Untuk Budak Sekolah Yang Ada Masa Depan

budak-sekolah

Salam guys. Post ni actually untuk budak-budak bawah 15 tahun. Kalau korang yang dah tua (haha) tu pun rasa nak baca, why not kan? Nanti boleh share dengan adik-adik ke, anak-anak ke atau mungkin isteri muda wannabe? Wohha! Nak isteri muda sila bela dari kecik kata orang. Hehehe. Yang perempuan toksah sibuk nak bela-bela budak lelaki. Apa kes perigi cari timba.

Entri ni pendek je (mudah-mudahan). Bila dapat tahu esok lusa budak-budak PMR nak amik result dan tak lama lagi budak-budak SPM pulak, rasa kesian diorang ni bila sakit jiwa nak tunggu result ni keluar. Habis frust menonggeng. Baguslah kalau ada rasa risau tu sebab korang bukan saja risau sebab takut kena maki dengan mak ayah, tapi juga sedar betapa jauhnya masa depan yang harus korang lalui lagi.

Tapi selalunya mereka yang risau ni, kebanyakkannya dah terlambat. Baru menyesal kenapa sebelum ni aku tak belajar betul-betul. Bila mak ayah letak harapan yang tinggi nak tengok result, baru korang nak menyesal. Dulu time cikgu ajar korang tidur atau lebih palat lagi, korang panjat pagar belakang sekolah. Bajet gangster lah tu buat macam tu? Time korang sekolah, korang rasa la macam gangster. Nanti bila dah besar korang nengok budak-budak sekolah pulak buat macam tu, kerat jari kalau korang tak rasa macam nak sepak je sekor-sekor. (more…)

Posted on 22 December '09 by , under Motivasi. 115 Comments.