Tidak untuk Mobile Number Portability


Wordpress sibuk suruh update lagi ke 2.6.3 pula. Leceh betul lain kali nak release jangan terburu-buru. Ni tak sampai seminggu version baru, keluar lagi version baru. Ntah ape-ape si Matt ni. Fuh, nasib si Matt ni tak paham bahasa Melayu. Anyway, Khai dah selamat ke WordPress 2.6.3. Korang?

Hurm, Korang ade nengok iklan kat TV tak yang si Harith Iskandar botak tu berjoget-joget cam orang gile then keluar kat baju dia 012 adalah Celcom. Digi plak, gunakan kartun animasi yang sempoi untuk iklan dia. Satu yang dekat toolboth tu dan satu lagi kene gigit nyamuk. Dan Maxis? Buat masa ni belum ada lagi kat TV pasal ni tapi Khai percaya dalam masa terdekat ni Maxis akan keluarkan iklan mengenai ni yang jauh lebih gempak dan kretif dari Celcom dan Digi. U-Mobile? Errr.. kau duduk diam-diam sudah. Hehe. Apa motif semua iklan ni? Mobile Number Portability (MNP).

What is MNP?
Mobile Number Portability or MNP is a new government implementation that lets mobile users move from one service provider to another – without losing their number.

Kini 012 bukan lagi Maxis dan 019 bukan juga Celcom. Begitu juga dengan 016 belum tentu Digi. Khai tertanya-tanya apa maksud kebebasan dalam fikiran kerajaan kita ni? Ya, kita semua bebas untuk memilih mana yang lebih suka tapi di mana relevennya bila tiada lagi trademark untuk Maxis, Celcom dan Digi. Katakan korang guna 012 dan nak call member korang 012. Ingatkan murah la Maxis ke Maxis. Tapi cuba bayangkan kalau member korang yang 012 juga tu dah tukar number dia kepada Celcom. Check balance, jangan sampai heart attack ye? Hehe.


Keterangan lanjut:
Maxis Mobile Number Portability
Celcom Mobile Number Portability
Digi Mobile Number Portability

Pada pendapat Khai, ini satu kerjasama yang agak ‘bodoh’ dan idea yang sangat ‘bangang’ oleh kerajaan kita yang ‘bijak’.. Entahlah, lain orang lain pendapat tapi Khai rasa, ramai yang terasa panasnya nanti. Takkan korang setuju kot?

Project Scukz: Let’s Get Loud [BETA] Released!!


Arini Khai dah selesaikan satu projek Scukz yang dah lama beku. Siapkan dan terus release. So korang kalau nak download lagu-lagu terbaru lagi-lagi dari indie band kita, jom pergi sana ok…
Link: www.mp3.scukz.com

Beberapa projek lain masih sedang dijalankan.

Ditulis pada 9:59 PM 24 October '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,473 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

60 Comments »

Comment by Fahmishah
2008-10-24 22:53:45

Sudah tidak kool!

..
 
Comment by suhz
2008-10-24 23:33:47

012 tidak lagi maxis.. ohh tidakk!!
nnti susah la nak agak.. org tu gne ape.. msg2 ke operator lain da 15sen. hadoii

..
Comment by Khai
2008-10-24 23:57:16

apa yg ko pikir ni sama la dengan apa yg khai fikir.. entah la… government nak amik untung sket ke? huhuhu

..
 
 
Comment by syima5424
2008-10-25 00:40:19

“Pada pendapat Khai, ini satu kerjasama yang agak ‘bodoh’ dan idea yang sangat ‘bangang’ oleh kerajaan kita yang ‘bijak’..”

syima setuju dgn yg ni. huhu.

..
 
Comment by flameduplicate
2008-10-25 05:35:12

err..khai fivio supprt mp3 sharing?? jgn langgar TOS dah la..

..
Comment by suhz
2008-10-25 07:43:18

dia share je, bkn host, takde pape pun. kan khai letak file tu kat mediafire.

..
Comment by Khai
2008-10-25 09:39:16

haa. betul2… hihihi

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by nikillas
2008-10-25 09:03:50

haaa.. jalan penyelesaian.. semua bagi harga sama rata.. maxis-digi-celcom.. kadar sama rata.. haaaaaaaa.. mau ke diorang nak wat gini..??

..
Comment by Khai
2008-10-25 09:39:58

tak mungkin diorang akan buat macam ni.. kalau camtu, yg kaya akan terus kaya dan miskin akan terus miskin.. kadar persaingan pon tak mengancam dah nanti…

..
Comment by nikillas
2008-10-25 20:59:43

itulah.. tapi diorang akan terus bersaing dan bersaing antara satu sama lain.. kalau persaingan diorang ada bagi keuntungan kepada pengguna.. itu dah bagus.. tapi kalau bagi kerugian pulak..?? camne..?? x ke haru..

(Comments wont nest below this level)
Comment by NuNu
2008-10-28 09:57:04

pening3

 
 
 
 
Comment by ihsan
2008-10-25 10:22:45

ini sume idea persetan jer ni….rse cam dah mls nak gune enset..

..
Comment by Khai
2008-10-25 12:29:05

abis nak guna public phone ke? bawak public phone tu gi shoping, jalan2… hehehehe… kalau la boleh kan best kan? leh recycle syiling tu balik..

alaaaaa… cam tak biasa lak korang selalu curik line kat public phone time nakal2 dulu..

hahahaha

..
 
 
Comment by asx
2008-10-25 10:33:57

aku sangat tak suka .

btw , khai , hadiah iklan belum publish lg.

..
Comment by Khai
2008-10-25 13:15:09

alamak.. aku asib lupa je nak taruk banner ko ni bro.. bro, kalau boleh, send balik kat email aku ek? khai_luct @yahoo.com

dah cari tak jumpe email tu…

..
 
 
Comment by mrkay
2008-10-25 13:18:06

aku rasa benda ni ok sbnrnye.. sbb aku kdg2 dah nyampah dgn maxis.. aku tahan selama ni pon sbb no tuh kengkawan sekolah semua simpan no tuh.. tp no kawan2 aku bertukar tak inform aku.. so nnt bile ade org nak cari aku, takyah bersusah payah dierang nak mencari2.. no sama.. lagi pon ni bleh ubah perangai manusia yg asik dok tuka sim card je.. huhu..

lagi pon alasan sbnr dierang buat mcm ni sbb pengguna makin byk.. so nak kalo tak buat mcm ni, nnt no makin bertambah.. silap2 no enset jadi 8..

cuma mmg takde trademark lagi la..

..
Comment by Khai
2008-10-25 14:31:08

itu ke alasan dia buat macam tu? tapi kalau user nak banyak, dia banyak jugak kan.. lama-lama number akan jadi 8 jugak.. patutnya kekalkan trademark… kalau dah full sangat 7 angka tu, open satu lagi number

kan 015 free lagi… buat 015 jadi macam 014 (campur2)..

ape pon x sabar nak tunggu bila benda ni dah ramai try nanti.. nak nengok keadaan masa tu camne..

..
 
 
Comment by aman
2008-10-25 18:02:24

015 tak free ler khai. Jaring dah rembat dulu nombor tue..hoho…

aku pun tak suka gak ngan menda nie..taw-taw kedit jalan laju jerk.. 🙁

..
Comment by Khai
2008-10-26 08:34:42

laa ye ke… awww. ketinggalan upenye aku ni… ok kalau camtu, kita open la random 3 number… macam 777 ke, 182, 645 or ape ape je… leh tak eh? hahahaha

..
 
 
Comment by Obefiend
2008-10-25 19:55:04

you guys obviously have no idea how important a milestone this is

in modern countries a law was passed about 9 years and i quote

“your phone number is yours. u paid for the starer pack thus the number should be rightfully yours and not the property of the telco”

i ask you this

how many times have u changed your telco provider in the past 6 years just to get the best call/sms rate out there. i changed my number 3 times in the last 10 years since i first owned a mobile.

it tedious to keep changing number just to get the best rates. this new fixed telephone number is heaven sent for guys like me. no more getting ripped into buying new starter packs and them SMSing all my friends just to say i changed my number again

we are late by almost a decade in implementing this cool feature. its about time we get inline with the developed nation. no more getting shafted by the telcos and having to buy new expensive starter packs!

plus you now no longer have to dafter your nombor lagi

its a convenience not an annoyance

oh on a side note

stop blaming the government for everything. diorang buat benda yang ada kebaikan korang bantai. tak buat apa apa korang bantai. buat salah lagi la kena bantai. apa je diorang boleh buat semuanya salah? ask yourself. what have you done for your country lately. jgn pandai tinggalkan komen pada blog sahaja. usaha sikit nak majukan negara. jangan jadi bodoh dan ikut orang lompat dalam bandwagon dan bash kerajaan tanpa sebab. jgn jadi dungu dan ikut tanpa berfikir

and please stop leaving comments if you have no idea what your are talking about.

kalau tak puas hati dengan komen gua sila pegi blog gua untuk berdebat ok

..
Comment by Khai
2008-10-25 20:28:49

hi saudara.. salam tidak diberi.. nak kasi komen or pendapat mmg bebas, tapi jgn sampai tahap kureng ajar…

Kasi pendapat boleh… Itu pendapat saudara dan saudara tak boleh nak paksa orang ikut pendapat saudara…

tiba-tiba nak gua lu gua lu kenape?

Hurm, ade betulnya pendapat yg saudara tulis tu.. dan dimana silapnya dengan pendapat dalam entri ni? ade pros n cons kan? so belajar berbudi bahasa sikit yer…

oh ye, orang melayu? ni blog melayu kan? kasi komen dalam melayu please……. boleh?

..
Comment by semerah padi
2008-10-27 01:11:12

btol btol btol..
aku sokong ko khai..
wtfishcake..~! mengomen mcm nk beradu..
meh sni..

::peace:: to khai ^^

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by nazman
2008-10-25 21:56:17

kira okay per MNP ni?…aku pun dah tukar ke DG dari CELCOM tapi still maintain no. 019 aku sbb no. cantik (huhu) dan sms to semua operator flat 0.10/sms …call plak ke semua number 0.36/minute (30 sec block)…no. fav. pun leh add 4 no. network yg lain..kira okay la tu..x payah nak susah2 tukar nombor…slalunya DG ni pioneer dlm apa2 pun.. lepas ni maxis dgn celcom 4 sure turunkan rate diaorang sbb nk compete dgn DG…aku dah 10 tahun guna CELCOM pun leh lari pi DG….

..
Comment by nazman
2008-10-25 21:58:32

lagi satu skang ni DG bagi airtime validity smpi 1 tahun free kalo korang buat MNP ni…x payah nk bayar rm30 mcm celcom tu..maxis x tahu la plak aku…

..
Comment by Khai
2008-10-26 08:31:17

Maxis pon free jugak… cuma kredit kene ada RM32 je time nak apply.. nama pakej dia 365..

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by fn
2008-10-26 18:27:23

hihi..aku pakai celcom u pax..x mau tuka gi mane2 dah..celcom jua since form 5..suda 4 thn! 8pax kalo sms=0.5 sen, call 10sen/min…kalo ke no.laen sms 1sen, call 15sen/min… bes oooo….kedit plak bapak aku topup! kaya! dan jimat utk pelajar sengkek cam aku….bertukarla ke xpax… org kate digi mcmc astro…kalo ujan asek ilang je..yeke???

..
Comment by fn
2008-10-26 18:31:58

eh, silap…ke number laen sms 6 sen..soli..excited!
yg 1 sen tu ke number celcom yg x masuk 8pax

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2008-10-26 19:20:58

apa yg khai maksudkan pada entri ni, itulah…. kan ke number lain mahal sket kan..

nanti u akan tertipu kalau member u pakai number 019 tapi pada masa yg sama dia tukar 019 tu jadi Digi..

easy right? kenapa la ade yg still x paham entri ni..

 
Comment by fn
2008-10-29 15:45:51

aku pahamla sedara khai oi…
cuma sesaje nak poyo… sunggoh paham…
n aku pon kureng ske sbb aku xske contact org yg bukan 1 line ngan aku..kalo dah cenggini, tepaksela aku hati2 b4 anta sms..
kdg2 aku rase aku pon x stuju..mcm ko jugakla khai..
tp mmg aku x stuju lgsung pon!
da x rase unik gune 013… =(

 
 
 
 
Comment by Hamdi
2008-10-25 23:01:11

macam menyusahkan aje
cuba bayangkan sesebuah company tuh nak manage??
contoh cam celcom nak manage 012?
tak ke pening kepala diorang tuh?

..
Comment by Hamdi
 
 
Comment by luqman
2008-10-26 00:43:57

nombor 3 pertama (012,013,014,016,017,018,019) melambangkan operator. Klo dorunk tukar2, mmg susah kt nak teka org y kt call/msg tu guna operator ape (digi, celcom, maxis) dan yg dirisaukan skrg ni, cost charge y akan dikenakan mgkn tidak dpt dijangka secara kasar. Dlu, kt leh jangka klo msg org ni (cth: pengguna digi, 016) 15 sen/sms. Tapi skrg, “016 kini celcom”.

Pada mulanya, sy pk cambest je bende ni, tp ble difikirkan kesannye, camtakbest je. Aii~ Klo kerajaan nk pk untung pun, pk la utk rakyat gak, jgn pntgkan diri sndri je. Kami bukannye snang sgt.

Klo ni la jadinye, dah xde keyakinan nk contact org laen.

Sy menyokong khai, sy tidak stuju dengan servis mcm ni. Tp bg sesetengah pihak rsnye ni bgs, terpulanglah. “Different person have different opinion” TQ

..
 
Comment by fiffy
2008-10-26 00:51:11

benda ni ade pro dan kontra sendiri…
ia sgt berguna pada sesiapa yang mmg suke tukar2 no ni…
xyah ssh2 msg sumer member2 biler tukar no br…
tp yg xbestnye biler time kite nak call or msg ingatkn org tu gune celcom tp sbnrnya x…
tau2 nnt kredit korang tgl berapa sen je…

syarikat2 telekomunikasi skrg kena ade harga rate yg lbh kurang je r…
klu x mmg sumer pengguna handset kering poket sbb asyik nk top up or byr bil yg mhl…
naseb ler harga minyak da nk turun…
kurang skit beban kt situ….

..
 
Comment by Cleo Weiland
2008-10-26 02:21:57

I believe that the MNP is a lifesaver for people who constantly change numbers. Say goodbye to friends who take up more space on your phonebook with all three cell numbers! One number per person is how things should be.

BTW. Last time I checked, Digi, Maxis and Celcom were all private companies, which aren’t linked to the government at all. How on earth did you guys come to the conclusion that this MNP idea is from the government? It’s not.

Secondly, rates should not be a problem since the difference is only about 5 cents or so. Sure it makes up a lot if you’re not careful with your usage, but that is entirely a personal problem. And it’s only time before they all start having similar rates. Besides, you can’t simply avoid calling people from different networks. When you start working you’ll know.

So here’s to MNP!

PS: Since you’re an LKW student, I’m sure you have no problem understanding my humble comments here. Cheers!

..
Comment by Khai
 
 
Comment by zelo55
2008-10-26 04:54:34

haa…lps ni kite smue pakat gantung telefon publoc booth kt blakang…xde lagi masalah DG, MXS ataupun CELCOM da..

hahahah.

..
Comment by Khai
2008-10-26 08:30:08

bila la phone kat rumah tu nak boleh wireless ye tak.. heheee.. leh bawak gi shoping etc..

..
Comment by Aiko
2008-10-27 23:41:37

Bang, actually ada produk tu. Org jer ramai tak tahu. Boleh cek kat telekom.. but utk receive call je..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Haryani
2008-10-26 14:48:46

sib baik khai bukak entry nih…akak sebenarnya tgh pening iklan si harith buat lawak bodoh x baper nak suke tgk tu…..016 is Celcom la..apa ke bende ntah…so, skang dh fhm skit la amende menatang diorunk cuba nak sampaikan tu…MNP ye??

tapi kan….benda ni mcm x baper nak best pung….that’s from my point of view la…..

..
Comment by zelo55
2008-10-28 03:46:20

wei3…ak suke tgk iklan Harith yang bagi ko x berapa bodoh tu…ak suke sgt3…smpai siap post kt blog aku lagi…jgnla ktuk…sdeyh aku nnt…

anyway..ak x skong MNP nih..

..
 
 
Comment by Malaynium_
2008-10-26 17:35:23

thanks khai…
akhirnye aku paham maksud yg tersurat dan tersirat..
sengal je projek ni.. harga minyak naik, barang naik, bill naik, itu naik ini naik..

sedey tul tgk ekonomi skunk..
pe yg ko buat pak lah.. 😐

..
 
Comment by bd fabregas
2008-10-26 20:32:34

khai.. apa kata hang wat petition supaya perkhidmatan ni dikaji semula.. benda2 ni menyusahkan org ramai la..

..
 
Comment by Pali
2008-10-27 09:02:35

kalo orang dah kerje ok la..tp kalo student ..susah gak..

..
 
Comment by nazman
2008-10-27 18:28:00

sebenarnya korang kena faham kenapa perlu adanya MNP..ianya bukan bertujuan untuk menyusahkan pengguna ttp utk menyenangkan….kita x perlu lagi tkr2 nombor hanya krn nk bertukar network….one more thing, ia akan meliberisasikan industri mobile telecommunication in Malaysia…lama-kelamaan, semua telco akan terpaksa merendahkan kadar panggilan/sms inter-operator masing2 utk mengelakkan user masing2 lari ke telco saingan….DG dh start memperkenalkan kadar sama rata ke semua telco, x lama lagi sure maxis dan celcom pun akan ikut jejak langkah DG….lama-kelamaan, ianya akan menguntungkan pengguna kerana akan wujud persaingan sihat antara semua telco…. so, x kisah la 019 tu DG @ maxis, 012 tu celcom @ DG krn lambat laun semuanya akn memperkenalkan satu kadar baru yang lebih kompetitif utk tarik pelanggan…apa guna kekalkan identiti 012 semestinya MAXIS klu kadar yang dikenakan tidak menguntungkan pengguna?….so, korang fikirkan lah kenapa MNP ini diperkenalkan….skrg mungkin korang x nmpk kebaikannya, tapi lambat laun korang akan bersyukur krn MNP ini diperkenalkan di Malaysia…Ianya bertujuan utk memberi tekanan kpd operator2 supaya sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan di samping memaksa mrk utk memberi kadar panggilan/sms yang lebih murah supaya pelanggan mrk tidak lari memandangkan pengguna tidak perlu lagi bersusah-payah menukar nombor telefon sekiranya mereka ingin bertukar ke network lain…. Fikir-fikirkanlah…
p/s pada sesiapa yang tanya betul ker DG ni mcm ASTRO klu hujan lebat sket coverage x dak, setakat ni aku guna DG okay saja…x dak masalah walaupun hujan lebat…mayb 5-6 tahun dulu betul tapi skang DG dh byk improvement…

..
Comment by Khai
2008-10-27 18:39:32

Di mana persaingannya kalau ketiga-tiga company tu nanti gunakan kadar sama rata…?

If mereka semua naikkan 30sen setiap minit pun, maknanya semua akan naik.. (kalau nak kadar sama rata la kan)…

leh saudara jelaskan?

..
Comment by nazman
2008-10-27 20:52:21

DG, CELCOM & MAXIS merupakan syarikat2 sdn. bhd dan mereka tertakluk kepada undang2 syarikat sdn bhd….mereka tidak pernah berpakat selama ini utk menyamakan kadar caj yang dikenakan kpd pelanggan mereka..apa yang buat khai fikir yang kali ini mereka akan berpakat?…mereka akan terus bersaing sesama sendiri utk menguasai market mobile phone di malaysia…mereka perlu berbuat demikian kerana mereka ada tanggungjawab terhadap pemegang-pemegang saham mereka yang mahukan keuntungan dibuat setiap tahun…..setiap tahun kita lihat kadar caj yang dikenakan semakin menguntungkan kita sebagai pengguna…ini yang dikatakan sebagai persaingan sihat…mereka TIDAK akan berpakat untuk mengenakan kadar yang tidak munasabah kerana mereka tidak sebegitu bodoh memandangkan skrg sudah ada operator lain selain mereka seperti HAPPY dan UMOBILE….saya harap khai dpt berfikir secara positif dan tunggu dahulu beberapa ketika sblm membuat keputusan yang MNP ini tidak baik untuk kita sebagai pengguna…give it a chance dan kalau dah terbukti yang perkara ini tidak mendatangkan kebaikan, baru lah kita kritik…sy percaya dalam sedikit masa lagi kita akan nmpk faedah dari MNP ini…for starters, kita x perlu beli simpack baru klu nk tukar ke operator lain…itu dah kira jimat…dan percayalah, selepas ini saya yakin semua operator akan memperkenalkan plan panggilan baru yang lebih kompetitif dan menguntungkan kita sebagai daya tarikan utk memilih rangkaian mereka…dan mutu perkhidmatan mereka pun akan lebih meningkat untuk mengelak pelanggan yang sedia ada lari…let’s say customer service operator A mmg teruk, dan mereka x buat sesuatu utk memperbaikinya, so kita ada pilihan yang lebih mudah utk bertukar ke operator B tanpa perlu bersusah payah membeli simpack baru dan menukar nombor kita…mudah kan?…so, pls give it a try first..masa Tun Mahathir nk buat jambatan P.Pinang mula2 dulu pun ramai sgt yang kritik kata membazir, tp skrg kita dapat lihat yang sbnrnya pembinaan jambatan P.Pinang tu byk faedahnya kpd kita terutamanya kpd penduduk P.Pinang…So, harap korang semua yg x setuju dgn MNP ni tlg beri sedikit masa supaya kita dapat lihat dan nampak akan faedah-faedahnya…Insya-Allah..

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2008-10-29 15:59:28

hurmm…. ye la.. kita beri dia peluang.. ngk camana ek… ok…. wel entri ni just bertujuan untuk mengeluarkan idea2 sebegini… bukan untuk membangkan idea2 mereka…

 
 
Comment by Aiko
2008-10-27 23:53:12

Bang, cane sy nak explain… actually kalau nak paham bende ni bukan susah sgt.. kalau abg org ekonomi abg akn paham kenapa jadicamni…

Memang bagi certain org, susah nak accept… tapi dari segi bisnes dah takde choice… Abg pernah dengar tentang oligopoly tak sebelum ni..?? Bisnes telcos kat malaysia ni amalkan sistem oligopoly.. kita kena tahu la trend oligopoly tu cane…

Bila sampai satu tahap, telcos ni akn tepu dianyer keuntungan dgn hanya new subscriber.. kena pk alternative lain tuk dpt balik profit.. memang tak berapa bagus oligopoly ni.. tapi nak buat cane…

just my 2 cents…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by azleah
2008-10-27 19:32:52

rugi arr syarikat kalau macam ni sebab masing² punya identiti dah hilang.

patut arr kengkwn dok kata maxis leh tukar jadi celcom. cuma ubah no sms centre tu je..

..
 
Comment by syakur
2008-10-27 21:08:06

pakai je celcom upax.. jimat maa

..
Comment by zelo55
2008-10-28 03:48:36

upax ade had masa pulak…x silap smpai umur 25 je kn?..pas umur 25 nak buat cmane?…gntung public booth kt blkg kee….

waawawawa..

..
Comment by fn
2008-10-29 15:51:26

yes btol2..sampai 25 je..alaa…mase tu kan dah x jd studen lg..kan dah kaya…duit ribu2….kite tuka la pulak ke postpaid…hahahah!
senang2, call pakai ym sudey!

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by bd fabregas
2008-10-28 22:15:51

aku pn pakai upax gak..

..
 
Comment by PakciQue
2008-10-30 11:18:53

Kalau Dulu

A: Bak no fon kau.
B: 012-…
A: Eh. No Maxis? Kau takde no Celcom ke?
B: Ada. 013-…

Sekarang

A: Bak no fon kau.
B: 019-…
A: Line apa tu?
B: Digi.
A: Kau takde no Celcom ke?
B: Ada. 018-…

..
Comment by Khai
2008-10-30 17:23:29

Mak ai.. aku suke sungguh dengan humor yang ko buat ni bro… aahahahaa.. betul.. mmg ada betulnya…

..
 
 
Comment by Aby RAd
2008-10-31 01:35:13

ape kata smua cmpny 012, 016, 018, 019 bergabung n smua rate sama.huahuahua

..
 
Comment by shide
2008-11-13 15:07:43

alar yg penting..ketiga-tiga line provider ni tau nk untung je..tapi service choi kot..promosi gile babi..bila masalah complaint kat dorg lembab nak fix.choi sangat…

..
 
Comment by noni
2008-11-13 16:33:11

bagus lah mcm ni..
sbb kalau maxis mahal boleh tuka ke celcom then kalau celcom mahal tuka la balik kat digi or pape je la kan..
kalau nk tuka no, kena beli baru then kena bgtau sume membe no baru..
lg 1 susah nk contact membe2 kalau asyik tuka no jer..saye setuju mnp!hehe

..
 
Comment by miss noy
2009-05-08 15:04:18

hurm…tumpang lalu bro..skang ni sye gunekan digi..
so sye nak tukar ke plan celcom upax…bole tolong? :o: :o: :choler: =(

..
 
Comment by RIzalDo
2010-10-29 11:00:44

Salam…sy baru switch from maxis to digi…tp still guna no yg sama…senang sbb xyah hebahkan no baru…sy setuju ngan MNP…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post