Nak dijadikan cerita, semalam aku bawa satu kampung ke Litar Sepang demi menyambut baik jemputan Abang Gan dari Pandulaju dan juga Sepang International Circuit (SIC). Event start jam 3 petang jadi pukul 2 lagi kami dah standby kat Mamak Ali Maju kemudian beralih pula ke Petronas KLIA3. Sempat la siapa nak isi minyak kereta, nak beli air, rokok ke apa, lantar deme ler. Hahaha.
Tepat 3 petang, kami bergerak masuk ke dalam diketuai Abang Gan yang dah standby tunggu kat pintu masuk. Masa briefing, tengok langit dah start mendung kaw-kaw. Orang SIC kata Litar Sepang ni unik sikit sebab ada dua jenis cuaca. Kalau kat sebelah hujan, sebelah lagi tak hujan. Memang betul kata dia sebab lepas je kita bergerak masuk ke litar (round untuk santai-santai kenal trek), sebelah tak hujan dan sebelah lagi hujan.
Masuk round 2 yang tadi tak hujan dah pun hujan manakala yang dah memang hujan tu jadi bertambah lebat. Aduh. Terus semua masuk pit balik. Bukan apa, bila hujan nak speed tu memang boleh lagi, masalah dia langsung tak nampak trek tu terus bila kau speed tu. Ada yang degil tak masuk pit, ambik kau sampai 2 3 biji kereta yang siap berpusing lagi. Haha. Mujur takde apa yang serius.
Hari ini hari ke-7 Khai di Langkawi. Genap dah seminggu kat sini. Serius dah rasa rindu dengan KL. Langkawi ni senang cerita, kalau korang dah biasa hidup di KL, pergi Langkawi 4 ke 5 hari ok la untuk bercuti. Lebih dari tu korang akan rasa banyak benda tak cukup. Tapi mungkin sebab bukan bermastautin di Langkawi ni. Maksudnya banyak benda yang kita risaukan. Office Soho, kereta, ikan (sebab takde orang kasi makan) begitu juga Hamster dan macam-macam lagilah bermain di kepala. Belum nak story pasal rindu dengan insan-insan yang kita sayang lagi.
7 hari kat sini memang berbelang. Hitam habis kat sini. Haha! Buka jam, berkesan putih kat bahagian jam tu. Buka sandals pun sama, nampak berbelang. Pakailah sunblock ke apa, langsung tak berkesan. Haha. Kalau dah hari-hari berjemur panas kat Langkawi ni. Tapi habis event terus berjalan sana-sini sampai kalau sebut je nak pergi mana, gerenti takkan sesat dah. Hahaha. Langkawi ni kecil je. Pusing-pusing pun last-last jumpa tempat yang sama balik. (more…)
Sempat ke Pavilion, Jumaat lepas untuk menghadiri jemputan ke event BlackBerry Torch yang dibawakan oleh Celcom. Tak tahu nak cakap apa, tapi penggila BlackBerry ni memang gila bila ada yang sanggup beratur sejak dari malam Jumaat tu lagi. Lebih 24 jam kat situ semata-mata nak jadi 10 yang pertama dapat beli BlackBerry Torch dengan harga RM8 sahaja. Siapa taknak kan?
Dan event hanya bermula pada jam 3 petang hingga 10 malam. Orang yang datang, seriously memang Khai terkejut nengok. Memang ramai sangat. Sanggup beratur dah lebih panjang dari keretapi demi sebuah BlackBerry Torch. Kalau dah minat, takde apa yang boleh jadi penghalang.
Kenapa diorang sanggup beratur panjang? 10 orang pertama boleh mendapatkan BB Torch dengan harga RM8 sahaja. The next 100 pelanggan pula, dapat dengan harga RM488 dan 100 lagi yang lain, boleh mendapatkan BB Torch pada harga RM888. Dan syarat untuk beli harga serendah ini hanya perlu melanggan plan Celcom Blackberry Postpaid.
15 Oktober 2010, Khai dijemput ke launching Nokia C3 di La Bodega, Pavilion. Sempat la buat live update (via live blog) sikit dan send beberapa live tweet melalui Twitter Oh! Media dan Twitter Khai.
FYI, Khai pergi event ni pun sebab dibayar tau. Padahal ada hal lain lagi hari tu. Dan berikut ialah beberapa gambar yang sempat Khai snap masa kat sana. Sampai pun dah ter’lambat sebab jalan gila punya jem dari Bangsar nak ke Pavilion. Patutnya rempit naik motor je masa tu kan. Hehe.
Blog ini terlalu besar maknanya buat Khai. Ini bukanlah blog pertama Khai. Rasanya ini blog yang ke-5 dalam hidup Khai sebelum kenal apa itu maknanya menjadi seorang blogger. Banyak dah blog ni punya domain. Dari scukz.blogspot.com (2 tahun lepas), terus jadi scukz.com/khai .. dan setahun yang lepas, baru lahirnya domain khas ini, Justkhai.Com .. Dari mana idea Justkhai itu, Khai pon dah tak ingat. Well, ianya cukup menjelaskan yang ini adalah blog kepada lelaki bernama Khai dan ianya Just Khai. Hanya Khai.. mean segala yang ada di sini, bulat-bulat dan petak-petak adalah dari jari, mata, hati, dan pemikiran insan yang bukan perfect bernama Khai.
Khai tak pernah ada dan tak mungkin akan ada personal diary dalam hidup. Orang kata, mereka yang suka baca dan tulis diari, orang tu jenis yang suka pandang ke belakang. Betul ke macam tu ye? Apa pon dalam sedar dan tidak, blog ini lah diari buat diri Khai. Diari yang boleh dibaca semua orang. Kerna tu adanya entri-entri yang agak personal di sini. Share pengalaman boleh kan?
Dan selepas terlalu banyak menerima kritikan dari mereka yang selalunya tak ingin nak mendedahkan identiti, Khai sedar mulai hari ini Khai tidak lagi perlu melayan apa-apa kritikan melainkan benar-benar perlu. Kadang-kala kritikan tu terlalu (more…)