Hi all.. Selamat kembali ke JustKhai.Com.. rindu gila dengan blog ni. Terlalu banyak juga untuk Khai ceritakan termasuklah mengapa blog ni tak dapat korang masuk hampir seminggu. Ramai yang SMS dan PM khai di Yahoo Messenger bertanya akan masalah yang menimpa blog ini. Kak Lea juga hampir tiap hari SMS Khai marah kenapa blog Khai tak boleh di access. Sorry ye Kak. Hehe. Oh, ada yang lebih penting untuk Khai kongsikan apa lagi kalau bukan Yamaha-125zR yang Khai idam-idamkan sekian lama tu.
Bandwidth Limited Exceeded
Bermula dari minggu lepas, blog ini tidak dapat di’access dek kerana bandwidth yang habis tidak sampai setengah bulan. Tak tahu bandwidth tu apa, sila rujuk Wikipedia. Xtudent Hosting Plan yang Khai beli dan dibayar oleh Syia ternyata tidak mampu menampung hit yang melebihi 500 Unique Hits sehari menurut Analytics dari Nuffnang.

So Syia yang menjadi penaja blog ni telah memindahkah JustKhai ke dalam pakej lain yang diberi nama Ebiz Plus Linux dari Exabytes . Pemindahan ke dalam server baru ni memakan sedikit masa dan kerana itulah, agak lama blog ni berehat. Hurm, kalau ada yang masih bertanya mengapa Syia ingin sponsor Khai, jawapan dari gadis cantik manis itu sendiri sangat mudah iaitu dia suka baca blog Khai ni. Even simple tapi sangat seronok di baca. Puas hati? Syia juga dalam proses beralih ke wordpress dengan berdomainkan dot com. Nantikan saja.
What about Scukz.Com?
Mengenai Scukz pula yang hampir sebulan down, Khai tak mampu berkata apa-apa. Mereka yang bertanya, bukan sengaja tidak Khai balas, cuma Khai malas nak ingat pasal Scukz. Bertapa sakitnya hati. Nasiblah blog ini dah dikeluarkan awal-awal dari server Scukz. Tidak keterlaluan Khai katakan, Khai sendiri sudah anggap CGYhost tidak wujud lagi. Mungkin juga sudah gulung tikar. Apa tidaknya, staff diorang sendiri pun tak tahu ape yang dah jadi dengan CGYhost. Gaji pun tak dapat dengar cerita. Main website CGYhost juga tidak lagi dapat diaccess. CEO’nya si Yazrie, Tuhan saja yang tahu mana dia pergi. Apalah salahnya beritahu melalui email kepada semua user mereka. Jika bankrup pun, biarlah secara terhormat. Hurm, jika benar CGYhost telah terkubur, ini kali kedua Khai ter’kena macam ni. Hampir Dua tahun lalu pernah juga kehilangan seluruh website tanpa ada sebarang backup. Khai bangun dan bina kembali Scukz tu, tapi jadi lagi macam ni. Tapi nasib baik, kali ni Khai sempat backup segala database yang ada termasuklah forums dan register user. Kalau tidak melopong la nampak gayanya. So seperti semua tahu, Scukz berdiri kukuh dengan bantuan sponsornya selama ini. Hilangnya CGYhost menjemput mereka yang berhajat ingin men’sponsor’ forums Scukz untuk menghubungi Khai.
Yamaha 125zR New Edition

Haha, ini bukan gambar hiasan atau gambar motor sebarangan lagi. Ini adalah motor Khai. Yup, mine! Sebuah motor idaman yang dah Khai impikan dari di tingkatan 3 lagi. Motor yang sering Khai sebutkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Yatie dan Abg Fird kerana bersusah payah melalui prosedur pengeluaran motor yang menjengkelkan. Tidak Khai lupa, Kak Lea yang kasi Khai N73 tu sekali lagi memberi bantuan duit untuk Khai dapatkan sebuah Y-125zR. Terima Kasih Kak Lea. So 16 Februari lepas, dah selamat WQX 7709 tu sampai di Cyberjaya dan selamat juga berulang-alik dari hostel ke Limkokwing University. Bus? apa itu? haha.
Nak nengok gambar motor baru yang lain, Khai dah upload’kan di Myspace. Komen la ye. Klik di sini.
Khai penat.. masih mencari feeling untuk ber’blog. Tunggu saja entri akan datang. Salam..
Posted on 19 February '08 by Khai, under Special. 50 Comments.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya blog ni selamat Khai pindahkan. justkhai dot com, sebuah domain yang Khai khas’kan hanya untuk blog keramat ni. “Just khai” tu pun main petik je, malas nak fikir nama domain. Actually, dah berhajat dari minggu lepas lagi nak pindahkan kat hosting baru ni, tapi disebabkan takde duit nak bayar, so Khai biarkan dulu dan cuba cari sponsor kot kot ada. Mujurlah, muncul seorang gadis bernama Syia yang volunteer nak sponsor blog ni. Thank You so much Syia!! I lope u la!! Jom ramai-ramai ke Blog Syia dan tolong ucapkan terima kasih kepada dia. Tidak dilupakan juga, seorang lagi insan yang nak sponsor domain untuk Web download terbesar di Malaysia pula, Emp3s. Thanks Wizurai. Tapi buat masa sekarang, Khai masih belum terfikir domain name yang sesuai untuk web Emp3s tu. Kalau korang ada idea, beri tahu Khai ye.
Hurm, macam biasa, nak memindahkan blog ke sebuah hosting lain memang mudah. Download database di hosting lama, kemudian upload balik ke dalam hosting baru. Tapi yang susahnya, kesan yang diterima selepas itu. Di antaranya, ranking untuk blog ini pasti akan jatuh mendadak. Dulu masa under domain Scukz, PR (page rank) dah capai 4. Tapi untuk JustKhai ni, hurm kosong la ape lagi.. Secara tidak langsung, Pengunjung juga pasti akan berkurang. Pendapatan dari ads juga, akan jatuh mendadak. Ah lantak, apa yang penting bagi Khai selaku penulis blog Syok Sendiri, pertama yang Khai nak, blog ini mampu berfungsi sama seperti dalam hosting lama. So kepada yang tahu cara lain nak tukar URL gambar dalam semua entri dengan cara mudah, sila beritahu Khai. Kalau nak tukar satu-satu entri, ada beratus-ratus entri tu. Khai ada baca entri “Mass Replace String in MySQL” kat blog LiewCF, tapi terlalu ringkas dan tak jelas untuk orang yang baru pertama kali nak berpindah-randah ni. [updated: dah tahu cara, kat sini]
Pemindahan blog ini Khai lakukan atas sebab tersendiri. First, Khai tak mahu blog ini berada dalam satu server dengan Scukz Portal. Semua maklum, Scukz portal dah makan hampir 3/4 percentage dari server so membuatkan blog ini agak slow untuk load. Second, Khai agak “cuak” dengan status sponsorship dari CGYhost sendiri. Asib down je tanpa tahu sebab ape.. Thirdly, blog & domain baru ini menggunakan package Xtudent Hosting Plan dari Exabytes. So apa yang Khai harapkan, blog ber’hosting dan ber’domain baru ini akan jauh lebih bagus dari dulu. No more down down.. Aku dah bosan.. dan paling penting, korang akan nampak blog ini makin aktif dan Khai janji, akan selalu ada entri2 baru kerana Khai akan lebih serious ber’blog dengan adanya blog baru ini.

Akak Khai, Riena dah pun selamat nikah 2 Feb lepas. Semalam, baru siap tolong dia pindah rumah baru kat Puncak Jalil. Kakcik, no more Desa Pandan eh? hehe.. Hurm, ini perkahwinan akak Khai yang ke-3 dari 4 orang akak.
Untuk korang, Terima Kasih kerana masih menyokong blog Khai ni eventhough banyak lagi blog lain yang tumbuh bak cendawan lepas Hujan.. Even Khai dah redirect URL blog yang lama terus ke blog baru ni (justkhai.com), tapi korang yang dah letak link blog ni pun, tolong la tukar ye. Tak susah pun bahkan dapat pahala lagi sebab Khai mintak tolong ni. Hehehe..
Selamat Datang kepada JustKhai.Com

Pssttt: Jangan lupa nengok Sindarela setiap Selasa jam 9 Malam di TV3. Cerita yang menggantikan slot Lestari sebelum ini, Jelatang. Kenapa korang kene nengok? selain dari muka Sharifah Amani yang comel nak mampus tu, diorang juga berlakon kat Limkokwing University. Haha, tempat study Khai (aku, bukan Khai AF1), IcedNyior, Dafi AF5, Sazzy Falak, Awal Ashaari, Acha Septriasa dan ramai lagi lah. Saksikanlah satu-satunya Universiti paling hitam di Dunia.
Posted on 8 February '08 by Khai, under Scukz, Special, Web Promotion. 36 Comments.
Tajuk macam orang putus cinta jerk. Hehe, tension tension.. awek suka cari pasal then susah betul nak online. Dapat online pun sekali sekala je tambah plak hujan sampai 3 hari tak henti-henti. Allahuakbar! Tak sabar nak tunggu bulan satu. Huhu. Bila kat hostel baru dapat online hari hari. Masuk blog member, alahai, macam-macam ada. Update sana sini. Masuk blog aku, ahaks! paham-paham la sendiri. So sorry ye buat sesiapa yang kerap kunjungi blog ni dan yang subscribe sejak sekian kalinya tak pernah jemu. Untuk yang masih belum register, ape tunggu lagi, gi reg skang! Buat masa ni Khai agak busy join venture dengan seorang member UTeM sebab dia minta Khai design’kan membership card dan buat editing sikit untuk logo Negeri Sembilan 4-Stroke Club yang dia nak tubuhkan. Actually dah melambak member pun dalam masa seminggu.
Isk, tension betul bila masuk blog member, dah tulis komen panjang-panjang, sekali tekan send tahu ape yang keluar? SQL problem kejadah ntah. Untuk tulis lagi sekali, minta maaf je la. Time is tissue you know! so Crazychild, apekejadah lagi la blog ko tu, gi betulkan. Hehe.. Sedar tak sedar, Khai sendiri pun tak perasan yang blog ni makin lama makin skema bahasanya. Bila dah kene tegur dengan beberapa orang pembaca blog ni dan ada juga yang tegur melalui entry, rasa tersedar plak. Mana pergi identiti Encik Khai dulu? Sebenarnye, ape yang korang baca skang ni, ni la yang Khai buat dulu masa tulis Entri Blog. Niat di hati nak mempraktiskan diri menulis bahasa melayu yang kene dengan lenggang-lenggoknya, tapi bila baca balik kelakar la kau ni Khai! hihi..
Advertlets ku Sayang!

First of all, pasal Advertlets, ni kali kedua kot rasa konpius dengan pembayaran diorang ni. Alhamdulillah, bulan Novermber lepas dengan berkat iklan TV3 kot, dapat la income cincai-cincai RM400. Tapi masalahnya, jangan kata tunggu dapat duit untuk November ni, bulan Septermber pun tak sampai-sampai lagi. Kata dalam tempoh sebulan dua tapi dah 3 bulan maa, takpe just tunggu apa kata big boss Advertlets, Mr Josh Lim. Apa pun, percayalah, jika korang ada blog macam Khai ni, tak susah pun pasang la satu dua iklan untuk dapat income sampingan. Mungkin ada antara kita yang berblog bukan untuk cari duit, tapi tak salahkan buat duit sikit untuk tampung bil api, bil internet dan termasuklah bayaran air tin ngan twisties masa ngah tulis blog tu. Apapun, percayalah kalau kat Malaysia ni, rasanya Advertlets la yang paling wajib di join. Masih belum join? klik sinih ye! Err, korang punye untuk bulan November berapa? Mohd Ismail forsure beribut-ribut ringgit. Huuuu
Yahoo Messenger 9 BETA

Pasal ni for sure ramai dah tahu. Actually Khai dah pun pakai lama dah, tapi baru harini la sibuk nak buat entri, Korang tak kisahkan? Ok, Untuk sesiapa yang masih belum install tu, pergi sana dan download. Untuk install, jangan la jadi sengal sampai buang YM yang lama dulu. Tak perlu, korang just terus install je yang baru ni terus! Tapi ingat, ianya still in BETA mood. So ada apa-apa masalah, paham-paham sendiri la yosh! Bila dah install je, apa yang pertama kita nampak, preference dia dah banya berubah sampai keliru dan tak berapa selesa. Jangan salahkan Yahoo! kalau ada PC yang hang sebab YM ni memang makan RAM yang agak besar. (more…)
Posted on 11 December '07 by Khai, under Advertlets, Scukz, Software. 38 Comments.