KL. Orang kata KL tu syurga dunia tapi bagi Khai memang tak ubah macam neraka dunia. Dan selalu blogging kat Justkhai ni dari bilik dengan view dinding bilik yang kini bewarna hijau. Untuk entri kali ni dengan view indah permai menghadap laut. MasyaAllah indah sungguh ciptaan Allah.
Ini first time bercuti-cuti Malaysia dengan member-member. Hujung minggu ni baru masing-masing ada masa terluang nak bercuti. Ada yang masih student dan ada juga yang dah bekerja. Khai sorang je la yang tak bekerja. Penanam anggur yang berjaya (penganggur). Tak gitu? Hehe.
Area pilihan kitorang kali ni adalah Ilham Resort, Port Dickson. Almaklumlah dekat dengan KL kan?. Selalunya kitorang lariskan kempen bercuti kat luar negara je. Tokyo, London, Korea dan Bali. Tapi itu semua dalam mimpi je lah. Belum direalisasikan lagi. Kahkah! Tapi memang best gila la tempat ni. Nama pun ilham dan memang betul-betullah memberi ilham yang pelbagai bila dah balik ke neraka dunia semula esok.
Dari view apartment ni hujung sana nampak laut yang luas terbentang. Belakang sikit dari laut tu nampak kehijauan tumbuh-tumbuhan. Dan belakang tumbuh-tumbuhan tu ada kolam renang yang dipenuhi anak dara dan mak dara sedang bermandi-manda. Tak ke indah tu? Hahaha. Gambar kat bawah ni adalah exactly view dari rumah ni.
Harga apartment ni RM400 untuk satu malam. Check-in pukul 3 petang dan berambus pukul 12 tengahari esok. Sama la macam mana-mana hotel korang pergi pun. Tapi hari ni rasa hensem gila bila entah macamana manis mulut member sorang ni, harga RM400 boleh dapat RM265 je. Selebihnya? Boleh buat jalan-jalan cari pasal lagi.
Dan ketika entri ini ditulis, tinggal sorang je dalam rumah. Budak-budak ni semua pergi mandi laut. Rasa malas pulak nak follow sebab kesan kehitaman masa mandi kat Cherating last month pun still ada lagi kot. Pukul 8 malam karang, nak buat BBQ pulak tepi laut sambil lepak-lepak main gitar dan layan Facebook. Oh! Indahnya.
Lupa nak kasitahu, ni blogging guna Celakakom Berukband (Celcom Broadband) member punya. Walaupun slow tahap cipanzi (edge je), tapi kira bersyukur dapat jugak online. Nak buat camana kalau dah tak boleh hidup tanpa internet. Even bercuti pun, internet mesti wajib ada. Hehehe.
Paiseh, sebelum dengar mulut-mulut diorang membebel pasal kecantikkan pantai dan kegembiraan time mandi bersama awek–awek yang ada kat Ilham Resort ni, baiklah pergi join kejap sebelum terlambat. Hari pun dah redup. Ok guys, konklusinya kalau pergi Port Dickson, korang lepak la dekat Ilham Resort ni sebab memang berbaloi la sangat-sangat. Terbaik dari segala aspek! Teehee!
Sorry ek! Gambar memang banyak tapi dah internet ni lembap semacam, memang susah lah nak upload share dengan korang. So kalau nak nengok view yang lain, datanglah sendiri. Wohoo! (macam lah korang tak boleh nak Google ek? Hahaha). Errr, haruslah Ilham Resort ni kasi aku duduk sini percuma selama setahun sebab dari tadi asyik puji-memuji je langsung takde yang tak eloknya ye tak? Haha. Jap fikir apa yang tak bagus kat sini. Emm.. Apa ek! Alamak, memang boleh dikatakan semuanya perfect! Cis!
Oh ya, ini nasihat untuk korang yang nak bercuti kat Port Dickson. Jangan sesekali la pergi kat Glory Beach Resort ke atau mana-mana resort dalam kawasan Port Dickson. Korang terus ikut signboard ke Teluk Kemang je sebab Teluk Kemang pantai dia bersih tapi kalau kat area yang betul-betul Port Dickson tu, air laut boleh diketegorikan sebagai air sampah sebab berdekatan dengan pelantar minyak. Tadi dah pergi Glory Bearch Resort, terus cancel bila nengok air laut yang dah serupa air najis.
Note: Nak nengok gambar yang lain boleh nengok kat Facebook Khai ya..
Pssttt: Hari ni juga adalah hari ibu dan ku dedikasikan entri ini kepada ibuku yang tercinta. Tapi apa motif nak dedikasi’kan entri ni kalau tak bawak dia sekali? Gila kejam! Hurm, sekadar nak beritahu ibuku yang tercinta, yang anak mak ni dah besar dah mak. Dah pandai pergi bercuti sendiri pakai duit sendiri. Tak macam kecik-kecik dulu mak je yang selalu bawak kan? Hehehe. Saya sayang mak!! I love u! Semoga mak dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Mak jangan pergi dulu ye sebelum saya pergi. Saya tak sanggup nak lalui.
ahaks gi bercuti…nice… tiara beach resort ke tu? aku teringin nak bercuti lagi la ke pulau2… hopefully kalo jadi nk gi redang island…perhentian island dah pegi..mmg best…so prt dickson dah pegi jugak…. sesungguhnya bercuti itu best! :bloody:
wahh… bilik Khai warna hijau… apasal tak cat kaler biru?… keh3 ๐
wah..bestnyer die..dapat bercuti..nak2 nagn duit sendri tuh..mesti rs sangt2 best kan.. ๐
heppy mothers day!
adoyy.. tetibe ley tertacing lak ngan ayat terakhir tue… *lap2 air mata* xder sape pon yg sanggup khai… tp smua itu di tgn Allah.. ^_^
enjoy ur day… menghirup udara segar.. x der la dok menhirup udara recycle dalam bilik jek.. =p
hoh perfect segala2 ke khai?
takkan tak de wifi kot kalau dah perfect tu? :o: :o:
Wifi ada tapi cam biasa la kat lobby je. Dalam bilik, sendiri mau ingat la. hehehe..
Khai bukan ke kat PD ada buaya? Keh3
PS*Teringat entri oh tidak ada buaya kat laut ๐
dinding bilik kaler hijau petronas ke bro? hak3.. kt PD aku suke time malam.. best.. dah lama tak pegi sana.. :8
hijau daun pisang la anarm. hehehe..
PD memang best, tapi pantai dia makin hari makin kurengg. Masih lagi tercari cari pantai terbaikkk di semenanjung. ๐
Wow..nice place…
Best nie klu pergi holiday…tmbh2 ngan mmbe2…
mmg layanz r…
entri yg bgos…promotion mantop…hehee…
glory beach resort dah kotor ke sekarang..pernah pergi, tapi dah lama dah.. :bloody:
mahal gila nak pergi ilham ni..4 rat tu semalam..bape bintang punye resort ni?
hah…line edge
ta rase lame ke nk upload belog nie?
orang ckp Ilham tu keras skit…betul ke? :p
tapi aku tgk rancak je org dtg situ…selamat kot..
Keras? Alhamdulillah takde jadi apa-apa plak masa kat sana. Maybe sebab takde sapa yang suka cakap besar atau yang lemah semangat kot. Hehehe..
dengar kata beli cd ps3
title die pe?
bleh pinjam nanti
hehe
Refer sini bro : http://bit.ly/blrmoo (facebook. Add khai dulu ye kalau x boleh ngk)
ayat last sedeyh
Lepas ni pergi cuti dengan geng2 blogger plak ok?
Bestnya dia pi becuti.
Daku gak kena keje je manjang.
perghh rugi aku tak ikot ko.. tapi takleh juga sbb aku ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan selain enjoy dgn kwn2.. lain hari aku join ok geng.. tu pon kalo ko bagi aku join la.. hahaha.. bape ramai lepak sana hari ni? sape la yg mulut manis tu kan? hahaha.. ๐
Bak sini no tipon member ko yang mulut manis nie, nnt aku pegi sana ajak dia jer.. Boleh tolak kos tu..
aku praktikel sini dulu weh..meh manes2 mulot ngn aku meh..wahahaha..!!
ala praktikal je ke.. rugi ar tak kerja sekali.. kalau x leh ngorat2 kan? hehehe…
@menteil – hahaha.. ada lah…
haha. comel. ๐
cis..siap lepak hotel lagi tu…
kate nak bawak bb skali..x roger pun de..
sure best kan lepak mandi leut reramai…
Anyway,glory beach resort tu mmg bukan utk mandi..kat situ bestnye hotel+pool yg paling bsr je dr yg lain ๐
ok enjoy ur day..take care~
alamak sis! hehe.. x jadi amik bb sebab member dah bawak satu. Lappy pon org tak bawak. pakai member nye juga. Hehehe..
Thanks sis!
Selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja.
Selamat bercuti.. hehe
baca entri ini di hari Isnin di tempat kerja, terus rasa nak sangat gi cuti huhuhuhu :[
Di panjangkan umur di murahkan rezeki dan yg paling penting sekali sihat walafiat selalu.
Apa guna umur panjang tapi tiap masa telantar aje atas katil. Sakit sana sakit sini……
tepi pantai tuh ada banglo tak siap..dulu dua bijik and last time aku p tinggal sebijik..port geng aku konvoi + camping..annual events. syok woh mandi situ..cuma dia cam teluk..bila surut tuh lenguh kaki nak cari air..haha..pagi2 n lewat petang boleh la nak mandi..
haha.. betul la.. batu lagi satu hal plak kalau air surut. Bersepah2. Susah gak la nak mandi. Hehe..
kalau nak pegi pantai yg best2 kat PD kena pandai cari la. Telk kemang is good option. Hahaha, kalau tak kena tempat, tgah2 seronok mandi ada la yang termakan diapers baby tak pon tuala-tuala wanita. ๐
whoa… pergi bercuti, apsal ko tak guna jer Wifi kat situ atau tempat tu takde wifi… boleh tengok picture lagi banyak…hehe..
kalau ada $$$ lebih, aku pergi la.. PD dah teruk da, lepas mandi badan jadi cam orang minyak la jawabnya.. :-[)
lame x gie pd..rindu laks..
dengar cite kat situ berhantu..ye ek? hehe
hari tu saya pergi casa rachado PD..area teluk kemang rsanya..best juga
woa….suatu hari nnt saya pasti jejak kaki ke negeri smbilan..
chantik2…
Celakakom Berukband pandai ko itu ja yg aku dapat … ๐
wa..bestnye..nak juga la nanti… ๐
tak tersangka ada resort yang cantik lagi
sebab selalu dengan family gi Resort Sri Intan hahaha
takpe takpe tahun depan cuba recommend
hoho..mmg bestla mr khai pegi cuti2 malaysia..kire sahut seruan kerajaan untuk bercuti dalam malaysia..oh!bgusnya..hehe..
thanks khai sbb kasi preview baik punyer..sgt membantu.. ๐
” Mak jangan pergi dulu ye sebelum saya pergi. Saya tak sanggup nak lalui. ” – terharu dengan ayat ni, walaupun aku xde lah rapat sangat dengan mak aku ni, tapi kadang2 terpikir gak, macam mana bila dia sudah tiada. seolah2 mcm tak sanggup je nk lalui hari2 selepas dia tiada…. =( =( =(
haihs, rs mcm nak pergi bercuti skrg jugak!!
sweet la kata2 khai utk mak khai tu.. ๐
best tu Ilham Resort.
Glory Beach Resort, memang betul pantai dia sgt kotor.
tapi kesian jugak dkt diorg, disebabkan resort sebelah diorg,
pantai diorg yg jadi makin kotor. akhir tahun lepas ke sana tapi tak mandi pantai pun
penah menginap kat Tiara Beach Resort kat PD. tapi tak tau berapa kos per nite. sebab pegi under program. mmg free semuanya. lama dah tak g PD. dulu pergi pas SPM. dah 6 tahun dah. hoho.
nice view la resort nih. cantekk!
eh? ak x komen lagik??
[>.<] waaaaaaaaaa……..nakkk pegiiii…suatu ari nk p jgkkkkkkk
hoho ko update gambar lagi eh.. gambar last tu aku mcm kenal 2 orang aje.. mana sorang agi eh?
yg ko jumpa aritu sorang je yg ikut.. yg developer jugak tu. Hehe.. yang lain tu ko x kenal kot..
salam bro… ni tempat kije aku nih… heheh… ko sewa 4 broom apartment ke 3 1/2??tp
ouh really? kerja bahagian mana? ntah2 ada terngorat ke semalam.. hahahaha..kitorang sewa yang ada 2 bilik tu je kot. Satu bilik lagi dia lock. Kiranya apartment tu ada 3 bilik la.. ๐
uu… bestnyer..
mane satu ek ko khai.. mesti yang dok sorg tu kan…
tp pasal air kotor tu mmg betul, kawan aku ckp kwsan tu kumbahan pun dieorg buang kat situ.. so jgn pergi.. jadi pantai yg bersih, kang tak pasal2 kor kene mandi junub he3,, ??
Huh.. best betul ek.. dlm pix2 yg ko upload mmg betul chantek!!… aku p0n rase nak becuti gak la.. tapi erm nantilah.. betul lagi mcm ko penganggur berjaya… ๐
anak ‘mak’ sorang ni mmg dah pandai g bercuti dgn duit sendiri, tapi nape tak bawak ‘mak’ skali dgn duit tu.. huhuu.. mmg kejam.. ๐
sbb ni bercuti dengan kawan-kawan.. diorang pun x bawak mak diorang.. Hehee.. Family punya percutian dalam plan.. ๐
gila gempak aaa view kat situ.. rasa cam nak pi jugak.. memang syok bercuti ngan kawan-kawan.. sebelum kawin aku nak bercuti puas-puas dengan kawan-kawan.. ahahaha.. nak pi amsterdam.. :p
wow best tuh! nk bercutian gak la kt situ nnt.. haha akhirnya, guna jgk berukband eh? hehe.. kt situ takde wifi ke? anyway, selamat ibu day kpd semua ibu & bakal ibu. ๐
wah,baru pasan.edisi anti perempuan jalang.terbaek! kakaka
assalamualaikum…
baru pasan gak blog dah edisi baru…
heh hg hangin kat sapa khai…
hmm mcm truk ja bunyi pntai PD ni…
silalah ke langkawi…
pyh jmpa pntai kotor…
skit2 ada la kot…
itu pon sampah…kumbahan2 xda…
ai en. khai..
lamer giler x datag cni..
sjak de totrial blog 2
kini dtg blik..huhu
dengan bangganya.. aku pernah pg tempat ni..hahhaa… siap jumpa maya karin… time tu ada event wwf…
cantiknya tempat. tapi PD saya belum pernah sampai lg.
belum sampai seru kot. tapi sekali sekala bagus gak nak bagi hilang tension. 8)
wa..best2, da lame tak p..tempat nie memang cantik, bole ilang tension..
apsal semua org tetiba pegi PD nih? aku check euveng punya blog-post pun pegi PD? http://euveng.com/2010/05/avillion-pds-best-kept-secret/
ni yg nak kene amik vacation nih! :8 :8
fuyoh, g cuti tak ajak aku. bape orang ko g? mesti layan gila dapat bercuti, aku gak yang sengal kat perlis ni. org lain sibuk balik umah bercuti, aku duk sibuk sepak bola nak g masum cup la katakan. haha, anyway bro. mish ur blog, dah lama tak lepak sini. maklumlah, hosting aku wat hal minggu lepas, terus ikut jejak ko. memang terbaiklah serverfreak. ๐ anyway, bila nak g bercuti lagi? boleh la aku join. hehe
Salam khai….wahhh….dpek gak yo ekau poie
mencari ilham kek Ilham Resort ni. Tahniah la!
Den ponah yo poie ctu….lamo dah..dlm 3-4 thn lopeh…
tp maso tu xla bpo best…ni den tgok cam bkonan
lak nk poie…heheheh
Eh, ekau x poie naik Rumah Api Tg. Tuan ko alang2
dh dok kek ctu? Humang aihhh…pmndgn eh…laut nan indah
tbontang jang…! Sayup mato memandang…..
kok x silap kek ctu la kito buleh nengok sempadan
indonesia ghaso eh…. ๐
Uiks.. rasa rugi plak x naik rumah api tu.. Hehehe.. Tapi cucudatoknaning, Khai pergi satu malam je kat situ. Saja2 lepak2 dgn member2. So nak naik rumah api tu memanglah sangat2 tak sempat. Maybe next time. Harus naik! Biar betik boleh nampak sempadan Indonesia? :bloody:
Wow~~ any online contest for me to win a trip to Port Dickson? Hehe =p
bestnye….. yg dlm plan tu jangan lupe ye khai.. :-*
khai… aku kat sini keje kat marketing dept.. ko x jumpe aku kot sedbab time tu time aku cuti.. neway, on behalf pnb ilham resorrt aku nak ucap time kasih coz sudi promote resort kitorg kat sini… n kitorg berbesar hati ko suke ngan servis n environment resort… ๐ errr…memang kalo cuace baik dari umah api tu ko bleh nampak sempadan indon beb…. so kalo nak tengok, jgn x pegi lagi…mesti pegii… hihiih….
Eh ye ke? Hehehe.. nanti kalau Khai gi sana lagi, jgn lupa kasi diskaun taw.. hahaha..
ok lepas ni kalau gi lagi, mesti x lupa nya naik rumah api tu.. InsyaAllah.. ๐
korang ckp sal pe? nak tahu gakkkkkkk em hey spe awek cntik kt sne? nk
tahu gk………………………….. 1 ag kiamat+ dh dkt weh ingat2 taubat nyo..allah maha kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa n pissssssssssss semua ๐
leh tau tak camne leh dpt murah kat pnb ilham resort neh .. nk gak 265
ilham nie mmg best pun….aku tiap2 tahun p c2…..aman jer….selalu dapat bilik yg depan kolam ngn menghadap laut…..kira nyer boleh tahu la berapa banyak penambahan yg ilham 2 buat…tapi mmg best sgt…tahun nie jer xde peluang lagi nak p lagi….insyallah kalau ader kesempatan mesti pergi lagi…
ilham resort ni mmg best…tenang…tmpat pon class..cume pantai kat belakang tu je agak kureng sikit….len2 ok..penah menginap kat ilham ni
wakakaka resort 2 banyak hantu la… :o:
aq pnah cuti kat sini
wah..memang best tempat ni..tapi pape pun tengok ni…jaga kesihatan koraang tau http://terubukbakar.blogspot.com/2011/11/kepada-penggemar-sardinberhati-hati.html
tahun lepas ada gak pergi PD. tapi bukan kat sini. Kat Bayu Beach Resort. puas gak,
thnaxxx ๐