001981989-A

Perkara terakhir yang Aku nak buat adalah memadam syarikat bernama Oh Media Network untuk selama-lamanya. Selama proses jual-beli bermula, aku fokuskan pada hal yang lain terlebih dahulu tapi hari ini, maka berlalu pergilah sebuah syarikat pertama untuk Oh! Media dari database SSM buat selamanya.
Masa muda remaja daftar syarikat pertama kalinya, excited bila dapat nombor pendaftaran syarikat tu. Untuk Oh Media Network ni sangat menarik sebab dapat nombor yang cantik dan senang aku nak ingat.
001981989-A
Dari hari pertama dapat sijil perniagaan tu pun, aku dah ingat sampailah ke hari ini. Hehe. Mana tak sentimental value’nya kan kalau dah ni company kau yang pertama sebelum ada Sdn Bhd dan banyak syarikat lain lagi. Tanpa yang pertama, tak adalah yang ke-2, ke-3, dan seterusnya.

Hari ini, aku tutup “Oh Media Network” ini bersama-sama dengan “Oh Media Gaming” untuk selamanya.
So long “Oh Media Network”.
No comments yet.