(Entri Khas) Salam Maulidur Rasul 1430H buat pembaca JustKhai


Memang tak patut dan sangat kejam bagi blogger beragama Islam seperti Khai dan kamu kalau hari raya boleh buat entri khas ucap Selamat Hari Raya, tapi bila sampai hari sambutan Maulidur Rasul, boleh buat “dont know” je pulak yer? Thanks Azizwan kerana mengingatkan.

Hari ini, 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah bersamaan 9 March 2009, kita menyambut ulangtahun hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) sebagai nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Baginda dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Hampir 1438 tahun dahulu.

Alhamdulillah, sampai hari ni, penganut Islam masih lagi yang teramai di dunia ni. Tapi tak payah nengok jauh lah, di Malaysia sendiri memang ramai beragama Islam, namun malang hanya Islam dari segi nama dan keturunan. Orang tua-tua cakap, Islam turun-temurun. Bila ibu bapa Islam, anak pun ikut Islam tapi hidup tak serupa orang Islam. Mulai hari baik bulan baik ni, Khai berpesan kepada diri Khai sendiri dan semua pembaca blog picisan ini, marilah kita bersama berubah ke satu tahap yang lebih baik dari semalam.

Harap kat tempat korang adalah dibuat sambutan Maulidur Rasul ni kerana keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja diterima oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Jika korang dah membaca hingga ke baris ini, sama-sama kita berselawat ke atas rasul junjungan kita, Muhammad s.a.w.

Akhir kata, kita semua tahu yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita mengurangkan apa yang dikatakan buruk itu kerana setiap yang baik itu, pasti akan menerima ganjaran yang setimpal begitu juga yang buruk, pasti akan ada balasannya. Terima kasih kerana terus membaca blog ini dan terus melayan hiburan yang tercetus di semua projek Oh! yang sedia ada. (more…)

Posted on 9 March '09 by , under Religion. 39 Comments.