Selamat Tinggal Myspace, Friendster dan Tagged

Pagi semalam, Khai dah hapuskan beberapa akaun social networking yang dah sampai masanya untuk dirasakan tidak perlu. Antaranya Myspace, Frindster dan Tagged. Kesemua’nya itu tercipta dengan bersebab. Setiap satunya memberi kenangan. Sekarang rasanya dah sampai masanya untuk lupakan semua itu. Sebab yang paling utama, meninggalkan kesemua website tersebut dan kekal pada Facebook yang satu, membuatkan Khai rasa diri lebih dewasa. Tak tahu kenapa.

Apapun terpulang pada diri masing-masing. Kalau kita rasa ianya berguna, kenapa mahu berhenti? Dan kalau dah rasa tak perlu, jangan lagi disimpan-simpan. Contohnya seperti Twitter. Ramai mengatakan yang Twitter hanya digunakan untuk golongan yang gemar membuang masa. Tapi bagi Khai tidak. Khai senang untuk ber’twitter dengan kawan-kawan di internet dan persetankan saja kata orang yang kononnya dia lah seorang yang pandai gunakan waktu. Rasanya Twitter tak effect langsung pada jadual harian seseorang.

Myspace

Khai kenal Myspace pada tahun 2004 ketika masih lagi bersekolah di Tingkatan 4 sebuah sekolah biasa. Ketika itu Myspace baru sahaja setahun ditubuhkan oleh Tom Anderson. Ahli’nya pada ketika itu belum pun sampai beribu (kini puluhan juta). Tujuan utama Khai join Myspace pada ketika itu, tak lain tak bukan hanya untuk pelajari bagaimana cara modifikasi page Myspace menjadi lain dari yang lain (pembelajaran web paling seronok). Pada masa itu, tiada langsung larangan untuk modifikasi profile sampai kita mampu buat profile jadi 100% bukan berada di Myspace hasil dari Division Layout. Myspace pada masa tu pun biasa-biasa je. Takde apa yang menarik macam sekarang malah lebih teruk lagi dengan profile page yang blink sana, blink sini dengan begitu over sekali. Sempat merasa zaman tu? Hehehe.

Akhirnya, selamat tinggal buat Myspace pembekal SPAM No 1 dalam dunia social networking!

Friendster

Khai Join pada tahun yang sama dengan Myspace. Kawan di Friendster lebih ramai kawan-kawan yang Khai kenali secara berdepan terutamanya rakan sekolah dan universiti. Agak tidak berapa selesa bila kawan-kawan sekolah tahu perkembangan diri Khai. Khai juga founder kepada beberapa group di sana terutama group untuk Alumni Sekolah dan Universiti. Alasannya sama seperti Myspace, rasanya dah tiba masa untuk akaun Friendster dibatalkan. Apapun sebelum Khai delete, sempat juga untuk tukar owner bagi kesemua group tersebut.

Tagged

Join pada pertengahan tahun 2007. Atas rayuan kekasih yang sudah tiada. Dan hari ini, tagged mengalami nasib yang sama seperti Myspace dan Friendster. Tiada apa yang menarik dengan Tagged berbanding secial networking yang lain. SPAM SPAM SPAM dari manusia tidak bermaruah. Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan buat ketiga-tiga website ini.

Facebook

Buat masa ini tidak akan dipadam. Sebuah web yang sangat menarik dan lebih professional dari yang lainnya. Apa yang lebih menarik, Facebook boleh dimanipulasi untuk lebih mendekatkan diri kepada pembaca blog ini, Oh! Tidak, Oh! Artis dan yang lainnya. Biar apa pun rumor yang tersebar mengenai Facebook, itu tidak penting sebab Khai rasa berapa ramai je yang kurang bijak meletakkan 100% personal data yang betul di sana. Siap akaun VISA semua nak di’isi, apekejadah’nya?

Jadi buat masa ini, owner blog ini hanya mempunyai akaun Facebook dan Twitter untuk berkomunikasi di Internet. Boleh add Khai di Facebook [http://facebook.com/khaixy] dan juga Twitter Micro-blogging [http://twitter.com/ohtweet] untuk berhubung secara lebih dekat. Add la ye jangan malu-malu cipan.Tapi kalau live chat atau message tak reply tu, maaf ye bukan sombong tapi pakcik busy sangat la tu. Hehehe.

Apapun beringat-ingatlah. Social networking ni banyak memberi keburukkan dari kebaikkan. Bila disebut keburukkan, 1001 macam keburukkan mampu difikirkan secara spontan. Kebaikkan nya pula? Hanya mencari teman baru atau lama. Datang yang baru, yang lama pergi. Kalau sekarang kita rasa selesa, suatu masa nanti kita akan sedar. Khai dulu berfikiran begitu sehingga sampai saat yang tidak disangkakan iaitu pagi semalam. Setuju tak? (more…)

Posted on 23 July '09 by , under Media Sosial. 111 Comments.