Crazy of Luck + Hoster Problem

justkhai_acha_at_limkokwing.jpg
Ah, letih. Khai baru balik dari kelas. Nasib Isnin jadual dah berubah. Kelas 2D Animation ditukar pada hari Rabu. So hari Isnin ada satu kelas aje la pagi. Tadi, 3 kali Khai selisih dengan Acha Septriasa. Sampai terbau dia punya perfume. Comelnya dia tapi kenapa Khai rasa biasa je? Sebabnya, kejelitaan Acha dah menjadi sangat biasa bila berada di Limkokwing University disebabkan kat Limkokwing tu penuh dengan lambak’kan wanita-wanita jelita dan jauh lebih seksi dari Acha. Haha. Fiona, Khai dah jumpa jugak. Hehe. Dafi? mane ntah dia nyorok.

Tadi dah submit Resume. Alahai risaunya. Kalau tak jadi la praktikal kat Limkokwing tu, Khai harap sangat satu lagi permohonan Khai untuk internship kat Asia Media Sdn Bhd, Puchong tu tercapai. Asia Media adalah syarikat yang bertanggungjawab pasal Rapid KL. Hurm, tadi masa nak submit Resume, berlaku sedikit kekecohan kat luar lab. Khai tanye apesal, diorang (pelajar wanita) ni cakap yang diorang tak puas hati dengan seorang lecturer yang bertanggungjawab amik Resume ni. Apa taknya, diorang rasa yang lecturer sorang ni “pilih kasih” dia tu terlalu teserlah. Satu puak wanita yang tidak bertudung lagi seksi, dilayannya baik. Tak hantar Resume hari ni pun takpe, tapi bila yang bertudung litup atau lelaki, dibantainya membebel. Fuh, nasib hubungan Khai dengan dia tu boleh dikatakan Ok. So malaslah nak layan hal-hal pilih kasih ni. Memang adat la orang lelaki ni jadi “buta” bila berurusan dengan perempuan seksi. Itu lumrah sang lelaki.

Fuh, Khai bengang betul dengan CGYhost (aku link pun macam dapat masuk). Bekas sponsor Scukz sebelum ini. Apetaknya, Khai dah SMS elok-elok tapi langsung dia tak balas. Apa punya Melayu la. Eventhogh CGYhost tu nak bankrupt ke, nak melingkup, telangkup ke, jangan jadi setan main lari macam tu aje. Bacul la ko Yazrie (CEO of CGYhost). Korang bayangkan, web yang hampir dua tahun Khai bangunkan sikit demi sikit, boleh hilang macam tu aje. Macam semut yang dibawa arus. Semut? Huhuhu. Yang hilang tu bukan saje portal dan forums, tapi banyak lagi sub-sub yang dah Khai public’kan dan ade yg masih dalam rangka lagi. Dan ini bukan kali pertama CGYhost hilangkan data customer, tapi dah dua kali. Khai tak kisah’lah web tu burn macam tu je pun kalau disebabkan diorang ada masalah dalaman ke ape (atas dasar simpati), tapi sekurang-kurang’nya beritahu. Kalau nak melingkup tu kasitahu awal-awal. Dapat juga Khai backup semua data-data yang ada. Jangan lesap macam tu je. Kalau dah begini caranya, memang betullah CGYhost tu Syarikat Hosting Tahi buatan Malaysia bak kata seorang komenter di blog ini. Ini yang Khai tak suke bila kita niat nak bantu orang melayu, akhirnya kita balik kene ‘rogol’ ngan orang Melayu. Apapun, Khai dan seorang hamba Allah ni sedang giat melakukan perbincangan untuk menyelamatkan Scukz. Mungkin kita akan ada sponsor baru wahai ahli-ahli Scukz Komuniti.

Hamba Allah tu korang tentu dah tahu. Siapa lagi kalau bukan Syia. I dont know why dia baik sangat dengan Khai. Nak kata dah kenal lama, sebulan pun tak sampai. Samalah dengan Kak Lea dulu. Mungkin Allah dah takdirkan Khai untuk berjumpa dengan orang yang sebaik mereka. So jangan jeles taw!

Pssttt: Korang tolong ye update link lama Khai kat blog korang tu kepada www.justkhai.com .. Dulu tak kisah sebab Khai dah redirect domain lama tu ke domain baru ni. Tapi bila Scukz dah jadi macam ni, semua tak jalan dah.

Posted on 25 February '08 by , under Daily Craps. 86 Comments.