Bukan selalu.

32 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Nak dijadikan cerita, semalam aku bawa satu kampung ke Litar Sepang demi menyambut baik jemputan Abang Gan dari Pandulaju dan juga Sepang International Circuit (SIC). Event start jam 3 petang jadi pukul 2 lagi kami dah standby kat Mamak Ali Maju kemudian beralih pula ke Petronas KLIA3. Sempat la siapa nak isi minyak kereta, nak beli air, rokok ke apa, lantar deme ler. Hahaha.

Tepat 3 petang, kami bergerak masuk ke dalam diketuai Abang Gan yang dah standby tunggu kat pintu masuk. Masa briefing, tengok langit dah start mendung kaw-kaw. Orang SIC kata Litar Sepang ni unik sikit sebab ada dua jenis cuaca. Kalau kat sebelah hujan, sebelah lagi tak hujan. Memang betul kata dia sebab lepas je kita bergerak masuk ke litar (round untuk santai-santai kenal trek), sebelah tak hujan dan sebelah lagi hujan.

Masuk round 2 yang tadi tak hujan dah pun hujan manakala yang dah memang hujan tu jadi bertambah lebat. Aduh. Terus semua masuk pit balik. Bukan apa, bila hujan nak speed tu memang boleh lagi, masalah dia langsung tak nampak trek tu terus bila kau speed tu. Ada yang degil tak masuk pit, ambik kau sampai 2 3 biji kereta yang siap berpusing lagi. Haha. Mujur takde apa yang serius.

Then bila hujan dah reda, jalan pula basah. Pun samalah tak syok kau nak speed. Jadi kita gunakan masa yang ada tu untuk ambil gambar segenap pulusuk Litar Sepang ni. Ini pun first time la aku masuk dalam trek ni sampai boleh baring atas jalan pun takde siapa nak marah. Haha. So dapat la tengok permukaan jalan dia camne, batu-batu halus kat tepi tu camne, dan segala kelengkapan lain. Biasa tengok dari dalam TV je kan.

Jadi tu lah cerita ringkas pengalaman semalam. Senang cerita memang semua happy la dengan pengalaman yang tak selalu datang ni. Abang Gan kata, insyaAllah nanti kita plan semula dan harap cuaca baik la masa tu.

Jadi itu sahajalah yang nak dikongsikan. Sebenarnya baru je update WordPress ni jadi sajalah sekadar suka-suka menulis di blog Justkhai ini nak memuaskan hati sendiri sebab dah lama sangat tak menulis beriya ni kan. Hehe.

Thanks guys!

Ditulis pada 4:06 pm 10 June '22 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 32 views
Dalam kategori: Acara | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post