Tagged dan Penipuan Maybank Berhad

Maybank Berhad Fake Email


Tengah sedap-sedap layan chick-chick manis (haha) dalam pukul 4:15 pagi tadi, Khai ada terima email dari Maybank Berhad yang kononnya nak memperkenalkan “multi layer security authentication” la pulak. First of all, bila korang dapat email macam ni, kat title dia memang la dari Maybank Berhad. Cara pertama nak kenal pasti betul ke email tu datang dari Maybank dengan melihat address email si sender tu.

So bila Khai lihat email sender tu, ini email’nya (alerts@pro-servicenberhad.com).. WTF?!! Kalau korang masuk pro-servicenberhad.com pon, still under construction.

Ni content dalam email tu,

Dear Maybank Customer.

Due to the increased spam and security attack on our customers, we have introduced a multi layer security authentication which will protect and secure M2U account information and profile.

All Maybank Customers/M2U Users are required to immediately secure and protect their account security. Please note that failure to protect your account will result in an immediate account deactivation.

Follow the below reference to proceed.
http://www.m2u-authentication-links.com/Maybank-Online.htm

Account Security Department
Maybank Berhad.

Boleh tahan guling-guling jugak la Khai gelak. Hahahaha. Teringat satu berita baru-baru ni mengenai sorang cina ni yang duit dalam akaun Maybank dia hilang sampai RM5000 tu. Semua gara-gara email yang sebijik macam Khai dapat ni. Nak tahu lebih lanjut, gi baca kat News Scukz. Kalau nak lebih kepastian, korang boleh hubungi sendiri pihak bank. Kalau Maybank lagipun memang diorang takkan hantar apa-apa email untuk minta apa-apa dari korang. Kalau dia nak sangat pun, dia mesti call terus.

Nak tahu Khai balas ape? Click Sini.

Kepada pihak “Maybank” yang menghantar email tu, ini ada satu pesanan ikhlas dari aku untuk kau..

Yep! itu saje pesanannya..

Tag


Dah lama tak kena tag. Mungkin ada tapi tak perasan sebab trackback tak sampai. Haha. Tapi kat shoutbox tepi tu tiba-tiba semalam si AzizWan tiba-tiba dah berani nak Tag Khai plak. Sehari dua nanti, memang kene sekeh mamat tu. Hihi. Untuk tidak menghampakan “jemputan” dia tu, so khai “datang”.. Korang nak baca boleh baca. Taknak baca pun takpe. Saja Khai layan… (more…)

Posted on 11 November '08 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta, Tergempar. 31 Comments.

Musim Artis Sendat dan Ketat


Agaknya, sekarang ni musim artis berlumba-lumba nak pakai sendat dan ketat ke? Baru beberapa hari gambar Fauziah Ghous (pic kat bawah tu) berseluar ketat hingga menampakkan ‘alur’nya, dah ada satu lagi gambar. Kali ini Nurul Syuhada Nurul Ain pulak. Selebriti TV3 yang juga pengacara Majalah Tiga (Dia membuatkan Khai tak minat lagi nak nengok). Agaknya tahun ni di Anugerah Bintang Popular ada anugerah “Artis Berpakaian paling Sendat dan Ketat” kot?

Scukz Ezine V2


Khai dah release’kan Scukz Ezine version 2. Korang boleh lihat di page utama Scukz.Com. Penat nye nak siapkan. Kalau korang pernah baca yang sebelum ni, sila lah clearkan cache browser tu dulu ye atau korang tak akan nampak sebarang perubahan. 14 Page jer tu. Ada la cerita sikit pasal Khai dan asal-usul Scukz tu. Bila rajin Khai akan tambah lagi page tu. Seronok bermain dengan flashpage ni. Kalau korang nak mencuba, (more…)

Posted on 3 November '08 by , under Lain-lain. 56 Comments.

Aksi Tayangan Perdana Pelajar Sekolah

Time-time minggu peperiksaan macam ni la, ade ja student nak jadi popular. Yang sorang tu terajang cikgu kat perut dan sorang lagi nak kasitahu satu dunia yang dia memiliki sepasang breast. Haha. Isk, ape nak jadi budak zaman sekarang ni, apesal kau terajang cikgu tu kat muka je? Leh hantar masuk sekolah jahat terus. Hahaha.

Pelajar Tendang Guru

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=PsmP3aEsCt8 450 300]

Well, teringat masa kat darjah 6. Ada seorang cikgu math ni, Cikgu Nasir nama dia. Kitorang semua kalau jawab excercise yang dia kasi, salah satu soalan, kene luku kepala 1 kali. Ada yang tak tahu nak cakap tahap mana bebal dia tu, boleh salah berbelas-belas, jawapnye insyaAllah retak la kot kepala otak dia tu. Hehe. even kisah tu dah 8 tahun berlalu pun, still segar dalam ingatan Khai. Korang bayangkan, dia bagi excercise melambak-lambak, biar student salah pun banyak, then kalau salah kene luku kepala. Kata nak kasi murid pandai, tapi yang nak main kepala tu apesal kan? lastly, kitorang pun menerima dengan tabah dan still ingat, dia cikgu kita. Ilmu mesti mau berkat kan?

Cikgu ni pun kadang-kadang ada yang mulut biadap. Maki hamun budak ikut suka. Siapa dia tu? Khai percaya parent budak-budak tu tak pernah pun nak buat anak dia macam tu. Dan student ni kadang-kadang yang yang emosi lebih. Emo la konon kan?

Walau apepun, yang paling pelik dalam kes ni, camne boleh ada student yang (more…)

Posted on 27 October '08 by , under Tergempar. 34 Comments.