Sebuah kehilangan


Sedih sebenarnya Khai nak tulis entri ni. Tapi seperti yang dijanjikan, akan ada sebuah entri pasal kehilangan. Sebuah kehilangan yang agak besar dalam hidup Khai.

Ingat lagi, first time Khai nengok dia masa 17 Februari 2008 lebih kurang jam 8 Malam. Akak Khai dan tunang dia setelkan semua perkara tinggal Khai datang Ampang ambik dia bawak gi Cyberjaya. First time lihat wajah dia secara berdepan hati perghh, berdegup kencang ibarat cinta pandang pertama. Rasa nak ajak khawin je tapi ape boleh buat nanti orang cakap gila plak. Kulit yang kemerah-merahan dan susuk tubuh yang mengiurkan sesiapa sahaja betul-betul buat Khai rasa macam nak menangis kegembiraan. Punggung dia tonggek tu beb.. tak tipu.. awww…

Masa tu Khai still Limkokwing student. Masa tu highway KL-Putrajaya belum siap. Kalau dah siap pun, masa tu dia ni still tak boleh nak lalu lagi. So nak balik ke Cyberjaya leceh sket ar ikut jalan yang penuh ngan manusia ni. Takut gak ade yang ngorat dia nanti, melepas ar Khai kan.

Dengan izin Allah, Khai dan dia selamat sampai ke Cyberjaya. Member semua lari datang kat Khai. “Wah Khai, cantiknyaa.. pinjam satu malam boleh takk?”..

“Debish!!”, makan penumbuk tak pasal-pasal. Kerana mulut badan binasa. Tapi tu Khai tipu je. Haha. Khai just jawab, “boleh.. boleh ape salahnya..boleh.. boleh BLAH!!”.

Seronok bersama si dia. Khai memang tak boleh nengok dia kotor sikit, mesti Khai bawak gi mandi snow. Dia nak ke tak ke, nak snow jugak. Sejak dia bersama Khai, boleh dikira dalam dua kali je Khai mandikan dia sendiri. Yang lain semua Khai suruh dia mandi snow. Ye la, Khai mandi diri sendiri pun susah, ape lagi nak mandikan dia ye tak? hehehe.

Aiseh, baru sekerat entri dah meleleh air mata ni. Emo rupanya aku ni. (more…)

Posted on 23 October '08 by , under Hidup Khai. 78 Comments.