Aku Jual Oh! Media – Part 3 (Last)

Ini sambungan dari kisah sebelum ini tentang Oh! Media. Ini mungkin part yang terakhir tentang kisah Oh! Media ini. Mungkinlah…. Jangan risau cerita ni memang straight to the point aje. Takde nak plot twist bagai ke apa.

Oh ya, ini makluman tentang Instagram @ohmedia. Ramai tak tahu yang semua content Justkhai ni dah beralih ke Instagram selama ni sebab tu blog ni tidak lagi aktif macam dulu. Lagipun zaman blog kan dah habis? Ye ke? Well not for me la atleast. Hehe. Apa yang ada kat Instagram @ohmedia tu memang datang dari Khai seorang sahaja selama ini. Content kat IG tu pun totally lain dari apa yang keluar di Facebook Oh! Media sebabnya IG @ohmedia tu hanya fokus pada apa yang Khai ingin kongsikan sahaja. Bukan tempat berkongsi segala berita dan cerita macam yang ada di Facebook. Segala benda kat Instagram Oh! Media tu hanyalah Khai seorang sahaja selama ini.

Dulunya IG @ohmedia tu asalnya pun memang personal IG sebelum dijadikan IG untuk Oh! Media. Basically, apa yang ada kat Instagram Oh! Media tu sepatutnya jadi content Justkhai ni. Jadi tak hairanlah kenapa caption kat Instagram Oh! Media tu sentiasa panjang berjela macam tulis blog dah kan? Haha!

Tapi lepas ni, secara perlahan-lahan Khai akan serahkan pada staff untuk teruskan IG @ohmedia tu tapi dengan cuba mengekalkan style yang sama tapi pada masa yang sama, follow vision pengurusan yang baru. Khai akan lebih banyak update Instagram @ohkhai atau @ohgeekz sahaja lepas ni tapi IG @ohmedia tu sekali-sekala Khai akan usik juga.

Okay… Kita sambung tentang “Aku Jual Oh! Media”.


Suasana office baru.

Selepas menerima tawaran untuk dibeli tu, Khai ambil masa yang lama juga untuk buat keputusan. Betul ke apa tindakan aku ni? Betul ke aku nak lepaskan “anak” yang dah aku jaga lebih dari 10 tahun ni? Kalaulah dia manusia, dah masuk darjah 4 kot! Tak lama lagi nak masuk sekolah menengah dah. Kalau bela lagi sampai dia masuk Universiti, boleh pergi jauh lagi kot? Mungkin “anak” aku ni akan accident ke dan mati macam tu sahaja ke? Huhu. Macam-macam bermain di kepala. Berapa banyak masa muda remaja aku pula yang dah “disia-siakan” untuk besarkan dia ni? (which is good lah). Hahaha.

Sejujurnya rasa tepu tu memang dah lama sampai. Biarpun Oh! Media ni bermula dari passion, tapi lama-lama kau letih juga sebab dah bertahun-tahun mengadap benda yang sama. Tidur dah bertahun-tahun lepas subuh. Tidur 7 pagi bangun 11 pagi. 7-Eleven. Dah macam Alien! Sampai sekarang habit tu tetap tak boleh hilang. Pernah satu tahap tu masa menulis artikel kemudian tertidur kat sofa (laptop masa tu atas perut), punya dahsyat masa mimpi boleh jari menaip secara langsung mimpi time tu. Bila tersedar, Khai dapat baca semula artikel tentang mimpi tu tadi. Pernah kau menaip mimpi sendiri ketika tidur? Haha!

Pagi raya orang sibuk beraya, kita sibuk mengadap komputer. Sebab bisnes social media ni tak pernah berehat apalagi bila kau kawal seorang diri. Kau diam, semua benda terhenti macam tu sahaja. Siapa yang ada dalam dunia ni, tahu lah kot. Hehe.

— Meeting Sokmo!

Memang kerap-kali Khai naik meeting ke Damansara dengan purchaser. Penat dia Tuhan je yang tahu berulang alik ke Damansara. Tak lama lepas tu bila perbincangan tidak rasmi dah selesai, lawyer pun kita dah hire dan purchaser ni pun hire lawyer mereka juga.

Kalau sebelum ni meeting santai kat restoran sahaja, masuk tahun 2020 semua dah jadi lebih serius. Meeting sentiasa berlangsung kat office lawyer tak pun di meja meeting syarikat purchaser ni di Midvalley.



Urusan ni semua berlangsung agak lama juga ditambah dengan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Bila PKP je semua urusan jadi tertangguh. Apapun, thanks to Dato Rahim (lawyer Oh! Media) kerana banyak sangat membantu Oh! Media dalam selok-belok jual-beli dan berkongsi banyak ilmu yang ada. Thanks juga kepada Sang Isteri yang setia menemani, Abang Aris & Sisi Azie. Tanpa adanya mereka semua ni, jujur memang Khai tak boleh nak setelkan seorang diri. Proses peralihan semua ni tentulah sesuatu pengalaman yang baru untuk diri ini.

— Hari Yang Dinantikan

Tanggal bersejarah pada 11 Mac 2020 bertempat di Midvalley, perjanjian selamat ditandatangani kedua-belah pihak disaksikan oleh lawyer bagi kedua-duanya. Alhamdulillah.

Sebelum tu, terima kasih kepada para sahabat dan keluarga selama ni yang banyak menyokong. Keluarga Hasskhaty, “Geng Budak Baik”, team Oh! Media terpaling awal Aim Dot Dot & Shibli Vision, serta semua penyokong Oh! Media yang sentiasa menyokong dan mengikuti selama ini.

We did it guys!

— Office Baru

Tanggal 21 September 2020, akhirnya team kecil Oh! Media yang pernah berpangkalan secara rasmi di Desa Pandan (sejak 2011) kemudian berpindah ke Oh! Media Gaming, Seremban (sejak 2018), akhirnya kembali semula ke Kuala Lumpur. Seronok dapat lihat Oh! Media kembali ke KL ni sebab Oh! Media tu sendiri bermula di KL hanya dari dalam kedai mamak sahaja. Minum Ais Kosong bercawan-cawan sebab nak tumpang Wifi. Haha!

— Inilah Gambar Terakhir Office Oh! Media Di Seremban Sebelum Kami Pindah

Daripada seorang diri then ada team kecil dalam sebuah office yang kecil, kini menjadi sebuah team yang besar lengkap dengan segala division berkaitan. Dari seorang kena buat macam 30 orang punya kerja, kini masing-masing boleh buat tugasan sendiri mengikut designation masing-masing.

Kalau dulu mereka kena tulis artikel dan uruskan client, kini boleh fokus tulis artikel sahaja. Kalau dulu ada yang kena edit video sambil update socmed, kini boleh fokus kepada edit video sahaja. Semua staff Oh! Media yang dibawa ke KL ni, semua masih ‘segar’ lagi. Fresh from the oven kata orang. Masing-masing baru habis belajar, ada yang bermula dengan internship kat Oh! Media kemudian diterima bekerja, ada yang belajar tapi graduan perladangan, dan ada yang diterima kerja kat Oh! Media ni cuma sekadar lulusan SPM sahaja. Senang cerita rugi besar la kalau mereka ni tak gunakan peluang dan kepercayaan yang diberikan dengan baik.

Sebelum ini sesiapapun yang datang minta kerja dengan Oh! Media, Khai tak pernah tolak mereka atas sebab kelulusan atau kurangnya pengalaman kerja sebab Khai secara peribadi percaya kalau mereka ni ada kesungguhan untuk maju dan punya attitude yang baik, semua benda pun akan jadi ok. Apa yang penting kita sebagai majikan, perlu beri peluang. Asah mereka ni. Jadilah leader untuk mereka bukan sekadar majikan yang hanya tahu mengarah sahaja. Semua Khai anggap macam adik-adik sendiri.

Sebenarnya Oh! Media ni bukanlah “dijual” seperti tajuk penceritaan ini tetapi lebih kurang macam “membuka pintu” untuk pihak ke-3 beli majoriti share yang ada lah. Dari 100% pegangan atas bahu Khai, lebih separuh dilepaskan kepada pihak ke-3. Khai masih kekal sebagai director untuk Oh! Media dan tittle FOUNDER (pengasas) tu tentulah takkan boleh dipadam sampai bila-bila. Akhirnya, Oh! Media kini bukan one man show lagi.

Bila dah di bawah pengurusan baru ni, Khai secara peribadi rasa agak relief la sebab Khai memang jenis one man show dari dulu lagi dan jadi kurang ber’produktiviti bila ada team atau staff ni. Ye la dulu kita terfikir A, kita terus buat A. Terfikir Z, kita terus buat Z. Rajin yang non-stop sebab tak bergantung pada sesiapa. Bila ada staff, kita terfikir A then suruh staff buat A. Tapi masalahnya staff buat B. Lagi parah bila kena remind banyak kali memang bukan style aku ler… Haha.

Berapa harga pembelian share Oh! Media ni biarlah jadi rahsia sahaja. Haha!

– Kehidupan peribadi?

Kalau dulu bangun tidur sibuk cari bahan nak post kat Facebook, sibuk buka ratusan email yang masuk setiap hari, sibuk menulis artikel terbaru, dan tak pernah bercuti dari kerja lebih dari 10 tahun, sekarang ni boleh lah hidup santai sikit. Boleh lah menulis selalu di blog buruk ini buat tatapan bagi yang masih sudi untuk membaca.

Harapan Khai agar Oh! Media ni terus kekal relevan dan berkembang lebih jauh lagi mengikut misi & visi insan yang lebih berpengalaman dan hebat dalam bidang ni. Urusan “seorang Khai” secara sepenuhnya untuk Oh! Media ni mungkin terhenti sampai di sini sahaja dulu. Kita tunggu dan lihatlah nanti ke mana Oh! Media berada untuk 5 tahun yang akan datang.

Selamat maju jaya untuk Oh Media Sdn Bhd.
Aku? Bersara muda bro…..
……..

Penceritaan ni diterbitkan untuk menjadi coretan kisah peribadi dan rujukan pada masa akan datang. Bagi kalian yang membaca, Khai harap perkongsian ni sedikit-sebanyak mampu menjadi inspirasi kepada sesiapapun agar percaya pada diri untuk terus lakukan apa yang kita minati & jangan sesekali pernah berhenti. Bila kita berhenti tu lah rupanya kejayaan hanya selangkah sahaja lagi. Percaya apa kata hati dan instinct. Kalau belum jumpa, teruskan mencari dan mencari lagi.

Ditulis pada 4:50 AM 26 September '20 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,833 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

6 Comments »

Comment by Fendidahada
2020-09-28 06:36:04

Tahniah bro dan selamat maju jaya.

Belajar banyak dari Khai, dari setup wordpress, beli domain sendiri. Tak sangka dah berbelas tahun..

..
 
Comment by Ash Hafiz
2020-09-28 08:48:08

Pak cik kayo! ??
All the best OM!

..
 
Comment by Kipas Keras Mati OhMedia
2020-10-04 07:18:46

Kenapa aku rasa sebak baca tulisan kau kali ni khai. Btw tahniah bro, aku bangga dgn kau. Dari zaman aku uni dah follow kau, which is masa awal2 kau berblog, dr update pasal 125z, tahun 2007 2008 kot, sampai la skrg masih lg follow. Selamat maju jaya khai dan ohmedia.

..
 
Comment by Moshed
2020-10-04 08:14:42

Tahniah bro Khai untuk journey yang baru.
Baru tahu blog ini kembali update.
Teruskan update Justkhai!

..
 
Comment by Mohd Fitri
2020-10-21 01:16:50

Kejapnya masa berlalu..ingat zaman study kat uni uni dulu boleh kata hampir tiap2 hari buka & baca blog justkhai..cerita motor hilang, cerita frust bercinta..sampai lah ada blog2 lain yg ohtidak ohartis dan macam2 lagi..good luck for your future undertaking bro..hidup kat dunia ni memang memenatkan, berehat lah kejap untuk hargai diri sebelum terus memberi manfaat kepada org ramai lagi nanti..insha Allah..

..
 
Comment by Najmi
2020-11-30 22:31:06

Congrats bro. Aku saja2 buka blog ni tak sangka masih ada update. Semoga makin berjaya lepas ni. Amin.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post