Ada korang nengok iklan Aidilfitri kat TV3? Diorang ni nak buat iklan 1Malaysia mungkin tapi iklan tersebut nampak bodoh dan macam orang takde agama. Agama islam dihina secara halus depan mata kita sendiri. Iklan tema raya ala 1 malaysia. Siapa yang buat iklan ni? Orang Islam sendiri atau bukan? Mungkin ramai antara korang yang akan cakap orang Melayu kita terlalu sensitif dan kekampungan. Kononnya korang tu orang bandar la ye tak?
Benda melibatkan agama ni kena la sensitif sikit kot. Tak boleh nak pandang remeh temeh lagi. Pandang sekeliling kita, tak nampak apa isu yang tengah hot sekarang? Dan kepada TV3, tolong tarik balik iklan ini!! TV3 sekarang ni “macam dibayar” untuk buat semua ni. Bermula dari Juara Lagu ke cerita-cerita yang ditayangkan (lucah-lucah di bulan Ramadhan), sampailah ke tahap iklan ini.
Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Salam to all reader, oleh kerana pandangan peribadi Khai sebelum ini mengenai isu boikot orang melayu yang selalunya bermusim telah menjadi kenyataan. Khai juga orang melayu dan cuba sedapa upaya untuk lari dari terikut-ikut. Isi Crocs telah pun redha secara mendadak selepas tibanya semula musim boikot Israel kerana serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza itu hari. Apatah lagi isu Sodomi Anwar Ibrahim, Altantuya, Memey Suhaiza, Fasha Sandha, pelajar ditembak polis di Shah Alam dan pelbagai lagi isu yang lain.
Dear myBLOG, Sebagai seorang yang bebal dan tak berapa tinggi ilmu agama, aku memang tak pandai nak bermadah-madah mengenai apa yang fikir dan bayangkan. Mungkin apa yang aku tulis selalunya “straight to ampang point” yang kemudiannya disalah ertikan dan menjadi bahan artikel baru blogger-blogger lain yang sejak azalinya, memang membenci aku sepenuh hati.
Ketika saat aku menulis mengenai PERSEPSI AKU mengenai isu Crocs, terlalu ramai yang menghentam aku walhal sebuta-buta hati aku pada agama, bukanlah tidak mampu untuk diterangi langsung.
Dah banyak pembacaan dari mereka yang tinggi Ilmu agamanya berbanding kita semua tidak menyokong kempen boikot-memboikot ini. Dari pembacaan dan pertanyaan, semuanya sama sahaja. Mengapa kita perlu terikut-ikut omongan kosong mereka yang entah hafal doa Qunut atau tidak? Apa lagi jenis mereka yang bina blog dan mendedikasi’kan hidupnya untuk menjatuhkan orang lain. (more…)