(Intro) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

justkhai-maxis10
justkhai-maxis10

Semalam (29 Oktober 2010) jam 12 tengahari, telah berlangsung satu perjumpaan di Maxis, KLCC antara pihak Maxis dan 10 orang blogger tempatan yang terpilih untuk mengulas mengenai Nokia N8, produk terbaru dari Nokia yang telah dikomersial’kan oleh Maxis untuk pelanggannya serendah RM999 sahaja! Woot! Gila murah! Seperti biasa, Oh! Media pasti menghantar wakil’nya ke sana.

Paling menarik adalah semua reviewer ditekankan agar tidak bias pabila menulis review mengenai Nokia N8 dalam masa 2 minggu ini. Jadi kalau korang baca mana-mana review pada blog Maxis10 yang akan diberitahu nanti, korang akan tahu yang review mereka memang benar-benar mengikut apa yang mereka rasa. Kalau best, kami cakap best. Kalau tak best, kami cakap tak best. Simple as that untuk review Nokia N8 yang akan berlangsung ini. Oh ya, artikel ini akan dipecahkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan rujukan pembaca. Jadi korang boleh follow part by part artikel yang akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu ini.

Pengenalan

justkhai-maxis10
justkhai-maxis10

Sebagai pengenalan kepada Nokia N8 ini, adalah lebih baik jika sekadar Khai memperlihatkan design dan interface Nokia N8 terlebih dahulu sebelum kita menyelami lebih dalam apa yang membuatkan handphone keluaran terbaru Nokia ini, memang tersangat-sangat berbeza dengan phone keluaran Nokia sebelum ini (tabik spring oh!). Kalau before orang cakap, “Ala semua phone Nokia sama je slow“. Tapi untuk Nokia N8, korang kena tahu yang kali ini Nokia menggunakan Symbian^3 OS iaitu Mobile OS terbaru dari Symbian. Ini bermakna, phone Nokia sebelum ini, tidak akan pernah sama dengan Nokia N8 dan phone Nokia yang akan datang. (more…)

Posted on 30 October '10 by , under Review. 36 Comments.