Sebuah kehilangan


Sedih sebenarnya Khai nak tulis entri ni. Tapi seperti yang dijanjikan, akan ada sebuah entri pasal kehilangan. Sebuah kehilangan yang agak besar dalam hidup Khai.

Ingat lagi, first time Khai nengok dia masa 17 Februari 2008 lebih kurang jam 8 Malam. Akak Khai dan tunang dia setelkan semua perkara tinggal Khai datang Ampang ambik dia bawak gi Cyberjaya. First time lihat wajah dia secara berdepan hati perghh, berdegup kencang ibarat cinta pandang pertama. Rasa nak ajak khawin je tapi ape boleh buat nanti orang cakap gila plak. Kulit yang kemerah-merahan dan susuk tubuh yang mengiurkan sesiapa sahaja betul-betul buat Khai rasa macam nak menangis kegembiraan. Punggung dia tonggek tu beb.. tak tipu.. awww…

Masa tu Khai still Limkokwing student. Masa tu highway KL-Putrajaya belum siap. Kalau dah siap pun, masa tu dia ni still tak boleh nak lalu lagi. So nak balik ke Cyberjaya leceh sket ar ikut jalan yang penuh ngan manusia ni. Takut gak ade yang ngorat dia nanti, melepas ar Khai kan.

Dengan izin Allah, Khai dan dia selamat sampai ke Cyberjaya. Member semua lari datang kat Khai. “Wah Khai, cantiknyaa.. pinjam satu malam boleh takk?”..

“Debish!!”, makan penumbuk tak pasal-pasal. Kerana mulut badan binasa. Tapi tu Khai tipu je. Haha. Khai just jawab, “boleh.. boleh ape salahnya..boleh.. boleh BLAH!!”.

Seronok bersama si dia. Khai memang tak boleh nengok dia kotor sikit, mesti Khai bawak gi mandi snow. Dia nak ke tak ke, nak snow jugak. Sejak dia bersama Khai, boleh dikira dalam dua kali je Khai mandikan dia sendiri. Yang lain semua Khai suruh dia mandi snow. Ye la, Khai mandi diri sendiri pun susah, ape lagi nak mandikan dia ye tak? hehehe.

Aiseh, baru sekerat entri dah meleleh air mata ni. Emo rupanya aku ni.

Ok cukup la. Korang dapat tangkap ke Khai cerita pasal ape ni? Of coz la bukan awek. Nak mati ape mandikan awek? Hahaha. Sebenarnye Khai cerita pasal motor Khai yang baru hilang beberapa minggu lepas. Lambat Khai tulis entri pasal ni kan? Sebabnya masa tu Khai nengok apa-apa motor lalu pun dah sedih, apa lagi nak tulis pasal dia.

Puas tiga hari raya aritu konvoi raya dengan member-member. Siap bawak dia mandi sungai lagi. Rupanya dia nak hilang dah kan? Bagi korang yang dah ade kereta semua, apa sangat la motor hilang tapi bagi Khai, ianya macam satu kejadian yang sangat besar dalam sejarah hidup Khai. Khai belum pernah rasa kehilangan orang atau benda yang terdekat dengan diri Khai sampai sekarang. Senang cerita, motor ni adalah hak milik Khai yang paling mahal la buat masa ni.

9 Oktober bersamaan 9 hari raya, Khai terpaksa jugak menjejak kaki kat Limkokwing University tu. Merempit dengan member Khai dari Johor. Nak ditambah tragisnya, masa on the way tu motor kawan Khai pancit kat Bangi. Then kitorang terus cari workshop je la. Takkan laundry plak ye tak? Masa member Khai tu sibuk dengan motor Honda EX5 baru dia yang pencit tu, Khai pulak sibuk dengan Yamaha 125zR Khai. Khai tukar minyak hitam (4T) yang paling mahal. Jenama Motul Limited Edition. Kalau tak silap harga sampai RM38 tu. Lagi Khai tukar leaning break dengan 2T. Habis la duit raya dalam RM70. Duit raya tu beb! Jangan memain. Hehehe.

Beberapa hari berikutnya, selesai je submit Industrial Report kat lecturer, Khai terus ke Ampang dengan member Khai yang pancit tayar dia tadi. Lupa nak perkenalkan, nama dia Zul. Malamnya kitorang keluar melepak kat Mamak. Time melepak tu, hati Khai rasa macam nak beli lock yang gold tu je. Orang cakap lock tu lagi kental kan? Tapi Khai cakap balik nanti je ar beli sebab esoknya Khai dan Zul akan balik ke Negeri Sembilan semula. Zul terus ke Johor. Balik dari mamak, terus ke Kondo akak Khai.

Kat sini kisah bermula. Selalunya Khai nak masuk dalam, guard cilake tu mesti mintak lesen atau IC. Dia akan simpan sampai la kita keluar balik, baru mintak. Tapi malam tu, Khai dah siap keluarkan lesen lagi. Tapi dia boleh tak nak amik sebab dia suruh Khai parking luar je. Guard cilake tu cakap jangan risau sebab dia akan jagakan. Ok korang bayangkan je ye, Khai parking motor yang lengkap berkunci kat sebelah pondok guard yang terang. Then kitorang naik main PS2 kat rumah akak Khai.

Punya la lama main game sampai 8 jam. Lebih kurang 5 pagi baru kitorang nak balik. Punya la tak risau pasal motor sebab dah bajet guard cilake tu tolong jagakan kan? Hajatnye nak balik terus ke kampung pagi tu. Tapi sebelum tu Zul cakap nak pergi servis motor dulu.

Sampai je port parking motor tu tadi, tinggal satu motor je kat situ. Motor si guard cilake tu. Alamak!! kitorang dah cuak gila babi. Rasa nak terkucil je tapi tak boleh nak terkeluar. Hahaha.

“Uncle, mana motor saya. Kan tadi you kata you nak jagakan!!”.. Khai cakap dengan guard india cilake tu.

“Mana saya tahu mana motor you. Tadi ramai keluar masuk, mana saya perasan”.. Jawab si cilake tu.

Perghh.. berderau darah Khai ape lagi kene hamun la guard bodo tu. Kalau korang nengok reaksi dia masa Khai cakap motor Khai hilang tu kan, dia boleh duduk je seakan-akan bersubahat. Siap la kau nanti.

Pagi tu jugak terus ke Balai Polis Ampang Jaya buat report. Polis pon terkejut sebab sekali dua motor hilang. Haha, lupa nak inform yang motor EX5 si Zul yang baru berusia sebulan tu pun kene angkut sekali. Dari pagi tu, bermulalah kehidupan Khai sebagai Mat Rempit yang kepatahan kakinya.

Apapun, Khai redha. Hari motor hilang tu Khai rasa macam nak menangis, tapi air mata tak boleh nak keluar. Kalau hilang sebab kelalaian Khai, Khai still boleh terima tapi ini hilang sebab kita dah letak kepercayaan kat orang yang kita tak kenal, tu yang Khai rasa menyesal sangat. Tahniah juga pada pencurik tu coz dah dapat pakej lengkap. Sebuah Helmet yang disangkut bawah seat dan juga tank penuh yang baru di’isi. Sesungguhnya, Khai tak pernah menghalalkan apa-apa barang Khai yang diambil tanpa izin Khai. Tunggu je la balasanNya.

Patut hati rasa tak sedap je, rupanya dia nak meninggalkan Khai. Last Khai nengok dia kat bawah parking tu 14 Oktober 2008. Khai rasa ini semua ada hikmahnya. Sebab pagi tu Khai dan Zul nak gerak jauh dengan mata yang mengantuk. Kawan Khai cakap, elok la motor kau je kene barai dari kau-kau sekali barai kat jalan. So bila pikir balik, Khai mengucapkan syukur kehadhrat ilahi. Ya, ada hikmah! Hikmah!

Khai anggap entri ni adalah entri yang paling special sejak Khai terlibat dalam dunia blogging. Ye la kan, ini kali pertama Khai diuji Allah. Mungkin betul, ada la kesilapan yang terlepas pandang pernah Khai lakukan. Khai sememangnya perlu menginsafi diri. Syukur Alhamdulillah. Memang betul ada hikmahnya.

Beberapa entri sebelum ini mengenai si dia.

Selamat tinggal.. Damailah engkau di sana… WQX 7709.. apapun, hidup mesti terus. Dan di sini.. Khai masih berdiri.

Pssttt: Banyak sebenarnya entri yang Khai nak tulis tapi tak berkesempatan. Itulah susah kalau blog problem tapi takde masa nak fix. Siot je. Antara entri yang patut ada pasal pengumuman majlis penikahan Mawi. Dah nak Khawin pon mamat ni. Siapa yang rasa dia katak bawah tempurung tu, sila Google yer. Hehe.

Update 06 November 2008


Terjumpa satu post mengenai jual motor di Mudah. Dia gunakan gambar motor Khai yang hilang ni (tapi yang Khai tangkap la). Mungkin dia ambil dari blog atau myspace KHai mungkin. Apa yang meragukan, nengok lah camana dia boleh jual banyak motor (sbb siap tulis dll tu) yang register pada tahun 2008. Confirm motor curi punya. Khai call tapi dia tak angkat. Bapak bacul gila.

Ditulis pada 1:15 AM 23 October '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,188 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , ,


RSS feed | Trackback URI

78 Comments »

Comment by xflixz
2008-10-23 01:31:06

waahh..sedeynyerr..aku igt lagi betapa hepinyer ko dpt moto ni kan..?takpe..dah xde rezeki nk wat cmne.. ;(

..
Comment by Khai
2008-10-23 02:14:51

uhuk2…. entri yg dulu tu eh bro… tu la.. baca balik entri tu, sadis gilew…

ye la, dah bukan rezki..

..
 
 
Comment by fiffy
2008-10-23 01:45:59

lor…siannye la ko khai…
kuang ajo btl pak guard tu…
nta2 dier pun komplot skali tu…
klu x xkan r smpi bley ilang dua bijik motor skali gus camtu….
btl x?

..
Comment by Khai
2008-10-23 02:15:43

Khai pon rasa cam tu fiffy…. tapi ape nak buat.. nak tuduh pon x leh.. tapi mmg suspek abis la.. biar je la Tuhan yg balas… takpe2….

..
 
 
Comment by rham
2008-10-23 02:30:04

er…kau report polis kan?kau x ckp skali ke kat polis tu yg kau syak pakguard tu bersubahat.ne la tau lepas polis tu soal siasat pakgad tu leh dpt balik moto kau.Pelik gak tak kan la letak kat sblh post pakguard leh ilang 2 motor..berani lak pencuri tu nk gergaji solex tu sblh post pakguard?

..
Comment by whiztech
2008-10-23 07:40:09

Tu le pasal.. kering gila nak buat keje tu kat sebelah pondok gad.. ampang kat ne tu?

..
Comment by Khai
2008-10-23 13:13:46

Desa Pandan….

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Hamdi
2008-10-23 07:06:34

giler aaaaaaaaa
macam mana bleh hilang?
ko ada gambar guard tuh tak???
aku nak gi antar gambar dia kat gangster
bila gangster belasah dia
tarak guna punya guard!!!!

..
Comment by Khai
2008-10-23 13:14:38

ingatkan ko nak ngorat guard cilake tu tadi.. hahahaha.. xde gambar la bro.. entah la.. aku nak tuduh2 guard tu pon x leh… xde bukti…

..
 
 
Comment by alang_khai
2008-10-23 09:06:20

sian dgn adik hakak ni.. hurmm tak pe.. as i said, ada hikmah nyaaa.. rela hilang motor, dpt insurans (even tak full) dari kehilangan ko adik yg gua sayanaaag.. dont worry.. if ada rezeki pasti dpt balik motor tu.. or dpt motor baru nnti.. apa pun.. jgn terkilan.. sbb apa yg berlaku bkn salah diri sendiri.. so kita tggu insurans settle.
*tau perasaan ko cmne.. hakak pun pernah kehilangan motorsikal dulu, kucing kesayangan and kete yg ditarik sbb tak byr.. hehehe.. itu dulu dong.. time bebudak.. ๐Ÿ˜›

So dh kerat ke ekor rempitan ko? ๐Ÿ˜›

-adios-
alang_khai
desa pandan, kl

..
Comment by Khai
2008-10-23 13:17:08

kui2… ekor rempit ni mane leh dipotong.. biar ia menjadi kenangan.. sob sob….

neway alang, 10NOV orang ade presentation kat limkokwing.. so nak gi camne ni…….

..
 
 
Comment by pelukispelan
2008-10-23 09:29:34

kalau aku..mau jer rembat pak guard tu..
x blh aku dgn india ni…
sakit hati oooooo

..
 
Comment by aman
2008-10-23 11:18:54

aku tumpang sedih jer khai, nak tolong dah tak leh dah…hmm…so aritue balik naik ape? musykil gua. ๐Ÿ˜•

..
Comment by Khai
2008-10-23 13:15:36

balik naik bus la bro.. hahaha.. then abah Khai ambik kat bus station.. sadis abis dah lama x naik bus woo..

..
 
 
Comment by ilazz
2008-10-23 11:54:15

mesti pak guard keling tu yg rembat…
geram plakk akuu……….mcm siyal jek…
xper khai nanti aku blikan ko motor mainan..ngehhh..ngeh..
sabo jek la…

..
Comment by Khai
2008-10-23 13:16:23

syia.. nak superbike.. lanje khai.. hahahaha..

hurmm.. takpe la.. someday, tercabut gak kepala guard tu… kot2 kondo tu masuk pencurik ke.. harap2 kene sembelih…..

Allahuakbar!

..
 
 
Comment by zelo55
2008-10-23 15:47:37

ak rse kan…..mst krje guard tu dgn konco-konconye…

sbr khai sbr..nnti konpem ko dpt jet sbijik..huahuahua

..
 
Comment by eda
2008-10-23 16:16:20

akom..first congrate c0z blog ni da ok cam sedie kala..hehe..
sedey la plak bl bc entri ni…mybe guard tu yg curik kot?entah2..die yg subahat same ngan si pencuri tu..xkanlah tetibe mlm tu die suh Khai park motor kt lua kan??..uish2….teruk tol arr..ermm pape pon pada Khai, mybe da xder rezeki kan..Allah da tetapkan motor tu bkn milik Khai lg…so…nk wat cam mn… juz redha jek la..mybe der hikmahnyer tu…sabo k…

..
Comment by Khai
2008-10-23 21:43:03

yer.. Khai redha… even terlalu pahit ntuk ditelan… thanks ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by titan
2008-10-23 16:56:43

sian ko. apakan daya. itu semua cobaan..

..
 
Comment by Fahmishah
2008-10-23 17:40:26

First time hilang? jiran aku dah 2 kali ilang. kalau tak kali ketiga tapi tak sempat , motor 125zr warna hitam.

..
Comment by Khai
2008-10-23 21:43:41

Fuh ~ ramai lagi yang lebih dasat diduga Allah yer…

..
 
 
Comment by kampunggurlz
2008-10-23 20:51:46

khai, sbar je r ek dgn kehilangan motor kesayangan khai 2! setiap yg berlaku ade hikmahnye! go! go! khai

..
 
Comment by pluginbaby
2008-10-23 21:07:32

adess.. sedey dg cite ko.. semoga ade hikmah disebalik kejadian..

..
 
Comment by Khai
2008-10-23 21:44:34

Ilang awek boleh ditelan.. hilang barang kesayangan ni susah jugak nak ditelan ek? hehehe….

..
Comment by lychee
2008-10-24 02:38:14

kalau hilang scukz plak camne?tau x scukz down dari pagi tadi, pagi tadi xleh post je, sekarang plak terus xleh masuk n setiap kali masuk scukz (3 hari dah kalau x silap) keluar popup box mintak masukkan username n passwd…sumting “ikan” disini

..
Comment by Khai
2008-10-24 03:28:57

sedang diusahakan…. kan dah wat annouce kat atas forums tu…. ๐Ÿ˜€ hehe..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Zack_han
2008-10-24 01:32:49

Aiseh…lama gak tak jengok blog ko ni khai…
Bila masuk ja, alahai kehilangan motor la plak…
TAKZIAH laaa…

–> terngiang2 lagi post ko bila dapat motor tu…Sabaq byk2 laa noo..

..
 
Comment by samdaddycool
2008-10-24 02:45:02

… Aku pun pernah kena curi moto bawah Vista Angkasa, Kerinchi.. lagi bengkek pasal parking kat dalam…. menyirap!!! Angin satu badan..

Moto Suzuki Gamma plat JDP… (dah tak ingat no ….) Moto yang berjaya aku buat rekod Muar – KL terpantas…. ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by anaktekak
2008-10-24 10:47:25

emmm…aku baru tau pasal moto ko hilang..huhu…weii….apsal dah benti keje??macam mana nak kawin dengan niza kalau takde keje???hehehe..

..
Comment by Khai
2008-10-24 18:52:26

sape nak khawin ngan dia?

..
Comment by anaktekak
2008-10-25 10:24:40

amboi2…perang dunia lagi ke???huhu…

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Khai
2008-10-25 12:23:09

Perang dunia dah sampai dah tamat pon …

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by bd fabregas
2008-10-24 12:58:29

aduh..
sebijik cam motor mmbr gua yg kena curi 5 bln lps bro..

..
Comment by Khai
2008-10-24 18:53:10

mmg wanted dead or alive tul kan 125 maroon ni.. tu la member khai dari dulu dah pesan.. hati hati..

skang amik ko.. dah hilang pon.. h000h00h00

..
 
 
Comment by khairul
2008-10-24 19:49:51

elo.. assalamualaikum. khai.. ape kbr.. jang sedih2.. k.. mybe ade hikma di sebalik kejadian nie… k…

..
 
Comment by zackrulz
2008-10-25 02:12:26

nnti aku tya member aku dier ader angkut moto ko x.. ehehhe…
aku pun ketaq2 gak nak ltak lc aku mrata2.. dah la moto aku neh hot.. wakakak…

..
Comment by Khai
2008-10-25 09:41:30

kalo la pencurik tu baca entri ni.. tolong ar pulang balik moto tu… nanti aku kasi la sposen ke… ok la dapat sposen dari dapat dosa kering ye tak?

..
 
 
Comment by faizalmurad
2008-10-25 18:18:45

sian sama lu bro. aku pon ade gak ramai mmber ilang moto.. tapi, aku xpenah g sbb moto aku buruk je..yamaha sport SS. huhu tapi, aku ngerti perasaan lu sbb aku pon syg moto aku. dah mcm bini dah sbb bnyak jasa nye.. dari skolah smpai ke u. anyway, sabar je. ade hikmah tu. cantek moto lu bro! (ckp pon dah xgune.. hehe) bagi penyepak laju2 kat pak guard tu. haram zate..!

..
Comment by Khai
2008-10-25 23:30:58

takpe bro. biar moto luar dia buruk pon, janji gi mana2 tak menapak… hehehe….

..
 
 
Comment by nawkaz
2008-10-25 21:32:51

sadis wa tgk lu ni bro..
isk2..xpe la..btul kate ko..ade hikmahnye tu kot..
takziah la diucapkan..

..
 
Comment by Ulrike
2008-10-25 21:40:34

Salam dari Jerman untuk semua – ceritanya sedih, tapi comments orang-orang buat saya tertawa, terutama comment dari Hamdi. *lol*

..
Comment by Khai
2008-10-25 23:32:10

wah german.. kim salam anna kournikova ye… haha…

..
 
 
Comment by Ulrike
2008-10-26 01:45:58

Anna Kournikova tinggal di USA (Florida) tidak di Jerman, bagaimana mau salam kan ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Malaynium_
2008-10-26 17:46:06

Khai,
patah tumbuh, hilang berganti..
xpe simpan duit lam tabung gajah tuu..
penuh sok aku teman ko g beli yg baru…
huehue..

..
 
Comment by smaelz
2008-10-27 08:15:22

siannya lah.. gamba moto tuh dah ada, plat dah ada.. so sesapa yg terserempak cepat2 la call polis.. mana tau Khai dpt balik moto dia.. Aku punya Suzy pon risau gak nak letak merata nih..

..
 
Comment by deennasour
2008-10-27 15:30:16

fuh begenang…….air mata ini…
khai sabo je la kan..
kalau ko soroti blog aku,
mcm2 menda aku dah hilang gek..
hilang tu bukan kene curik, tapi rosak memanjang,
laptop ku, mp3 ku,hpku yg ke3 dah rosak….

motor ku? honda wave 125xX alhamdulillah masih ok, sbb aku tak cuci bwk p snow, so kotor la, nafsu pencurik pun kureng nak currik….sabo je lah~

…… “Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, tandanya Dia menyayangimu.
Apabila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia mengujimu.
Apabila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancangkan sesuatu yg baik untukmu.
Maka, bersangka baiklah terhadap Allah, kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya terhadapmu.”

..
Comment by deennasour
2008-10-27 15:32:03

lupa lak aku dgn motor aku kat kampung, actually pun hilang sebulan b4 ramadhan…tapi tu honda wave 100 jerk….bleh claim insurans..ekekekeke yg kat kl nih,,semoga dipanjangkan umo…

motor ko hilang tak claim insuran kah? bleh kan????

..
Comment by Khai
2008-10-28 13:18:56

thanks bro atas nasihast tu.. neway dah claim insurance.. kene la tunggu dua bulan…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by azleah
2008-10-27 19:35:18

harta benda boleh diganti balik. jgn sedih² la khai… rezeki tak kan ke mana selagi kita sendiri yg x putuskan punca rezeki kita tu.

..
 
Comment by xtreme_paranoid
2008-10-28 00:40:06

adus..125 tuu
aku punye laa menidam 125,
last2 dapat 135lc jer..

aku dah 3 taun dok kl ni..
x penah pon aku bawak motor dtg kl..
cuak hilang lorh..
da laa area gombak ni cam syohyal je..
banyak kes hilang motor

khai, bawak2 bersabar..
da xder rezeki kan..

..
 
Comment by NuNu
2008-10-28 09:52:15

sabar eak khai..
NuNu pun dpt rse Per i2 kehilangan..
coz duLu NuNu pon penah ilang gak.
ilang Beskal..
kt msjid lak tur..
mse 2 adik laki NuNu gie solat jumaat..
mmg x berperikemanusian sungguh…

pe pon tabah kn aty…ok..

..
 
Comment by MaJa
2008-11-06 14:25:44

patut ko hentak jer pak guard x guna tue.. dan2 pulak motor dia sorg x kena rembat.

..
 
Comment by zaki blogjer
2008-11-22 10:25:15

Dpt claim insurans dak?

..
Comment by Khai
2008-12-02 19:07:13

dapat2.. lagi beberapa minggu.. ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by adeQ
2008-12-02 17:26:11

cian kat ko..kasi hentam je si pak guard too…klu aku la dah lame si guard tu terlentang dalam ICU!sabor je…ada hikmah…btl mcm kawan ko ckp!!!hikmah pun hikmah la tapi pak guard tu mesti tetap kasi hentam punya

..
 
Comment by amat
2008-12-03 20:31:13

sabo khai..
aku tau prasaan dia ni…
tp xpa..
klu ko nak kita gi hentam pak gad celaka tu
ko le sound aku…aku kat area puchong je…
tp nampak sgt pak gad tu bsubahat…
panas da ni…

..
 
Comment by GhOsT_MaR
2008-12-18 05:02:55

klu brg sndr ilang … mmg lh pedih kn …
tp klu kita ilang kn brg org tanpa sengaja lg pedih …
tambah org tuh org yg kita syg …
ak pnh ilang kn motor ayh ak …
EX5 Class ( limited edition nyer ) beb … ak kuor memalam sbb nk siap kn kj …
ms tuh ak upper 6 & jd org besar yg m’urus kn majlis hari guru …
tgh lepak2 bincang2 , agak2 nk kol 11 gitu , ak rs nk blk … skali ilang daa motor ayh ak … dh lh ms tuh ayh ak tgh kursus ( motor jd kenderaan wajib beliau jika beliau kursus ) … ak tension smpi ak lari dr umah 2 hr … dh 1 thn lbh mender nih jd … tp mmg ad hikmah … masa dulu ada sebijik jerk motor … skang dh ad 3 bijik … tapi ak x guna pn … takut ilang & xcdent lg … trauma x abis lg …

kt UiTM shah alam kolej puncak perdana lg lh … dalam kampus pun blh ilang motor … km nyer kolej ad beberapa tempat parking khas … per jadah tah … tp klu motor dh kena curik tuh , jgn b’harap sgt r akn jumpa blk … apa yg jd tuh , amek ler iktibar …

sekadar berkongsi citer …

..
 
Comment by qazreen
2009-01-22 09:38:47

bro, nk tanya skit pasal kehilangan motor tu.
masa ilang tu barapa byk mangga bro kunci kt moto tu?

Khai says: 2 mangga.. depan belakang.. Solex.. hurm… zaman skang ni pakai kunci ape pun kalau dia nak hilang, hilang jugak.. hampas..

..
Comment by qazreen
2009-01-23 13:39:18

2 mangga mana cukup bro.
125 plak tu.
aku pakai ex5 pn, lock smpai 6.
ni pn rancang nk tambah 2 mangga lg,
kalau ada duit lg, ingat nk pasang alarm.

ada org, pakai rxz, lock smpai 9 mangga, pn ada org try nk rembat, nasib baik, pencuri tu sempat bukak 3 mangga je, lepas tu blah.

saje je nkkongsi pengalaman bro,
lepas ni kalau bro beli moto lg,
beli la lock byk2, 8 lock pn xper + alarm,
biar susah & lambat skit kita nk lock2 tu,
janji motor kita tu susah skit org nk ambik.

apa2 pn tabah ye bro.

Khai says: Hurm.. thanks atas nasihat tu.. pengalaman mmg mengajar kita erti hidup… silap2 kalau khai beli motor baru, mahu nye simpan dalam kocek 24 jam.. tu pun kalau muat.. hehehe.. takpe la.. yg hilang tu dah mmg tertulis bukan rezki khai.. redha..

..
 
 
Comment by FaLaSeE
2009-01-24 02:22:31

hm aku pun heran la.
tak tau la aku je kot yang rasa camni but majoriti pak guard kondo/apartment(KECUALI FLAT) semua perangai agak kurang ajar la.tak kasi masuk parking la,kena sticker la,family pun takleh.

and sometimes memilih gak.nampak kereta mewah kasi lak masuk.kalau kereta cikai haram nak bagi.then bila benda camni jadi,buat bodo lak padahal tanggungjawab diorang kot.aduh geram tul.

sabar jela boss.

..
Comment by Khai
2009-01-24 02:37:46

guard ni ada ke takde sama je.. x boleh harap.. makan gaji buta.. lagi lagi guard india.. india si keling… :-[)

..
 
 
Comment by lulu
2009-04-02 20:35:09

aduh khai sedihnye aku dgr ats kehilangan moto ko…
dendam gile babi ngan gard keling 2 :choler:

..
 
Comment by Rara; CandyFloss
2009-04-02 21:23:35

hilang kat desa pandan ey ? motor tunang i (VS150) hilang kat bandar tun razak . apa laa dorg dpt dgn curik moto nii. haih ๐Ÿ™ kat dunia best laa duit byk , kat akhirat nnt ? ishk. tak slmt la org curi harta bnda org ni.

..
 
Comment by abu
2009-04-10 11:29:18

moto 125zr aku pon hilang gak,
kat halaman rumah pulak tu,
ntah tetibe je malam tu kunci fork je(yg murah nye)
biasente rantai
nak wat camne takde rezeki
pakai 3 bulan :beurk:

..
Comment by Khai
2009-04-10 11:56:41

tumpang sedih abu..

itulah bila motor nak hilang, mmg bila dah hilang tu, ada je perkara yg buat kita terkilan.

macam khai pergi percaya park kat luar sebab guard cakap akan nengokkan.. ntah camne percaya gila dgn guard tu. last2 hilang.. baru menyesal..

itu di namakan bukan rezeki. ada hikmahnya tu.. hehe.. =(

..
 
 
Comment by Zaman
2009-04-18 08:59:46

hmm 125ZR, saya sendiri pun masa beli 3 kali hampir kena curi… (tu parking depan restoran mamak tu). ada sekali tu dia dah siap bawak tapi tergolek dog depan restoran mamak sebab dia tak perasan motor tu lock.

Memang susah nak pakai motor nie. termasuk 135LC ramai sangat sibangsat yang nak merembat.

..
 
Comment by pening
2009-06-16 10:38:48

Redho jela ats ape yg terjd tu..pasti ade hikmah d sbalik sume ni… :8

..
 
Comment by fernando
2010-02-20 05:08:27

wuiyoo bro…sedey gle kot ceter ko nie… aku baru dapat bini tupai ..bru 4 bulan….fuh!!xleyh caya r guard2 x bertauliah nie….

..
 
Comment by naughty21
2010-06-15 23:47:01

bukan leaning breaklah.LANDING break baru btl. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by JJ
2011-02-01 08:16:33

Sayang motor tu… 125ZR lagi. Kalaulah kita boleh pasang electric shock kat motor 2, memang hangus orang yang cuba curi.. Dia mati ke lantakla.. Siapa suruh gatal2 nak curi.. Xpun kat handle tu, letak jarum yang boleh suntik ubat bius. Tanpa kunci moto itu sendiri, jarum itu standby untuk menusuk tangan yang gatal. Ada kunci, selamatlah. Boleh aku buat masuk project time degree nanti.. ๐Ÿ™‚ bukan apa, geram tengok orang yang kuat curi motor ni. :p

..
 
Comment by monster
2011-08-29 12:01:54

mcm best je crta… sme ngn crta aq ni motor hilang lpas gune 8 bulan.. perghhh….huhuhu =(

..
 
Comment by putra
2012-10-12 13:11:42

ya allah khai . sedih gila story ni , kalau aku memang belangkung puas2 guard tu . aku dapat rasa la kalau aku jadi kau . hm . aku tgh kumpul duit, nak beli 125Z . mintak2 tak jadi macam ni . apapun , mana lagi laju ? yang maroon ke yang biru ? aku agak biru . hehe

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:37:03

Hehe. Artikel lama ni. Sedih pun dah hilang dah sebab dah ada pengganti (125z juga). Hehe. Takpe tak perlu risau just jaga motor baik2. Jangan lupa guna 3 4 kunci lain selain kunci handle. Hehe.

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post