Saya Memerlukan Sebuah Netbook!

Memandangkan skop kerja Khai dah makin meluas dari sebelum ni, dalam sehari dua ni, maybe Khai akan angkat satu netbook baru kot untuk tujuan khas blogging dan email. Netbook ye bukan Notebook so tentu-tentulah netbook yang comel tu. Hehe. Since Miss Merlot ni Khai dah kasi heavy duty kat dia, rasanya untuk mendapatkan mood dan feeling ber’blogging balik macam dulu, perlukan satu device yang lebih ringan dan selesa di bawa ke mana-mana terutama untuk menulis di atas katil. Habis menulis, terus boleh tolak ke tepi dengan satu tangan tak pun dijadikan bantal terus. Hehe.

Khai rasa lepas ni kalau lepak McD atau Old Town, memang netbook akan sentiasa Khai bawa sebab dia tak leceh. So bila idea tu datang, boleh terus blogging dengan bebas. Bukan tak boleh nak blogging guna Miss Satio, tapi kalau nak masukkan content yang berjala-jela dan bermaklumat ni, kena ada keyboard untuk menaip kerana idea tu datang selaju taipan jari di atas keyboard. Kalau tekan keypad, rasanya idea dah ke Perlis, jari baru nak sampai Penang. Hehe. Got it? Kalau nak bawak Miss Merlot (HP Probook) ke mana-mana, agak leceh since Khai pun malas nak letak dalam beg semua. Kalau netbook ni, anggap je la macam bawak buku nota. Kepit kat pinggang sudah.

So, netbook apa yang nak Khai grab nanti ni? (more…)

Posted on 16 August '10 by , under Blog, Gadget, Hidup Khai. 47 Comments.