Aku Percaya Pada Hukum Karma (Part 1)

* Izinkan Khai menulis entri ini menggunakan “aku” instead of “Khai” seperti selalunya. Anggaplah ini luahan hati dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

Dalam kehidupan kita ni, semua orang akan bercinta. Aku, kau, dia, semuanya akan bercinta. Cinta bukan hanya terletak pada kekasih hati. Mungkin cinta kepada pencipta, mungkin cinta kepada ibu-bapa dan keluarga atau mungkin cinta kepada harta-kebendaan. Tapi dalam kes aku ni, nak cakap pasal percintaan bersama kekasih hati lah.

Mungkin ramai yang masih belum pernah bercinta. Samaada merasakan dunia percintaan hanya satu pembaziran atau mungkin masih belum bertemu insan yang bernama cinta. Ramai juga yang kata taknak bercinta sampai bila-bila atau mungkin tidak mahu berkahwin, tapi sebenarnya sebagai manusia yang normal, jauh tersimpan di lubuk hati perasaan cinta. Perasaan mencintai dan dicintai. Itukan lumrah yang Allah jadikan bukan? Sesuatu yang menyeronokkan bila kita tahu diri kita dicintai dan disayangi. Begitu juga betapa feeling’nya perasaan mencintai seseorang samaada insan yang di’impikan itu tahu atau tidak. Atau mungkin pura-pura tak tahu. Stalker!

Aku seorang lelaki dan mungkin pembaca blog Justkhai ini lebih ramai wanita dari yang lelaki. Jadi aku tidak pernah berniat untuk melabelkan wanita sebagai sesuatu yang tidak enak. Ibu aku, kakak aku dan nenek aku juga seorang wanita. Jadi apa adanya untuk berbuat demikian?

Dalam kehidupan, (more…)

Posted on 16 March '10 by , under Kisah Cinta, Motivasi. 102 Comments.

Kenapa kita harus sentiasa menerima Qada’ & Qadar Allah?


Assalamualaikum.. Hurm, ni ape kes Khai kasi salam bila nak buat entri ni ek? Sebenarnya tengah dalam mood meng’insafi diri ni. Kenapa tiba-tiba rasa insaf ni datang? Well, terus baca entri ni.

Korang dah join contest Teka Choki-Choki ke belum? Walaupun hadiahnya tak seberapa, lebih 90 orang pembaca Justkhai dah pun join sekaki dan kepada yang belum join tu, masih sempat sebab tarikh tutup pada pagi 1 March 2009 ni.

Tadi dari Google Reader, Khai masuklah blog si X-Po ni dan tak sangka dia ada letak satu video yang buat Khai rasa sedih. Terasa yang kenapa kita perlu hargai diri kita. Kalau kita rasa diri ni tak sempurna, ada lagi yang jauh lebih tak sempurna. Tapi jangan biarkan ketidak-sempurnaan itu membataskan segala-galanya. Ialah, orang yang cukup sempurna macam kita semua, ada juga yang jadi mat rempit, mat ganja dan macam-macam mat yang lain (gua je jadi mat bunga).. Tahu tak, orang kudung pun ada yang jadi Datuk tahu? Usya’lah video kat bawah ni. Video yang buat air mata Khai mengalir sebentar tadi. Ah sakitnya mata. Lama dah simpan air mata. (more…)

Posted on 27 February '09 by , under Media Sosial. 37 Comments.