Wajah Baru ServerFreak dan Promosi Merdeka

Lama tak menulis pasal hosting kan kat Justkhai ni? Rasanya ramai pembaca-pembaca baru yang berminat nak buat blog, semua refer artikel yang pernah Khai tulis sebelum ni iaitu Tutorial Membina Blog dari Zero sampai la complete. Kalau korang refer artikel tu pun, terdapat pakej khas buat pembaca Justkhai yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.

Wajah Baru ServerFreak dan Pakej Promosi

Untuk artikel ini, korang juga akan diperkenalkan kepada beberapa pakej murah dari pihak hosting Server Freak bersempena dengan bulan kemerdekaan nanti. Tapi apa yang lebih menarik, mengenai wajah baru website mereka yang boleh diberikan 9/10 bintang di mana mencakupi pelbagai aspek web rating seperti design (warna, font, kekemasan etc), kadar loading dan mesra pembaca/pengguna.

Dari menu dan interface dia, rasanya memang lagi senang (berbanding dulu) kalau korang nak cari mana-mana pakej yang sesuai untuk hosting yang korang nak angkat. Good job ServerFreak! Masuk website mereka kalau nak nengok. {dan ini gambar website lama mereka} (more…)

Posted on 15 July '10 by , under Review. 25 Comments.