Sejak bila main kutu haram?

main-kutu

Tak boleh nak kelip mata nengok tajuk utama akhbar Kosmo hari ni (29 September 2010). Khai baca online je la ye (I ni saving orang’nye. Haha). Dah 22 tahun Khai bernafas atas muka bumi ni, baru hari ni tahu yang main kutu ni haram. Dulu masa kecik selalu je nengok mak Khai main kutu dengan jiran. Dan semalam baru bincang-bincang dengan girlfriend nak ajak member-member main kutu. Dan hari ini….

KUALA LUMPUR – Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan. (more…)

Posted on 29 September '10 by , under Daily Craps. 65 Comments.