
Baru-baru ini, aku bagaikan menerima sesuatu petunjuk yang sukar untuk diceritakan (mungkin tidak perlu diceritakan). Sejak kejadian itu, aku dapat rasakan sesuatu yang lain. Aku terasa betul-betul bersalah kalau meninggalkan atau melewatkan solat. Kalau tertinggal solat subuh kerana bangun lewat, aku akan qada’ kan. Sesuatu yang belum pernah aku lakukan sebelum ini. Aku juga sering terfikir pasal mati. Sesuatu yang jarang aku fikirkan sebelum ini. Sesungguhnya aku memang takut akan mati. Sudah cukupkah amalan untuk aku bawa ke sana nanti? Tidak cukup sama sekali. Tapi aku sedar, dariNya aku datang, kepadanya aku pulang. Aku Redha!
Baru-baru ini juga aku dinasihat’kan oleh seseorang supaya melakukan taubat nasuha atas lambakkan keterlanjuran dosa yang telah aku lakukan sebelum ini. Sesuatu dosa yang aku tidak pasti atau mungkin juga pasti. Apa yang aku pasti, dari dosa kecil mungkin menjadi besar tanpa aku ketahui. Dari lambakkan yang kecil, dikumpul-kumpul menjadi besar.
Orang lihat aku begini dan begitu, tapi hanya Allah yang mengetahui siapa aku. Zalim’nya aku sebelum ini. Aku betul-betul ingin menyerah diri kepada Allah. Aku harap ianya dipermudahkan. Dikesempatan ini juga aku nak mohon ampun dan maaf seikhlas hati dari insan-insan yang pernah terluka selama-mana pernah mengenali aku yang bernama Mohd Khairulnizam Abu Hassan ini selama 21 tahun aku bernafas di bumi Allah.
Keluarga, Rakan-rakan sama membesar, rakan-rakan di sekolah, rakan-rakan di kolej, rakan-rakan blogger, rakan-rakan di dunia nyata mahupun internet. Aku minta maaf seikhlas hati. Maafkan aku jika ada melakukan salah dan silap dalam pengetahuan aku atau tidak.
Kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada aku samaada di atas pengetahuan aku atau tidak, aku maafkan dengan seikhlas hati. Aku halalkan apa sahaja. Aku halalkan apa sahaja barangan aku yang pernah dicuri sebelum ini atau hak aku yang dinafikan menjadi hak aku. Aku halalkan. Hanya tinggal kamu dengan Allah. Dengan aku tiada lagi.
Ya Allah, bantulah aku menjadi insan baru yang benar-benar baru. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata. Kawan-kawanku semua, jika suatu hari nanti kamu tersedar akan keterlanjuran yang dilakukan semasa hidup, apa yang tertulis di bawah ini mungkin boleh kamu rujuk semula. Sama-sama’lah kita. Aku orang hina yang menyampaikan.
################################ (more…)
Posted on 7 October '09 by KhaiHassan, under Hidup Khai, Religion. 78 Comments.

Korang pernah minum arak tak? Ala, kalau pernah pun, takkan korang nak kasitahu kat komen tu plak kan? Tahu malu? Hehehe. Kalau nak tahu, dulu kehidupan Khai masa study kat Limkokwing Univerity, hari-hari berdepan dengan kawan-kawan kaki tonggang. Apa yang memalukan, mereka ni orang melayu dan apa yang lebih penting, beragama Islam. Semua pun tahu yang arak ni adalah raja segala kejahatan. Buktinya, Khai pernah berdepan dengan kes sorang remaja perempuan 16 Tahun yang terlanjur melakukan seks bersama abang kandungnya sendiri. Buat parti mabuk, tutup lampu dan bertukar-tukar pasangan. Bangun pagi, menangis tak berlagu.
Memang kesian dengan agama dan bangsa kita. Patut pun bangsa dan agama lain pandang sinis pada Islam. Agama kita yang paling lantang menyuarakan umat’nya agar jauhi air kencing syaitan ni. Tapi itu yang dilarang agama, itu yang orang kita sibuk nak buat. Ingin mencuba kononnya.
Khai ada kawan yang bapa’nya seorang Tok Imam di kampung. Bapa dia ni memang dikenali dan disegani orang sekeliling. Bukan nak buka pekung sesiapa, cuma bila melihat perangai anak’nya yang kaki mabuk, buat Khai tersedar betul kata orang yang iman tak dapat diwarisi.
Lagi satu 7-Eleven. Dah tahu haram bekerja kat situ, tetap nak bekerja. Kenapa haram? (more…)
Posted on 12 July '09 by KhaiHassan, under Religion. 133 Comments.

Hari ini blog ni sedikit berdarah. Kerana apa? baca la entri sampai habis kan. Pendek je pun tak membebel macam selalu. Hurm, awal bulan lepas kita semua digemparkan dengan tragedi 11 orang di selatan Thai yang ditembak di dalam masjid sewaktu menunaikan solat Isyak. Korang tahu ke tidak tu, tak tahu lah kan. Kejadian yang berlaku di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan (Sg Golok) ini meragut nyawa 11 orang yang tidak bersalah. Bayangkan lah korang tengah khusyuk menghambakan diri kepada Allah, tiba-tiba sorang-sorang rebah badan ditembusi peluru yang entah dari mana datangnya. Tak ke kejam tu kan?
Sudah la ditembak dengan ber’das-das tembakkan dari 4 orang penyerang, bila semua dah tumbang pun, still tak puas hati lagi dan menembak terus ber’das-das lagi tembakkan ke kepala bagi memastikan mereka benar-benar mati. Motif tak siapa yang tahu cuma yang pasti 11 orang Islam yang tidak bersalah, pergi meninggalkan anak bini dan keluarga tanpa sebarang pesan atau wasiat. Sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara kita yang terkorban. Lagi gambar menyusul.. (more…)
OIAM3: Tahniah Tomok!!

Maaf kerana update agak slow. Khai sibuk sikit dengan dunia pekerjaan dan pemindahan web web ke dedicated server tajaan Server Freak. Semua pun dah tahu kan? So Khai terima satu artikel ni dari email dan artikel ni memang terbaik untuk dikongsikan. Membuka mata bertapa untungnya kita tercipta sebagai lelaki atau mungkin juga sebagai perempuan. Dua-dua pun sama loo… Baca ye jangan nampak panjang je, korang taknak baca. Mentang-mentanglah takde apa yang lucah. Biasalah manusia. Hehehe..

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. (more…)
melayu-layu.jpg” alt=”” />
Tadi Khai menonton Cereka Pilihan kat TV3, title dia “Kelahiran yang Teristimewa”. Cereka Pilihan hanya drama ulangan untuk Cerekarama terbaik yang pernah ditayangkan sebelum ini. Hurm, dan ini second time Khai nengok. Kali kedua ni, membuat Khai tersedar buat kali kedua juga.
Pertamanya, alangkah elok kalau kita dilahirkan bukan sebagai orang melayu. Orang melayu sangat bertuah bila lahir je terus automatik sebagai seorang hamba Allah beragama Islam (Follow on mak bapak). Tapi lihat pada diri kita sendiri, adakah kita betul-betul bersyukur ke jadi orang Islam? Praktikkan sebetul-betulnya ke? Allah dah berikan kunci, tinggal kita nak buka je. Itupun kita rasa susah kan?
Cuba kita nengok muallaf “saudara baru” kita selepas memeluk Islam. Kita sendiri nampak bertapa mereka tu menghargai hidayah yang Allah beri. Kita yang dari lahir dah dapat hidayah free-free je ni, perangai macam hantu. Silap-silap melayu kita ni ada yang dah bercucu-cicit pun tak kenal alif ba ta lagi. Kenal memang kenal, tapi dah lupa sebab dah berpuluh tahun tinggalkan.
Orang kita (melayu) marah dan mengamuk bila orang kata melayu adalah layu (me-layu). Bila difikirkan, itulah hakikatnya. Kita pandai buat bidalan “kalau tiada angin, masakkan pokok bergoyang”, tapi bila kita sendiri dikritik, mengamuk pulak ye tak? Hurm, jadi ape tanggungjawab kita? Ubah fikiran mereka. Korang pun tahu siapa mereka tu.
Tak kan melayu hilang didunia,
ya,
Tapi apa guna tak hilang didunia,
Kalau kewujudan tidak dirasa..
Apa yang lebih menyedihkan, kita lebih marah dan mengamuk jika melayu yang dihina tapi duduk diam bila Islam yang dipermainkan. Contoh blog macam Adibah Ahmad dan Syurga Islam, sampai sekarang ada Government kita amik kisah? Ada polis masuk campur?
Kalau blog yang hina Umno, hina Melayu, laju pulak polis sibuk-sibuk nak siasat. ISA bagai. Walhal tu semua keduniaan je tu. Kadang-kadang Khai rasa Malaysia ni memang betul-betul hampeh! Tapi apa nak buat, sebagai rakyat yang dilahirkan di tanah air dinamakan Malaysia, nak taknak kita kena juga hipokrit konon sayangkan negara. Malaysia memang boleh (malaysia = melayu, india & cina).. Tapi Melayu takkan pernah boleh. (more…)