Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 1)
Kesian pulak bila ramai yang cakap tak tahu pasal Twitter. Atau mungkin tahu Twitter tu apa tapi tak tahu dari mana nak bermula. So Khai buatlah tutorial ringkas ni dari pengalaman Khai dengan Twitter. Buat yang dah biasa dengan Twitter tu, boleh je baca dan kasi idea-idea bernas buat pembaca blog ni yang baru nak berjinak dengan Twitter. Khai pernah menulis mengenai Apa Itu Twitter beberapa bulan yang lepas di Justkhai. Untuk yang tertinggal atau nak buat revision, boleh la cuba nengok semula. Klik Sini.
Ada yang bertanya Khai, ketinggalan zaman ke bila tak tahu pasal Twitter? Jawapannya bukan ketinggalan zaman, cuma mungkin agak ketinggalan sedikit mengenai apa yang dikatakan mengenai the real web 2.0. Twitter secara ringkasnya adalah sebuah perkhidmatan yang sama fungsinya dengan SMS tetapi digunakan di Internet. Ini bermakna korang boleh hantar SMS atau membaca SMS dari kawan-kawan Twitter yang lain (stay contact 24/7). Ianya boleh dikatakan sama dengan fungsi status Facebook di mana korang dapat lihat update terbaru berkenaan diri kawan-kawan. Untuk memudahkan perkara itu, Twitter kan ada.
1. Register Profile Twitter
Ini dah tentu la. Servis macam Twitter ni, mana mungkin tak perlu regiter. Bersepah la SPAMMER join sekali nanti. Jadi daftarkan diri korang sebagai sebahagian dari komuniti Twitter di sini.
Then selesai page pertama, skip 2 page seterusnya. Pendaftaran selesai lepas korang nampak page profile Twitter yang korang register tadi. Then boleh la main setting-setting yang ada. Ubahkan timezone ke +8 (Malaysia), upload avatar sendiri dan main-main dengan preference profile untuk kasi cantik sikit. Contoh macam tukar background profile, tukar warna profile dan sebagainya.
Kat atas ni Twitter untuk Oh! Med1a yang baru Khai create tadi. Tak perlu follow since ianya contoh untuk tutorial ni je. Kalau nak follow, sila follow, @OHTWEET.
2. Cari rakan untuk di’follow.
Twitter mengamalkan konsep follower dan following. Follower adalah rakan Twitter lain yang follow korang dan following adalah rakan Twitter yang korang pula follow. Jangan risau dengan step ini. Hari demi hari, sure kawan-kawan korang ni akan bertambah. Kalau korang seorang yang menarik, sure la ramai akan follow korang nanti. Buat kali pertama ni, korang boleh la add beberapa random profile – Khai, Hongkiat, Sickchild72, Chokilala, Eins JomPHP, Mohd Ismail, Izzat dan Neyrashazeyra
Klik link nama kat atas tu, dan tekan FOLLOW untuk korang FOLLOW. Bila dah follow tu jangan diam je, berinteraksi la dengan diorang dan insyaAllah dari situ, satu demi satu member baru akan korang follow dan bila korang menyerlah, sure la akan di’follow orang lain pula kan? Faham tak? Hehe.
Seterusnya, (more…)