Bila Ku Sedari, Diri Disayangi

Salam guys.

Pejam celik, dah dua minggu dah Khai kemalangan kat Federal Highway. Kata Part Time Rempiter. Haha. Luka-luka secara purata dah 90% baik tapi masih meninggalkan parut. Oh! Tidakkk.. Hehehe. Tapi part lutut tu memang sedia maklumlah, azab sikit nak baik sebab bahagian tu sentiasa ada pergerakkan so luka memang lambat nak baik.

Semangat yang hilang


Orang kata bila kita kemalangan, kena pergi berubat tradisional sikit kot untuk ambil semangat tu balik. Tapi Khai rasa semangat tu akan sendiri datang dari masa ke semasa bila beransur pulih. Tapi memang tak dinafikan, semangat untuk bekerja memang tercicir sekali kot masa kemalangan tu. Segala-galanya yang terjadual habis pending dan mungkin akan mengambil masa sedikit untuk cari balik semangat yang hilang tu dan kemungkinan entri ini ditulis, sebagai permulaan kepada pencarian semangat yang hilang. Ganbate Khai! Err, tiba-tiba rindu nak bercuti kat Ilham Resort, Port Dickson. Hehe.

Lebih Serius


Khai bukan tak perasan sebenarnya yang penulisan dan cara Khai berubah dari masa ke semasa. Bila baca artikel 3 atau 4 tahun lepas, sampai diri sendiri terdetik “eh terbaek siot penulisan kat blog ni.. sapa nye blog ni?” walhal tu tulisan Khai sendiri 3 dan 4 tahun yang lepas. Peningkatan usia, perubahan keadaan sekitar, pertukaran kekasih hati dan sebagainya mungkin menjadi penyebab kenapa Khai kelihatan tidak berapa serius untuk ber’blogging (langsung fakap habis dengan SEO dan ranking. Sikit pun dah tak heran sekarang). So benda ni Khai akan perbaiki insyaAllah dalam masa terdekat. Begitu juga percambahan projek-projek baru dan yang tergendala buat peminat dan pembaca semua website di bawah pengaruh Oh! Media Network.

I Heart You, Baby!


Sedikit hal peribadi untuk rujukan sendiri (dah taknak share lebih-lebih macam dulu dah), 070710 adalah tarikh bersejarah diri ini telah dilamar dan melamar sebagai pasangan kekasih kepada wanita yang sayang dan mengambil berat kepada diri ini selama ini. Ini kekasih baru dan bukan kekasih rujuk-merujuk balik macam dulu. Mungkin dah sampai masanya untuk sedar diri untuk menyayangi insan yang menyayangi kita, bukan menyayangi insan yang kita sayangi. Kalau benar dia tercipta untuk diri ini, tolong doakan sama biar kami berkekalan sehingga terlahirnya Qistina secara official’nya nanti. InsyaAllah. Siapa Qistina? Nama anak impian Khai selama ini. Hehe.

Semua ni berlaku ada hikmah dari Allah kerana semuanya berlaku lepas kemalangan hari tu. Terima kasih di atas pengurniaanNya. Korang akan mengerti perasaannya bila diri dan jiwa korang yang hampir-hampir mati dan seolah tiada harapan bagaikan mendapat nyawa dan harapan yang baru dari seseorang yang terlalu sempurna di kaca mata korang. Alhamdulillah.

Untuk mereka yang mengenali in-person secara dekat diri ini termasuk sedikit hal-hal peribadi terutama family dan kawan-kawan, rasanya korang akan gembira dengan perkara ni kan? Korang pun faham sangat bertapa terluka dan tercalar’nya hati Disneyland ku selama ini. Hahaha! Doa, sokongan, dorongan dan kata-kata kekuatan korang selama ni, memang besar sangat jasa’nya buat Khai. Sampai tak tersedar dah mampu untuk mencintai insan lain yang dirasakan sangat impossible selama ini. Untuk yang TIDAK menyukai perkara ini, minta maaf kerana saya tak pernah mampu untuk puaskan hati semua orang. Berilah Khai peluang dan ruang untuk bernafas semula ye?

Kepada si dia, tak perlu risaukan mengenai kesihatan, kredibiliti dan kerjaya kekasih mu ini. Semuanya baik-baik sahaja macam dulu. Selain family dan rakan-rakan, kamu dah menjadi sebahagian dari diri ini walau apapun yang terjadi. Saya seorang lelaki yang tercipta untuk setia sampai mati. Saya tidak akan meninggalkan, tetapi akan merelakan untuk ditinggalkan.

Maka itu terbukti dari dulu sampai sekarang, Blogger benama Khai ni masih lelaki sejati yang straight dan kata-kata pembenci blog ini dengan tuduhan gay dan sebagainya, langsung meleset dan tidak berapa patut dipeduli. Tapi no hal lah, korang sentiasa dimaafkan kerana semua itu, dianggap sebagai gurauan dari mereka yang membenci walau langsung tidak pernah cuba mengenali. Hidup ini singkat sangat, jom la be nice dengan semua orang ok?

Itu sahaja update untuk hari ini. Boleh dikatakan fast update la jugak bila diri disayangi.. Err, Salam bunga-bungaan beterbangan buat semua. Hahaha!

Ditulis pada 1:57 AM 13 July '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 700 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , ,


RSS feed | Trackback URI

61 Comments »

Comment by Shibli
2010-07-13 02:13:46

congratz bro! kawen jgn lupa jemput πŸ™‚

..
 
Comment by Luth Textile
2010-07-13 02:14:12

gila jambu siot.. semoga kekal sehingga alam perkahwinan. lepas ni buat la blog comel2 kat awek hang ok? hahahhaa..
hari2 kita semakin matang dengan cabaran dan dugaan

..
 
Comment by sickchild72
2010-07-13 02:17:53

ko curang ngan akuuu wuaaaaaaaaaaaa =(

..
 
Comment by x-po
2010-07-13 02:19:17

aisehman, ko dh jupe dgn bunga baru..aku jugak masih belum2 lagi hukhuk

..
 
Comment by eyra
2010-07-13 02:22:13

nice to lepak-ing with u and ur gf btw πŸ™‚

..
 
Comment by yonna
2010-07-13 02:22:45

ohoo terbau-bau bunga2 cinta berterbangan dalam blog ni πŸ™‚ semoga semuanya baik2 saja untuk kau dan GF kau. semoga “Qistina” akan menjadi kenyataan. Insyaallah πŸ˜€

..
 
Comment by syahirul
2010-07-13 02:26:42

bunga2an? gyahahahhahaha ko ni… keluar gak entri cintan cintun..

semangat sikit ko tu, asek tidur aje manjang.. hahhahaa… πŸ™‚

aku rasa 24hb ni leh gi berkelah.. paham? gyahhahaha..

psl luka, cuci sampai kemerahan dan putih, pastu baru buh ubat.. tahan sikit sakit tu.. ikat la kain kat tepi luka tu.. :choler:

jika kita tak mengenali seseorang tu secara depan2, maka segala pandangan akan meleset… :[

..
 
Comment by NaNa
2010-07-13 02:50:23

wahh blog ni bau bedak la..wangii..heee πŸ™‚
alhamdulillah terisi jugak hati bro khai..
kitorang sentiasa mendoakan yg terbaik..
smoga kekal sampai syurga & tabah la menghadapi dugaan..dont repeat the same mistakes as b4..
insyaAllah sume ok.. πŸ˜‰

..
 
Comment by Khai
2010-07-13 02:58:49

@shibli – InsyaAllah.. Lebih kurang 25 ribu followers OH! Media aku jemput sekali nanti. Pandai-pandai la korang cari port nak makan time kenduri tu. Hahaha..

@Luth – Hehe.. InsyaAllah.. Erm, sebenarnya memang dah rindu gila nak menulis entri yang berbunga-bunga lagi jiwang karatz. Hahaha. Takpe, sket2 lu amik mood.. Next entri kasi jiwang meleleh-leleh lagi. Hehehe.

@Eni – alololo.. Jom i lanje KFC. Hehehe.

@Xpo – Rilex bro. Redha je sudah. Allah itu maha adil dan dia tahu apa yang terbaik buat hambanya.

@eyra – Seronok gak dapat lepak-lepak dengan u twin. Biarpun dalam masa yang singkat. Next time kita gi I-City pulak insyaAllah.

@Yonna – Thanks Yonna..

@Syah – Tidur je manjang? tu ko ke aku? Gyahahaha! Thanks bro sbb telah menjadi sebahagian juga dalam hidup aku.

@Nana – InsyaAllah. Kami berdua sama-sama belajar dari kesilapan dalam hubungan dengan insan yang lain sebelum ini. Untuk hubungan ini, semoga kesilapan sebelum ini, dapat dielakkan..

..
 
Comment by Nur Najaa^^
2010-07-13 03:06:32

khai dah berpunya. =(
melepas daku. :bloody:

..
 
Comment by e-liex
2010-07-13 03:13:21

congrats khai~~~ kahwin jgn lupa ajk! πŸ™‚

..
 
Comment by syahirul
2010-07-13 03:25:38

@Nur Najaa^^ saya leh gantikan tempat khai.. gyahahhahahahahh~

..
 
Comment by Scromix
2010-07-13 03:31:48

laaa, awek ko ke, nasib baik tak ngorat. Haha πŸ™‚

P/s : eni, aku pon ada kalo khai terlepas . hahahaha

..
 
Comment by Khai
2010-07-13 03:35:34

Scromix, sapa kacau org yg jadi sebahagian dari hidup aku (family, kawan2 n gf), orang tu memang bertuah sebab mungkin akan merasa pengalaman makan nasi guna straw.. Hehehe.. πŸ™‚

..
 
Comment by che where
2010-07-13 03:41:48

tahniah bro,moga hubungan kalian kekal hingga ke akhir hayat…lepas ni ramai la awek2 yg mkn ati… πŸ™‚ :o:

..
 
Comment by FiNΓͺ
2010-07-13 05:33:34

Tahniah jugak!
Semoga berkekalan sehingga terlahirnya Qistina dan yg lainΒ²!
Xkn la Qistina jer kot?
πŸ™‚

..
 
Comment by fifie ierina
2010-07-13 07:29:38

salam khai dan eifa…

pertamanya, tahniah dan syukur alhamdulillah.. saya dah wish dalam facebook sebelum nie, tapi komen saya dalam blog nie akan jadi satu official wish pulak lah.. boleh ke pakcik khai dan eifa? hehehe

syukur kepada Allah.. akhirnya selepas beberapa lama, awak jumpe juga akhirnya jalan kebahagiaan yang awak cari selama nie.. sebagai seorang rakan yang selalu mengikuti perkembangan awak, saya merasa gembira sekali melihat kebahagiaan kalian berdua.. eifa is such a beautiful gurl and both of you look good with each other, really! =)

khai, selepas nie saya ingin meminta izin untuk tidak lagi memberikan nasihat atau ape2 sahaja kata2 sokongan yang excessive kepada awak.. saya seorang perempuan dan saya sangat faham perasaan seorang perempuan.. selepas ini, kalian akan saling menyokong antara satu sama lain, lalu saya merasa sangat percaya bahawa tindakan ini adalah yang paling wajar untuk tidak menyakiti hati sesiapa pun, insyaAllah..

when you are in love with someone, just remember to take care of her heart really well.. untuk seorang gadis, hatinya sangat rapuh.. seorang gadis itu sangat mudah terluka hatinya, sekiranya dia tidak diberikan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya daripada seorang insan yang dia cintai.. kebanyakan gadis yang ikhlas menyintai seorang lelaki dalam dunia ini, mereka langsung tidak tamak pada harta tetapi mereka sangat tamak pd perhatian dan kasih sayang..

dan kepada khai, jagalah eifa dengan baik ya? kalau boleh kahwin cepat2 lagi bagus, sebab saya sangat percaya awak sememangnya sudah bersedia untuk berkahwin, dan saya juga percaya awak sebenarnya sudah jumpa seorang wanita yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT untuk membahagiakan awak sepanjang hayat, insyaAllah..

kepada eifa, secara personal saya meminta maaf sekiranya ada sebarang perlakuan saya selama ini yang tidak begitu menyenangkan dalam hati awak.. kalau kalian bercinta lebih awal sebelum nie, tentu awak xkn nampak muka saya je yang selalu komen status pakcik khai yang selalu menulis tentang hatinya yang berduka lara.. hihihi, tapi sekarang tak lagi, jadi syukur alhamdulillah dan insyaAllah semua itu akan berhenti serta merta..

oh anyway, i just wanna say that i am really happy for both of you.. semoga akan kekal hubungan ini hingga ke jinjang pelamin, dan sehingga ke akhir hayat.. semoga khai akan menjadi lelaki terbaik untuk eifa, dan eifa akan menjadi wanita terbaik untuk diri khai, insyaAllah..

akhir kata daripada saya, cintailah seorang hamba Allah itu kerana TuhanNya, nescaya kebahagiaan yang hakiki akan menjadi milik kalian.. kata-kata yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang tidak itu daripada diri saya sendiri.. wassalam

best wishes,
fifie ierina

..
 
Comment by Zamzuri Rahmat
2010-07-13 08:03:03

Salam Khai, awak tak reply lg emel saya untuk pengiklanan di JustKhai. Pembayaran telah pun saya buat. Sekiranya ada masalah sila maklumkan kepada saya. Saya tertunggu2 sebab tiada respons. πŸ™‚

..
 
Comment by syahiran
2010-07-13 08:12:31

waka2.. kata-kata penuh makna… dan berbunga2..!! jelas kau gembira.. baguslah.. di doakan semoga bahagia selalu… amin;) πŸ˜‰

..
 
Comment by zharmin
2010-07-13 08:28:13

congratz bro…semakin hari semakin ceria.. πŸ™‚

..
 
Comment by rosmerah
2010-07-13 09:45:18

Thanks to all kawan-kawan dan follower khai yg mendoakan yg terbaik utk hubungan kami… insyaAllah, semoga doa kalian menjadi suatu restu utk kami terus berkekalan….semoga kalian smua juga mendapat kebahagiaan dr Nya,amin amin ya rabal alamin…

Special to dear fifie ierina : thanks di kerna mendoakan kami…khai sgt bertuah mempunyai kawan dan follower sperti mu… biar pun kami kini sepasang kekasih, x usah la sekali2 menjarakkan hubungan persahabatan kamu dgn dia…sy suka dia ade supporter sperti mu yg x putus2 menberi smangat mahupun kritikan…khai byk mengambil teladan dr nasihat kamu… sesungguhnya dia sgt syg kan family, insan istimewa, kawan2 dan follower….. semoga Allah juga memberikan kamu kebahagiaan yg plg terindah… (teringin nk jumpe kamu one day) hehehe

..
 
Comment by adieyza
2010-07-13 10:21:28

congrats khai..

selamat menempuhi alam percintaan yg sememangnya indah bg yg betul2 menghargai makna sebenar cinta..

hargai perasaannya dan sentiasa berdoa agar Allah penjangkan jodoh kalian berdua.. amin..

..
 
Comment by pat
2010-07-13 10:50:48

hoho…..congrates khai n eifa….smoga kekal smpi akhir hayat keyh…^_^ ….happy tgk khai happy smule…. πŸ˜‰

..
 
Comment by me amor
2010-07-13 10:58:13

akhirnye……huhuhuhuhuhu….
bile nak kenalkan aku ngan awek baru?
pat knal, tp aku x knal pn….
ble nak lanje aku chicken chop ?? πŸ˜‰

..
 
Comment by Affan
2010-07-13 11:20:27

kawin cepat2…..!!!!

..
 
Comment by putcomey
2010-07-13 11:39:17

wah!!! sekali lg penulisan khai ni membuatkan aku rasa touching sgt2…..mmg luhur btl hati khai ni…anyway,sang kekasih khai tu amat bertuah memiliki khai:) moga khai bhagia ngn si die dan cpt2 la kwen yer:) *bila aku nk jmpe bf baru ni???*

..
 
Comment by aizuddin
2010-07-13 11:40:09

semoga kekal ke anak cucu πŸ™‚

..
 
Comment by Eyl
2010-07-13 14:21:37

jiwang dowh khai..orang ade makwe la..tgh bercintan cintun biasaa haha

..
 
Comment by Amirez
2010-07-13 15:38:31

congrates khai. mungkin itu hikmah drp kemalangan tempoh hari. semoga berkekalan selamanya insyaAllah

..
 
Comment by Azam
2010-07-13 17:02:52

bubuh la pic awek bbnyak sket,,
haha,, grau,

btw, asl ko blok ak kt fb ye..? 😐

..
 
Comment by syahirul
2010-07-13 17:05:38

gyahahhaahhahaa~ dah ada gambar plak.. pagi tadi takde.. pastu siap ada video.. gyahahahha.. rindu seh lagu utube ni..

to cik rosmerah, remember semua nasihat yg i bagi oke? if u takleh nak follow, serius akan susah nanti πŸ˜€

..
 
Comment by syahirul
2010-07-13 17:09:48

@fifie, jika awak anggap khai is ur friend, u can keep nasihat dia or bagi pandangan.. tak rugi awak buat begitu, unless awak dah taknak tegur khai or awak kecik hati dgn dia, apakan daya..

@khai, aku jadi pengapit ko oke? gyahahahhahahaha πŸ™‚ cepat sket kawen tu…

..
 
Comment by Piratz
2010-07-13 17:19:02

Aku jadi AJK makanan ea… πŸ™‚

..
 
Comment by eyra
2010-07-13 19:22:55

“Thanks bro sbb telah menjadi sebahagian juga dalam hidup aku.”

untuk syah je ke? i? *merajuk* hahaha

I-City ? jangan sebut. jangan. kang i touching lg kang. still merajuk dgn u , hanz, and aman. syah sekali! huh

..
 
Comment by zaf
2010-07-13 19:25:28

yeaaaa buka sudah buku baru πŸ™‚ …i’m happy for you….tahniah…jaga elok2…
betul la cakap org tua tua bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor.
haha…

kalau khai rasa da tua ,matang etc..apatah lagi la daku nih yang lebih berusia.
LOL.

..
 
Comment by julietANNA
2010-07-13 19:37:50

syah nak jadi pengapit, piratz nak jadi AJK makanan.
i nak jadi penyambut tetamu lah. HAHAHHAA πŸ™‚

..
 
Comment by sya
2010-07-13 20:04:18

congratz bro khai n sis eifa!!ahaha…..

diri ini mampu bersabar lagi…baru 2 buln…huk…… 8) =(

..
 
Comment by Cik Nass
2010-07-13 20:33:02

ehem2 khai. nak mintak tolong satu je. tolong sekeh tunang aku kat atas tu. sekeh kaw2. ok? thank u. 😐

..
 
Comment by faiz
2010-07-13 21:11:40

ada nama idaman anakkk dah ..huyooo..huhu πŸ™‚

..
 
Comment by fiD
2010-07-13 22:13:45

wow! 22 dah nak kahwin, hehehe… BTW, tahniah… suka dengar.. πŸ™‚

..
 
Comment by h3r0
2010-07-13 23:36:04

Tue dia… bunga-bunga cinta khai dah kembali..
Kembali jiwang la pas nie.. congratz khai…

DALAM HATI ADA TAMAN!!!

..
 
Comment by RedBoy
2010-07-14 07:33:27

tahniah khai.. semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat..

syah jadi pengapit, piratz jadi ajk makanan, aku jadi tetamu VIP bro.. hehe πŸ™‚

..
 
Comment by fifie ierina
2010-07-14 07:57:26

special to eifa aka rosmerah,

hihihi, tergamam saya dibuatnya baca komen awak.. okay now i know for all this while rosmerah is actually you =)

eifa, awak nak tahu x kenapa saya tulis cmtu? sebabnya naluri hati saya sebagai seorang perempuan, saya seorang yang sangat kuat cemburu sebenarnya.. sekiranya saya menyintai seorang lelaki, maka dalam hati saya sejujurnya tidak akan merasa senang sekiranya saya tahu ade wanita lain dalam hidupnya yang selalu menyokong die sebagai seorang sahabat..

apabila saya menyintai seseorang, saya ingin sekali die melihat saya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya yang akan memberikan sepenuh sokongan, nasihat dan dorongan, pada saat die memerlukan seseorang untuk bercerita masalah, bertukar pandangan dan juga pada masa-masa yang die hanya memerlukan seseorang untuk menjadi pendengarnya yang paling setia..

pada saat saya menyintai seorang lelaki, saya ingin sekali menjadi seorang pendamping yang paling setia dan sahabat yang terbaik untuk dirinya sepanjang hayat dan saya tidak suka die mempunyai seorang wanita lain sebagai sahabatnya yang rapat.. saya ini benar-benar tamak orangnya bukan?

tetapi nyatanya, awak tidak begitu.. syukur alhamdulillah, saya secara personal merasa bertambah kagum terhadap pendirian awak.. terima kasih banyak2 eifa, insyaAllah saya bersedia untuk mempertimbangkan kata2 awak itu dengan mendalam..

cukuplah untuk awak tahu, saya menulis sedemikian rupa kerana saya memahami posisi awak sebagai seorang wanita, sebagai seorang perempuan yang biasanya hatinya mudah sekali terusik dan mudah sekali berasa cemburu.. saya ini merupakan seorang perempuan yang memahami perasaan perempuan2 lain di dalam dunia ini, dan ape yang saya lakukan hanyalah langkah terbaik pada hemat saya, untuk tidak membuatkan awak berkecil hati di kemudian hari..

selama ini saya memikirkan, tidak pernah meluahkan rasa tidak senang hati itu tidak bermakna awak selesa dengan cara saya selama ini bukan? namun syukur alhamdulillah, saya sangat berterima kasih atas penjelasan awak.. terima kasih banyak2 dear, saya sudi mempertimbangkan kata2 awak itu dengan sebaik-baiknya, insyaAllah..

and to syahirul,

tidak, ternyata awak sudah salah faham dengan saya kerana awak ini tidak melihat atau ingin berfikir dengan mendalam, kenapa saya menulis sedemikian.. saya menulis sedemikian bukan kerana saya tidak memikirkan khai tetapi kerana saya memikirkan perasaan eifa di kemudian hari sebagai seorang wanita yang paling dekat di sisinya..

ape yang saya lakukan hanyalah untuk tidak menyakiti hati seorang wanita lain, kerana saya seorang wanita yang tahu menghormati perasaan kaum yang sejenis dengan saya.. wallahualam

..
 
Comment by Akmal
2010-07-14 09:00:19

Waah khai
tahniah dan moga mogaan sampai ke anak cucu ye hihihi

Hope you will be active and have a lovely life

..
 
Comment by diraja22
2010-07-14 11:42:11

tunaikan lah tanggungjawab kita sebagai hamba Nya..

..
 
Comment by brader luv
2010-07-14 20:35:44

kenapa first time aku baca entry ni dalam kepala aku terfikir..
“hancurlah hati si @fifie ierina … ” hehehe… and then betul aku baca kat comment tu.. panjang berjela siap nak undur diri pulak.. kalau betul kau kawan khai sejati… perlu ke nak undur diri bila orang dah ada awek ? ke hati mu membara kejelesan.. rasa apa yang dibuat tak berbaloi selama ni.. hehe… sunguh tak professional… kamu terlalu mengharaplah… ramai je lagi girls lain pun komen… cuma of course ar dowang comment pendek2 je.. bukan wat karangan.. πŸ™‚

*to khai.. semoga berbahagia n sihat selalu.. πŸ™‚

..
 
Comment by m6hidrogen
2010-07-14 22:22:30

bila dah cukup duit nanti kahwinla dengan si dia.jangan tunggu lama2. semoga sukses!

..
 
Comment by Riza
2010-07-15 10:10:02

Congratz bro! rupa2nye eksiden tu ada hikmah disebalik kejadian tul tak?

Sorry, saya ni orang baru dalam dunia blogging nie. So moga2 banyak tunjuk ajar ye? :o:

http://shazammm.wordpress.com

..
 
Comment by ikoko
2010-07-15 12:51:58

congrats ek.. πŸ™‚ semoga kekal bahagia sampai bila2. πŸ™‚

..
 
Comment by farid
2010-07-15 17:49:52

huhu..congrate kat khai.akhirnya dapat gak pengganti baru.jaga dia elok2 ye.kpd brader luv betoi ckp hang ada hati yang terluka jerk..lek la fifie kawan biar seribu…..yang penting jgn ada feeling2..hehe

..
 
Comment by fifie ierina
2010-07-16 00:11:21

brader luv,

hehehe.. saya tidak professional? saya terlalu mengharap? adakah anda kenal saya bertahun2 untuk mengenali hati budi saya secara sepenuhnya? come on.. untuk tulisan itu, saya percaya hanya Allah dan saya sahaja yang tahu sepenuhnya kenapa saya tulis begitu, dan saya percaya orang luar langsung tidak =)

last but not least, tulisan yang panjang berjela2 tidak pernah membuktikan ape2.. saya memang suka menulis dengan panjang selama ini dan tidak perlulah saya menjelaskan semuanya di sini hanya untuk membuatkan awak faham.. wallahualam, adios

..
 
Comment by Nizam6281
2010-07-16 14:45:01

Hehehe khai samalah
Aku pon mendapat bunga baru Hak3!

..
 
Comment by ishak
2010-07-16 15:44:26

romantik gila ko khai…bagus..sekarang senyap mulut diorang tu….lepas ni ko khawin la pulak pasyi diorang akn diam seumur hidup…jemput aku sekali eh..kalau khawin tu πŸ™‚

..
 
Comment by wazy
2010-07-17 11:14:22

Semoga berbahagia bro,memang romantik gak ko ni,hehe πŸ™‚

..
 
Comment by azura radzi
2010-07-20 09:46:57

emmm dh lama x masuk blog ko ni khai…
bila masuk je ada cita bunga2..hehe
tahniah ah!moga berkekalan..ameennn..

..
 
Comment by ejardkethot
2010-07-23 01:21:22

semoga berbahagia…im waiting ur wedding pics!!~ [^.^]

..
 
Comment by dean
2010-07-23 23:33:13

cayalah.. da ade gf…
congrats….

..
 
Comment by alang_khai
2010-07-25 07:22:30

rosmerah yg matang – i like. alhamdulillah and amin for both. Kawan biar seribu, berkasih biar satu.. bermusuh khai tak pernah seru.. so lek lek je. πŸ™‚

..
 
Comment by Anip
2010-08-08 18:45:28

tahniah..wei..kawen ajak aku ea..hak3 8)

..
 
Comment by tengku azhan
2010-09-01 06:23:25

ganbate khai..
telebih dahulu salam diucapkan..
sya da hbs bca bro khai pnyer pengisian tdi.,
huhu..
hope bro khai akn dkurniakn ank yg dnmkn qistina srti yg dimpkn slma ni..
n kekal bhgia bersama insan yg bro khai syg skrng nih..
sya harap stu hri nnti sya pn dkrniakn ssorng yg mncntai dri ini seadnya..
skrng terlalu bnyk luka2 yg tercalit srpti yg brlku pda bro khai sblm nih..
sya percya pda qada dan qadar ALLAH s.w.t…
DAN AP YG BERLKU MSTI AD HIKMAHNYER KAN3… πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
Comment by fikir dahulu
2011-03-18 17:07:48

GF SENDIRI PON PAKAI BAJU JARANG, NAK KUTUK PEREMPUAN BERBAJU KUNING ITU BERPAKAIAN TAK SESUAI….

JARANG TETAP JARANG, WALAUPUN MASA MENGAJI QURAN OR NOT…..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post