Better MP3 for the Rakyat

blog_khai_music_.jpg
Wow, sejak blog Khai menjadi ala-ala separa lucah dengan gambar-gambar pelbagai posing oleh pelakon Anak Pontianak itu (kau pun tahu siapa), blog ni bagai diserang pelbagai jenis peluru dari seluruh pelusuk dunia. Dalam beberapa jam, Akismet dah berjaya menapis lebih dari 300 SPAM yang cuba masuk ke dalam bahagian komen. Yang terlepas sekor dua tu, Khai jentik sendiri lah. Advertlets juga macam biasa, kau pun tahu bagaimana lajunya. Ada yang bertanya, aritu kata nak remove Nufflets dan dulu cakap taknak pasang Nuffnang, buat pengetahuan korang, Khai akan busy dan tak sempat nak edit. Ditambah pula dengan kelembapan tahap kritikal bila cuba nak masuk direktori Scukz ni. Alahai.. Anggap saja internet ini yang lembap. Ah Damn!! Mungkin masa korang masuk ni, nampak Advertlets je yang ada. Ya, mulai hari ini, Khai takkan lambakkan iklan-iklan yang menyakitkan mata tapi hampeh! Nuffnang, ah mana mungkin ketika Advertlets bergerak bagai nak rak, duit Khai di Nuffnang bergerak macam siput. Seminggu RM1 dan jelas di sini, ada sifat pilih kasih dek kerana orang tahu, aku Pro Advertlets..

Ok lupakan pasal gambar-gambar separa lucah dan iklan-iklan di sini. Kali ni Khai nak mempromosikan satu lagi cabang division Scukz dot Com. Usia Scukz dot Com dah masuk 2 tahun pun. Kalau Scukz ni adalah nama seorang baby perempuan, mungkin sudah pandai menyanyi lagu Anuar Zain.

scukz-presentbremp3s-free-mp3-download.jpgDek kerana kini tiada satu pun manusia NORMAL yang tidak suka mendengar lagu termasuk Khai, Khai terpikir kenapa tak buat satu blog khas untuk download MP3. Kalau before Khai banyak masuk weblog anak melayu yang menyediakan pelbagai MP3 untuk di download, kenapa Khai tak buat sendiri. Bukan tak boleh. Bukan susah. Student di Limkokwing ini juga gemar mendownload MP3. Sebut sahaja band underground kita seperti Hujan, Bintang Batu, Bittersweet dan pelbagai lagi, mereka sudah hafal setiap patah lirik lagu. Mungkin kewujudan web ini, membuatkan mereka tidak perlu lagi mendedahkan komputer kepada sebarang Spyware atau Virus dari web yang ntah merapu apa kerana Khai jamin, setiap website yang dibawakan Khas oleh Scukz, tidak akan sesekali cuba menyelitkan sebarang Spyware atau Virus. Itu kerana, Khai juga bencikan depa (speaking utara aku).. haha

Illegal?

Sebagai seorang yang profesional, korang tentu dah faham-faham sendiri penolakkan liabiliti bila kita buat sesebuah web atau blog. Itu fungsi term & condition. Macam di weblog MP3 under Scukz ni, sudah tentu Khai takkan host kan sendiri di Scukz. Ramai yang bertanya aritu.. Dan kerana itu, Blogspot di rasakan tempat yang paling sesuai. Setiap MP3 yang di download juga bertujuan sebagai promosi semata-mata. Tidak akan ada satu pun full album yang akan diberi senang-senang di situ tanpa perlu korang mengeluarkan sedikit duit untuk menyedapkan telinga dengan membeli album mereka. MP3 yang diberikan PERCUMA di sana perlu dipadam dalam masa 72 jam dari masa di download. Heh, kalau Khai jadi korang pun, mana mungkin nak padam. Haa, itu yang dinamakan penolakkan liabiliti kata lecturer Khai. Kalau korang tak padam, itu masalah korang dan bukan tanggungjawab kami lagi.

Promosi?

Ya, memang setiap lagu di situ bertujuan sebagai promosi. Kalau rasa sedap, beli album. Rasa tak sedap, tapi kalau nak support artis kita, beli la jugak album diorang. Ada Indipendance (underground) band yang PM khai sendiri di YM untuk mempromosi lagu mereka. Antaranya Am, Drummer Hujan dan Roland, Guitarist Batu Bintang. Memang itu satu penangan dari Scukz selepas Fara Fauzana sendiri telah menjadi VVIP di Forums Scukz. Kalau tak percaya, lihat sendiri di sana.

Apa tunggu lagi?

Dan ini dia link yang perlu korang tujui selepas ini. Lupakan web download yang lain. Di sana korang bebas untuk mendownload dan boleh membuat request lagu dengan mudah. 100% free dan uptime 99.99%..

http://emp3s.blogspot.com

Khai juga seperti korang, cukup menyampah dengan domain yang leceh untuk di taip. Jangan risau mungkin beberapa bulan lagi, Khai akan dapatkan satu domain dari Wizurai jika dia masih kekalkan promosi domain dengan harga yang murah tu. Mungkin emp3s.net .. mudah untuk diingat bukan? so jom ramai-ramai, berikan support tak berbelah bagi korang. Khai juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi uploader Crew di sana. Kini sudah ada 3 orang dan Khai perlukan dua lagi. Sila hubungi Khai dengan segera. Jangan risau, Crew akan diberi gaji kerana iklan Advertlets atau Nuffnang dari Crew juga akan diletakkan di situ. Jangan pelik kalau iklan pemanis mata di sana dilihat mempunyai pelbagai owner.

Oh ya, Khai dah ada laptop idaman yang gila kool.. bila la nak dapat..

Posted on 18 January '08 by , under Lain-lain. 33 Comments.