Tidak untuk Mobile Number Portability


Wordpress sibuk suruh update lagi ke 2.6.3 pula. Leceh betul lain kali nak release jangan terburu-buru. Ni tak sampai seminggu version baru, keluar lagi version baru. Ntah ape-ape si Matt ni. Fuh, nasib si Matt ni tak paham bahasa Melayu. Anyway, Khai dah selamat ke WordPress 2.6.3. Korang?

Hurm, Korang ade nengok iklan kat TV tak yang si Harith Iskandar botak tu berjoget-joget cam orang gile then keluar kat baju dia 012 adalah Celcom. Digi plak, gunakan kartun animasi yang sempoi untuk iklan dia. Satu yang dekat toolboth tu dan satu lagi kene gigit nyamuk. Dan Maxis? Buat masa ni belum ada lagi kat TV pasal ni tapi Khai percaya dalam masa terdekat ni Maxis akan keluarkan iklan mengenai ni yang jauh lebih gempak dan kretif dari Celcom dan Digi. U-Mobile? Errr.. kau duduk diam-diam sudah. Hehe. Apa motif semua iklan ni? Mobile Number Portability (MNP).

What is MNP?
Mobile Number Portability or MNP is a new government implementation that lets mobile users move from one service provider to another – without losing their number.

Kini 012 bukan lagi Maxis dan 019 bukan juga Celcom. (more…)

Posted on 24 October '08 by , under Lain-lain. 60 Comments.

Masa untuk Happy :)

scukz_happy_ever.gif

Setelah sekian lama berdiam diri dari sebarang pakej promosi, Digi kini keluar dengan pekej yang agak mengejutkan. Happy 🙂 , sebuah Pakej yang membuatkan ramai pengguna terbeliak tidak kurang si merah dan biru yang termenung ketandusan idea. Even Khai seorang pegguna Maxis yang setia pun, agak terdetik hati ini untuk beralih kepada Digi. Tapi pikir balik, susah nak tukar number phone ni coz ramai contact, member, family, borang, database dan macam-macam lagi yang dah simpan rekod number kita.

Hotlink dulu yang keluar dengan Super Savers kini semakin dipandang sepi. Pakej yang pada mulanya RM2 untuk bercakap atau SMS tanpa had dari jam 12 pagi hingga 12 tengahari kini tiada lagi. Mungkin rugi besar diorang agaknya. Ape taknya, Ramai yang duduk semeja pun boleh cakap guna handphone. Tak ke haru tu Maxis nak menanggung?. Kini RM3 untuk bercakap selama 1 jam atau SMS dari 12 pagi hingga 6 pagi sikit pun tidak menjadi buah mulut orang ramai. Bagi Khai, ini kesilapan Hotlink sendiri. Sepatutnya, pakej Super Savers yang sekarang harus diperkenalkan dahulu kemudian baru diikuti dengan pakej perkenalan mereka. Xpax dari Celcom juga turut mengeluarkan rewards yang pelik-pelik untuk pengguna mereka. Khai tak berapa tahu kerana Khai bukan pengguna Xpax, tapi ada la member yang kasitahu pasal rewards yang agak sempurna dan lebih kurang sama seperti hotlink.

scukz_blog_happy.png

Kita lupakan pasal Hotlink dan Xpax. Jika dilihat pada pakej yang ada pada Happy, ianya satu idea yang amat sempurna. 99 sen maks? Ianya satu kerja gila. Mana mungkin hanya 99 sen dikenakan untuk bercakap selama mungkin? Apa pula akan jadi jika orang yang korang hubungi tak banyak masa nak berbual? Hanya 1 sen/saat dikenakan. Tanpa kita sedari, kita agak rugi bila call orang selama 1 minit 1 saat. 1 saat yang lebih tu akan dikenakan charge seakan-akan korang bercakap 2 minit. Mana mungkin kita perasan untuk bercakap selama 59 saat jer. Ada juga yang suka main miss call member kan? Apa jadi kalau tengah sedap-sedap miss call, tiba-tiba kejap je member korang tu angkat? Korang pun cancel la pulak call tu yang akan membuatkan panggilan korang akan dicharge selama 1 minit padahal tak sampai sesaat pun.

Tambah nilai pula, Khai sebagai pengguna Hotlink, kalau topup RM10 hanya untuk Seminggu dan RM30 untuk sebulan. Tapi untuk Happy, sebarang tambah nilai pun hanya akan expired dalam masa 2 bulan. Alahai, betapa best nya. Bagus untuk mereka yang sentiasa berjimat cermat mahupun kedekut kredit. Sudah semestinya, Happy direka Khas untuk membuat anda gembira.

Apa yang peliknya, Pelan Happy ini seakan-akan tidak terlalu mendapat publisiti di kaca televisyen. Apa yang Khai nampak pun hanya iklan cerita kelakar yang diakhiri dengan website happy. Rasanya tak siapa tahu itu adalah pelan dari Digi. Mungkin Digi ada rancangan tersendiri. Sesungguhnya even Khai bukan pengguna Digi, Khai tetap happy kerana Happy berjaya membuat blog ini kelihatan lebih Pink. Ahaha. Apapun, jaga anak-anak anda kerana orang kuning semakin banyak berkeliaran.

*rewards = pelan/plan

Updated 02 January ’08
Update ini dilakukan bagi memastikan segala informasi yang Khai beri di atas lebih tepat. Informasi tambahan ini Khai dapatkan dari pelbagai sumber seperti internet dan Majalah PC. (more…)

Posted on 24 December '07 by , under Lain-lain. 40 Comments.