Aku, Kau Berbeza.. Aku, Kau Istimewa

OIAM3: Tahniah Tomok!!


Maaf kerana update agak slow. Khai sibuk sikit dengan dunia pekerjaan dan pemindahan web web ke dedicated server tajaan Server Freak. Semua pun dah tahu kan? So Khai terima satu artikel ni dari email dan artikel ni memang terbaik untuk dikongsikan. Membuka mata bertapa untungnya kita tercipta sebagai lelaki atau mungkin juga sebagai perempuan. Dua-dua pun sama loo… Baca ye jangan nampak panjang je, korang taknak baca. Mentang-mentanglah takde apa yang lucah. Biasalah manusia. Hehehe..


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. (more…)

Posted on 2 May '09 by , under Motivasi, Religion. 69 Comments.

Orang Perempuan Suka Cakap Macam Ni…

awek_limkokwing.jpg” alt=”” />
Sebelum kita semua mengenali lebih rapat siapa sebenarnya seorang perempuan tu, Khai nak buktikan kat korang betapa kentalnya jiwa Khai mahu menonton Geng: Pengembaraan Bermula. Buktinya dari tempahan tiket di bawah. Hahaha. Yang sedihnya awek jauh and member plak ramai yang dah takde sini, so Khai buat pertama kalinya akan masuk panggung seorang diri. Nak taknak amik seat tepi sekali tapi still dalam bahagian tengah walaupun banyak lagi yang kosong. Hell no.. Lonely boy betul aku ni ~

So kalau korang taknak bosan beratur panjang time beli tiket, pandai-pandai’lah gunakan kemudahan yang ada. Sila booking tiket secara online. Sure ramai yang jeles bila diorang kena beratur panjang-panjang, dan korang dengan muka penuh slenga terus je ikut lorong reservation untuk ambil tiket. Hahaha. Indahkan dunia? InsyaAllah akan ada entri khas Upin Ipin lepas Khai keluar panggung nanti. Hah korang? Bila lagi. RM10 aje weiiii… ape sangatlah RM10 tu untuk menonton hasil seni anak-anak Malaysia yang menelan belanja lebih 4 juta ringgit ni?

Nak order online? – TGV | GSC

Ok, ini adalah entri untuk Justkhai readers yang mempunyai ***** atau lebih mudah dikenali sebagai lelaki-lah. Hehe. Kepada yang tiada ***** tu, baik jangan baca sebab entri ni bulat-bulat melekat kat muka korang. Hurm, perlu ke Khai nyatakan ***** tu eh? Kan lebih mudah sebut lelaki perempuan je. Kan entri ni lebih ringkas. Ah, itu adat resam di blog ini. Tiada entri yang pendek. Pandai-pandai korang la nak baca. Tak baca kita tak marah pun.. Tapi sakit hati je. Hehe.

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
(more…)

Posted on 11 February '09 by , under Kisah Cinta. 65 Comments.