
Alhamdulillah. Hari ini 03 Ogos 2009. Masih ada kesempatan untuk Khai hidup pada umur 21 Tahun. Dah besar rupanya. Pada 21 Tahun yang lalu tepat jam 2 pagi, lahirlah seorang bayi yang diberi nama Khai di sebuah negeri di Johor. Siapa anak jati Johor? Give me five! Hehehe. Masa Khai lahir tu, akak Khai cakap, bulan rendah dan terang sangat-sangat. Mungkin kerana menyambut kelahiran anak terakhir dari enam beradik.
Oleh kerana Khai anak yang bongsu, umur dah 21 tahun pun tetap dipanggil adik. Hehe. Dan mungkin 40 tahun akan datang pun, tetap akan dipanggil adik. Itupun kalau dilanjutkan usia lah. Khai ada seorang abang sulung dan diikuti empat orang akak berderet. Semua dah kahwin kecuali akak atas Khai, yang akan bernikah pada bulan Disember ini, InsyaAllah. Lepas tu, masanya akan tiba! HAHAHA!! (gelak jahat). Paham-paham aje lah.
Bila sebut pasal kahwin, Khai teringat akan seseorang. Insan yang Khai ingat akan menjadi ibu kepada anak-anak Khai suatu hari nanti. Ku sangka’kan panas ke petang, rupanya hujan di’tengah hari. Setahun yang lepas pada waktu yang sama ketika artikel ini ditulis, kami masih bersama. Tepat jam 12 dia kasi seutas jam tangan Polo dan kad ucapan buatan sendiri. Khai baca kad tu sampai menangis sebab terharu sangat-sangat. Esoknya, kami ke Pc Fair, kemudian bercanda di Taman KLCC dan Tasik Titiwangsa. Tapi tidak untuk tahun ini.
Jika dia masih ada sekarang, pasti kami insan yang paling gembira di dunia ini. Khai ingat lagi, pagi sebelum kami meraikan hari jadi bersama tahun lepas, Khai bawak si dia jumpa keluarga Khai. Khai cakap dengan bonda Khai yang dia bakal ada menantu dari Perlis. Confirm ni mak! Mak Khai cakap, isk! kenapa jauh sangat dik? Seorang utara seorang selatan. Khai pun jawab, dah jodoh orang mak, ape nak buat. Kemudian mak Khai senyum.
Mak, nampaknya mak takkan dapat menantu bongsu yang jauh-jauh. Orang cari yang dekat-dekat ye mak? Yang boleh bahagiakan hidup orang. Dan yang menerima diri orang seadanya. Thanks Nieza for everything. Hanya artikel setahun yang lepas sahaja yang tinggal dalam lipatan sejarah kita bersama. Kita memang sangat-sangat bahagia dulu dan mungkin kerana takdir, segalanya berubah dalam sekelip mata. Siapa pun kau pada pandangan keluarga’ku, sehingga kini kau tetap No 8 dalam hidup ini (1 hingga 7 adalah family Khai). Apapun, sekali ku meludah, adalah kotor untuk dijilat semula. Semoga ada insan yang mampu membahagiakan kau. Aku tak mampu.
Jika hari ini ulang tahun kelahiran Khai yang ke-21, (more…)
Posted on 3 August '09 by Khai, under Hidup Khai. 241 Comments.
Posted on 4 June '09 by Khai, under Hidup Khai, Love. 262 Comments.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Play audio sambil baca entri pun best.. Hehe
Tak banyak lagu di dunia ini yang mampu buat air mata ini berlinang dan mengalir deras. Tetapi lagu dari Soundtrack Sepi di atas ni betul-betul menyentuh jiwa. Menusuk ke kalbu hingga memadam kejantanan yang ada pada diri aku. Biarlah orang nak kata aku pondan sekalipun, dah memang aku jenis lelaki yang teramat-amat sentimental. Lelaki yang punya jiwa yang teramat-amat lembut seperti tisu.
Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya handphone canggih, aku punya laptop canggih, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punya segalanya. Syukur Alhamdulillah. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku.
Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang amat jarang aku balas. Aku pernah katakan yang aku bosan pada dia. Bila dia memerlukan aku, aku tak pernah ada di sisi dia. Bila dia ada masalah, aku sering memberikan alasan banyak kerja dan jarak jauh untuk aku ke sana. Padahal Cyberjaya ke Klang bukanlah jauh mana. Bila dia call aku, aku seringkali memberikan macam-macam alasan untuk memutuskan talian. Aku lebih senang bila berbual dengan wanita lain berbanding dia di telefon. Dalam masa yang sama dia yang paling aku sayang. Aku sendiri pun tak faham.
Kini dia dah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni. Betul’lah kata orang. Sayangi seseorang itu seadanya. Sayangi semasa dia masih ada. Bila segalanya seakan-akan sudah terlambat, tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan. Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah.
Satu lagi personal entri di Justkhai. Maafkan ku…
Posted on 4 May '09 by Khai, under Hidup Khai, Love. 65 Comments.

Gambar di atas diambil menggunakan Nokia N73 yang bertarikh 19 April 2008.Dan hari ketika entri ini ditulis, adalah 19 April 2009 di mana genap satu tahun usia gambar tersebut. Sekeping gambar cukup memberi 1001 makna yang sukar dilupakan. Gambar selalunya menggambarkan memori yang indah-indah dalam kehidupan kita semua pada masa lalu. Hakikatnya, biar 1000 tahun, gambar hanya tetap gambar dan kita sebagai manusia harus menerima segala qada’ dan qadar yang pastinya tidak pernah pun digambarkan.
Selamat hari jadi Norasnizah Ab Aziz. Biarpun kita berdua kini masing-masing membawa haluan sendiri dalam hidup, kau tetap seorang wanita yang pernah bertakhta dulu di dalam hati ini. Biarpun sampai hujung nyawa, tiada apa yang dapat memadam kenangan kisah silam suka dan duka kita berdua selama bersama.
Ketahuilah, hari yang paling indah sejak aku mula mengenali cinta, adalah pada hari pertama kau ku kenali. Tiada dendam antara kita kerana apa yang terjadi anggaplah tidak lari dari kekhilafan kita sendiri yang masih mentah dalam menempuhi hidup ini.
Kepada korang yang baca blog ini, ucap dan doakanlah gadis ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya. Janji, ini entri yang terakhir berkaitan dengan’nya di sini.
Posted on 19 April '09 by Khai, under Hidup Khai, Love. 135 Comments.

Masih belum terlambat rasanya untuk Khai wish Happy New Year secara officialnya untuk korang yang rajin berkunjung ke blog khilaf ni. Satu je doa dan harapan agar tahun baru ni, kita semua mampu jadi jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Semua orang sibuk dengan wishlist bagi tahun baru begitu juga dengan Khai sebagai tanda cabaran pada diri sendiri. Apapun perlunya berserah pada Qada’ dan Qadar Allah. Pengalaman banyak mengajar apa sebenarnya erti hidup pada diri Khai.
1. Oh! my First Job
- Khai masih seorang jobless ketika ini di saat ramai member-member lain dah pun bekerja. Bukan kerana memilih kerja, cuma Khai rasa tak perlulah terburu-buru. Hidup di KL sebagai designer dengan gaji RM800, bukanlah satu pilihan yang bijak. Hidup di KL sebagai pekerja di Mc Donald juga, takkan mampu merubah hidup kau apalagi hidup kedua ibu bapa di kampung. Biarpun ianya rezeki yang halal, Khai percaya rezeki ada di mana-mana. Jangan sakitkan badan jika ianya tak membawa korang ke mana-mana. Apapun, mungkin bulan Februari, Khai akan mengucapkan selamat tinggal kepada apa itu “jobless”. Ada la entri di Justkhai ni nanti. (more…)
Posted on 6 January '09 by Khai, under Hidup Khai, Love. 71 Comments.

Oh Oh Oh! Hari ni – 01 Januari 2009 – umur Khai bertambah lagi. Dah 21 tahun rupanya Khai wujud atas muka bumi Allah ini. Korang pula berapa? Tahun ini, sampai masanya Khai memulakan karier Khai. Bukan lagi insan yang mengharap sesuatu yang tidak pasti.
Tahun 2008 adalah tahun yang betul-betul menguji Khai. Dua kehilangan yang Khai hadapi dengan penuh ketenangan. Allah menguji umatNya dengan pelbagai cabaran atas kehendakNya. Khai bukanlah insan yang kuat, tapi juga bukan tidak berdaya.
Khai.. Kuatkan diri kau.. itu ayat yang dah cukup lali untuk jiwa seorang Khai. Lelaki yang setia dan sayang tapi bodoh kerana wanita, itu aku… Untuk 2009, harap semuanya akan berubah dengan drastik. InsyaAllah..
Ya Allah, kau berikanlah kami semua kekuatan untuk terus hidup mengharungi dunia penuh sadis ini.. Amin ya Rabbal Alamin.. 
Untuk Nieza, sebuah lagu untuk-mu. Norasnizah Ab Aziz, kekasih hati dunia akhirat seperti apa yang Khai pernah bisikkan ditelingamu suatu ketika dahulu ketika kita bersama-sama berlari ke Bulan.. Sehingga hari ini nyatanya, tidak pernah berubah atau mungkin jua selamanya. Kerana cinta, aku pergi. Jika kau sayang akan’ku, inilah yang terbaik untuk dijalankan……
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
download (coming soon)
(more…)
Posted on 31 December '08 by Khai, under Special. 53 Comments.

Entri kali ni pelik sikit kot? Apejadah nye si Khai ni nak beri petua ye tak? Dah tua ke dia? Well dont worry, ni bukan petua sebenarnya, tapi pemuda. Maklumlah ni adalah resepi untuk awet muda yang berkekalan. Mungkin wajah korang akan kelihatan 5 tahun lebih muda dari sekarang? Kepada nenek-nenek yang dah berumur 80 tahun tu, sorry la kalau you all try petua ni pun, muka you all still nampak macam 75. Tua jugak. Kwang kwang kwang. Ops! Nenek, jangan saman saya, saya orang susah..
Ok, kalau boleh korang ikut cara-cara ni satu persatu yer. Sama-samalah kita kelihatan 5 tahun lebih muda. Warning kepada adik-adik yang baru berumur 5 tahun tu, tak payah sibuk-sibuk nak cuba sebab kalau umur korang baru 5 tahun, then nak jadi pulak 5 tahun lebih muda. Abis, nak muka korang masa umur 0 ke? Nak transfer masuk dalam perut balik? (more…)
Posted on 22 December '08 by Khai, under Exabytes, Hidup Khai, Love, Tutorial. 86 Comments.

Ini mungkin entri yang paling sedih pernah ada di sini. Bukanlah apa-apa sangat, cuma setiap baris entri ini bersilih-ganti, semakin banyak juga kenangan yang datang menghias indah. 1 tahun 8 bulan tidaklah sesingkat mana. Satu tempoh yang penuh dengan seribu pengalaman dan pengajaran. Segala kepahitan ku telan, apa suratan yang sedia tertulis, aku lalui dengan pasrah.
Bukan kami tidak pernah cuba memperbaiki. Bukan kami hanya ikutkan kata hati. Namun…. kehadiran orang ke….. hurm, tak perlu.
Secara officialnya di sini, Khai mengumumkan yang kini tiada lagi Nieza di dalam hidup Khai. Wanita yang pernah Khai cintai separuh mati suatu ketika dulu. Mengapa adanya perpisahan ini, biarlah ini menjadi rahsia antara kami. Namun yang pasti, kasih sayang antara kami berdua tidak pernah hilang. Namun siapa yang berani melawan takdir Illahi?
Pengalaman sememangnya mendewasakan kita. Jika ada jodoh, bertemu juga kita suatu masa nanti. Maafkan Khai, sayang.
Untuk Nieza cahayaku..
Tiada kata yang bisa aku sampaikan
selain maaf dan terima kasih.
sudah memberikan erti di hidupku
yang sempit ini
aku harus pergi
bukan meninggalkanmu
tapi hanya terlepas darimu
Jika kamu yakin akanku
maka memang inilah cara terbaik untuk dijalankan
Lagu terakhir untukmu, cahayaku..
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Atas Permintaan Ramai | Download Here
Nieza, mungkin kau perlu membaca semula apa yang pernah kau berikan suatu ketika dahulu..
Posted on 1 November '08 by Khai, under Announcement, Hidup Khai. 109 Comments.

Hi all, first of all, thanks untuk korang yang meng’kretif’kan diri untuk masuk birthday contest buat pertama kalinya yang Khai buat di JustKhai. Yup, hadiah memang lumayan. Sehingga entri ni Khai tulis, dah ade lebih kurang 20 card submition dari para pembaca JustKhai dan ahli forums Scukz.Com. Gambar kat atas tu adalah salah satu submission dari Jay. Kalau lom join, join lah cepat kerana ianya terlalu mudah. Last submission yang akan diterima pada hari Sabtu ni. Thanks juga untuk kalian yang sudi wish hari lahir Khai. Tak kiralah secara berdepan, email, sms, on-call, Facebook, Frienster, Myspace, YM, Google Talk atau sekadar di dalam hati.
Birthday tahun ni, Khai banyak habiskan masa dengan girlfriend tercinta. Malam 3 Ogos, si dia datang dan kitorang abiskan masa bersama sampai la lewat pagi. Kalau tahun lepas dia kasi Khai kasut, tahun ni lebih menarik dengan seutas jam tangan Polo Club yang membuatkan Khai kini menjadi lelaki pemakai jam tangan sejati. Hahaha. Kalau before, kan ade jam kat handphone, wat pe nak semak tangan ye tak? Tapi ni dah orang kasi, kita kena la hargai. (more…)
Posted on 7 August '08 by Khai, under Celebration, Event, Special. 28 Comments.
Mohon maaf kepada semua pelawat setia mahupun baru pertama kali yang cuba masuk ke JustKhai ni bermula 2 minggu lepas. Bandwidth habis la wei. Tension gak Khai pikirkan 50GB bandwidth tak sampai separuh bulan dah KO. Itu namanya JustKhai makin mendapat sambutan dari korang, korang dan korang. Ada 3 orang hamba Allah yang email Khai nak sponsor tambah bandwidth. Tapi kalau boleh Khai nak Syia jugak yang upgradekan coz Khai nak blog ini disponsor oleh seorang, bukannya dua atau tiga. So hari ni adalah saat yang Khai nantikan. 01 May 2008, bandwidth dah reset serta adalah hari yang menyeronokkan buat korang yang dah bergelar sang pekerja. Hari ni kan Labour Day wei!. Well, untuk student macam Khai, sama saja. Apapun Khai tengah bercuti sebulan ni sebelum mulanya internship 02 Jun nanti. Sekarang Khai di Desa Pandan ni dan sebentar lagi, Khai akan pulang ke hometown di Gemas, Negeri Sembilan. Merempit dengan Yamaha 125zr kesayangan Khai tu. Doakan Khai selamat yosh!
Congkak
Dua hari lalu, 10 Malam – Khai, Aidil dan Ayem ke GSC, Berjaya Times Square untuk menonton Congkak. Itupun dek kerana cerita yang still ditayangkan langsung tak menarik minat. Percayatak? cerita seram tapi kitorang boleh gelak macam nengok cerita Senario kat dalam tu. “Isteri Saya Terapung” adalah ayat yang membuatkan kitorang gelak macam nak pecah perut. Kesimpulannya, lebih enak jika RM9 korang terjatuh ke dalam mangkuk tandas dari pergi menonton cerita Congkak!!
Tokoh Maal Hijrah Kita
Beliau ni dianugerahkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah atau Tokoh Maulidul Rasul kerana beliau seorang Angkasawan Negara (melancong je lebih sebenarnye). Meh sini Khai petik apa ayat yang keluar dari mulut si bangang ni!! (jangan saman saya, saya orang susah).
PENGANUGERAHAN Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan adalah satu penghormatan yang begitu besar buat diri ini. Saya berasa begitu terharu dan berbangga menerima anugerah itu memandangkan ia adalah satu tanggungjawab yang begitu besar. Ia sudah pasti membuat saya berusaha dengan lebih gigih menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan harapan dapat mengembalikan keagungan Islam khususnya bidang astronomi dan sains. Bagi saya, “Islam is a way of life” dan amat penting ibadat dilakukan baik di bumi mahupun di angkasa.
Fuh. Best gila skrip mamat ni buat. Hahaha. Siapa ek nama dia ni. Dulu Khai ingat tapi sekarang tetiba rasa macam nak buat-buat lupa plak. Korang nengok je la gambar-gambar di bawah dan cuba hayati maksud “Islam is a Way of Life” seperti yang dikatakan beliau tu.
Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3
Wahai juri-juri pengendali Anugerah Tokoh Maal Hijrah, ape korang nak sangat aku cucuk mama tu dengan garpu ke hape?
Tersirat dan Tersurat
via Scukz forums.
Anak siapa ni wei? Tolong angkat tangan cepat!!

Ada Apa Dengan Nieza?
Ada lagi yang nak manja-manja request nak nengok gambar gurl Khai la, gambar awek Khai la. Gambar nenek Khai taknak plak request nak nengok. Agaknya diorang ni buta Myspace ke hape. Pergi la usya kat Myspace jer. Haiyaa… Hah, ini Nieza! Tolong jangan cakap dia cantik, comel dan sebagainya sebab Khai dah sedia maklum semua tu. Hahahaha.

Pssttt: Nieza dah ada kat Perlis sekarang ni. Dan kejap lagi Khai plak akan balik Negeri Sembilan. Yup, cinta utara selatan. Bila cuti semester ni la terasa azabnya berjauhan. Rileks la sayang, sebulan je. Takyah windu-windu. Hehehe. Eh korang, izinkan Khai berehat kat kampung untuk beberapa minggu ye? Nak amik lesen lah. Teruskan mengunjungi blog ni. Kalau boleh, baca semua entri yang ada dalam blog ni. Kalau bosan, kerat jarilah. Bukan jari Khai, pergi la kerat jari kuda ke kalau ada. Hahaha.
Posted on 1 May '08 by Khai, under Announcement, Celebrity. 48 Comments.