0308 – Allah selamatkan kamu

by Jay
Hi all, first of all, thanks untuk korang yang meng’kretif’kan diri untuk masuk birthday contest buat pertama kalinya yang Khai buat di JustKhai. Yup, hadiah memang lumayan. Sehingga entri ni Khai tulis, dah ade lebih kurang 20 card submition dari para pembaca JustKhai dan ahli forums Scukz.Com. Gambar kat atas tu adalah salah satu submission dari Jay. Kalau lom join, join lah cepat kerana ianya terlalu mudah. Last submission yang akan diterima pada hari Sabtu ni. Thanks juga untuk kalian yang sudi wish hari lahir Khai. Tak kiralah secara berdepan, email, sms, on-call, Facebook, Frienster, Myspace, YM, Google Talk atau sekadar di dalam hati.

Birthday tahun ni, Khai banyak habiskan masa dengan girlfriend tercinta. Malam 3 Ogos, si dia datang dan kitorang abiskan masa bersama sampai la lewat pagi. Kalau tahun lepas dia kasi Khai kasut, tahun ni lebih menarik dengan seutas jam tangan Polo Club yang membuatkan Khai kini menjadi lelaki pemakai jam tangan sejati. Hahaha. Kalau before, kan ade jam kat handphone, wat pe nak semak tangan ye tak? Tapi ni dah orang kasi, kita kena la hargai.


Keesokkan harinya, We’ll ke Desa Pandan, KL plak. Tak tahu kenapa, birthday party anak saudara kesayangan Khai, Julia Elisha Sofea dibuat pada 3 ogos. Dah 4 tahun dah dia ni pejam celik pejam celik. Semua ahli keluarga Khai turut berada di sana. Dan ini kali ke-dua Khai memperkenalkan Nieza kepada parent dan sibling lain. Calon isteri ke? Entah. Lepas je nyanyi lagu birthday Elisha, ada suprise la pulak ada kek untuk Khai dan akak Khai lagi sorang (birthday bulan Julai). Thanks Kak Azie. Kalau tahun lepas Elisha’s Birtday Party dihadiri indie band ,The Times, kali ni diorang agak busy begitu jugak dengan Hujan (ade show kat Mont Kiara). Yang ada just Bintang Batu (since guitarist dia abang ipar Khai) dan juga Shahs D-va. Happy birthday Elisha and Happy Birthday to me!!

Habis je party, we’ll ke Eye on Malaysia dan terus ke KLCC. PC Fair la beb ape lagi. Sempat sebat Kingston Pendrive 2GB pada harga RM23. Murah gile. Ingat nak beli 4GB pada harga RM38 tapi dah habis. Siot betul. Malamnya ke Pandan Indah lepak-lepak dengan Aidil & Rem kat mamak. Takkan korang tak kenal Rem kot? yang penyanyi tu. Gi la search Youtube.

Well, rasanya entri birthday kat blog ni baru aje Khai tulis tahun lepas. Pejam celik dah keluar satu lagi entri birthday untuk tahun 2008. Akhirnya, Khai yang korang kenal selama ini, dah menjangkau umur 20 tahun. Takde siapa akan panggil Khai budak belasan tahun lagi. Hahaha. So azam untuk Khai capai sebelum sampai ke usia 21 tahun,

∙ Nak berbakti kepada parents and family.
∙ Tidak mengulangi perkara tidak baik yang pernah Khai lakukan.
∙ Sambung degree atau kerja pun boleh.
∙ Nak cari income luar mencecah RM1000 sebulan
∙ Taknak buat si dia menangis lagi.
∙ Nak all out segala bidang dalam dunia web.
∙ Release my 1st genuine wordpress theme
∙ Keluar kereta baru (Target: Myvi)

Yang lain tak perlu Khai nak share dengan korang semua takut-takut tak sempat tercapai nanti, korang cakap Khai poyo pulak. Tapi apa yang tertulis kat atas tu akan sentiasa Khai ‘take note’ everytime untuk Khai dapatkan. Khai harap doa korang sentiasa mengiringi Khai untuk berjaya.

Khai minta maaf kalau entri ni tak berkongsi apa-apa maklumat dengan korang. Khai just nak share sikit (sumpah sikit je) perjalanan hidup Khai dengan korang. Mana la tahu kot-kot blog ni hidup 40 tahun lagi, boleh Khai suruh anak cucu cicit khai pulak yang baca ye tak? Hahaha..

Ok, kalau before korang dah wish birthday Khai ditempat-tempat yang tidak official, so wish la semula kat sini yer. Akhir kata semoga Khai dan korang semua diberkati Allah. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari segala kehinaan duniawi. Assalamualaikum.

Ditulis pada 2:08 PM 7 August '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,812 views | Dalam kategori: Acara, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

28 Comments »

Comment by asdar_saifulah
2008-08-07 15:59:54

assalamualaikum……

for the first time, i’m the first commentar in this blog… ๐Ÿ˜›

so bro, wish you happy birthday, semoga apa yang dihajati tu tercapai, and don’t worry be happy laa………

pssst: bebudak laen kim salam gak………

..
Comment by Khai
2008-08-07 18:15:50

thanks a lot asdar.. flying-back my regards for them’ll

..
 
 
Comment by cencorot_91
2008-08-07 17:32:52

huhu..
semoga harapan menjadi kenyataan..

p/s: submition=submission?? salah eja kot..

..
Comment by Khai
2008-08-07 18:14:05

Aiyark.. THanks bro mmg salah ejaan… malu nye beta… hehe

..
 
 
Comment by chokilala
2008-08-07 18:20:29

err? submission la? ape plak submition? wujud ke? hehe. cpt tukar =P

..
Comment by Khai
2008-08-08 03:00:48

huhu.. ampun ~

tapi x kira la ape pun, tu tak penting.. gi join kontest tu cepat.. hehe

..
 
 
Comment by mawar mustika
2008-08-08 00:22:56

happy birthday…….moge ape yg dicita2kn tercapai……..(>o<)V

..
 
Comment by fendidahada
2008-08-08 04:45:01

happy besday khai….harap2 ape dihajati tercapai…

..
 
Comment by deennasour
2008-08-08 04:55:50

1.2.3 happy birthday khai!!!
umo kita 20 sudah~
REM!! sarawakian itu…org negeri ku…
kuar dgn aidil!!
aidil tak sms ajak kuar!!
kata nak lepak sama!!!

..
 
Comment by azleah
2008-08-08 09:48:28

birthday kamu sama ngan my classmate.

hehehe.

nak hadiah gak!!!!

..
 
Comment by razifmustapha
2008-08-08 12:09:54

mcm takde harapan je aku nak menang. hahahaha

..
 
Comment by rokudaime_jr
2008-08-08 13:24:59

Happy birthday khai……..Moga panjang umur n murah rezki…..Take care….

..
 
Comment by Mohd Hafifi
2008-08-08 19:40:03

surprise besday tak penah orang wat kat aku..sob3x..beruntung jadi khai ni..hepy besday khai

..
 
Comment by ketuk_angel
2008-08-09 00:09:36

apakah aku layak untuk memenangi hadiah utama??hee

..
 
Comment by pat
2008-08-09 01:51:44

happy besday khai…aku bg design kotak tisu nak x…ehehehe…

..
 
Comment by nieza
2008-08-09 10:58:34

happy birthday to khai……semoger azam baru bjaya dlaksanakan…hehe

..
 
Comment by miar88
2008-08-10 14:52:26

Khai….
eppi belated buzday….
wish u all da best… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by MK
2008-08-11 00:37:08

happy belated 20! all the best in life yah, good luck ^^

..
 
Comment by catzer
2008-08-11 01:42:47

selamat hari tua beb..erk..hari semakin muda..kekekek..sape menang hadiah tu bak sini share ngan aku

..
 
Comment by Khai
2008-08-11 17:55:25

thanks all for that wish.. ahak ahaks… catzer, menda plak tua.. cakap la dah leh khawin ke ape… sejuk sket hati ni.. nak kawen yea yea.. nak kawen… haaha

..
 
Comment by nazz
2008-08-11 23:26:41

happy birthday bro…lu da tua la..hahaha

..
 
Comment by Uncle G
2008-08-12 12:45:52

selamat ulang tahun bro.. moga dimurahkan rezeki….

..
 
Comment by bantingboy
2008-08-12 21:49:41

tahniah dan selamat hari jadi. Waa..dengan si dia..

..
 
Comment by alang khai
2008-08-14 12:26:12

wei adik khai.. hhehe.. nk wish gak.. even belated ni. Happy Birthday u..!
so kek dh tak utang.. utang hadiah jer.. hehe
saja buat 03aug.. leh layan bedday adik skali.. ahaks
*Tq for dtg even party jes exactly on ur bedday!

..
 
Comment by alang khai
2008-08-14 12:28:21

smart ar ko edit gmbr tuh.. nice gilers.. bangga dgn kembang idong nyer la hai!
ada lagi tak? pass ar sekuman dua.. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by xmindfreakx
2008-08-15 10:17:06

siyes smart pict kat atas..cun…aku suka…happy belated bro

..
 
Comment by ::lil duck::
2009-03-03 23:29:00

hey!guitarist bntg batu ur abg ipar?btol ke? yg nama roland tuh?dah kawen upenya~ =( (dun noe wether u still read komen for entry y dh lama or not, if yeah, reply kt my mail bole? sori..)

..
Comment by Khai
2009-03-04 00:49:10

nope la.. bukak saiful roland.. tapi BF tu abg ipar khai.. gitarist.. bukan bassist .. hehehe ๐Ÿ˜€

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post