Bagaimana ingin menaip dengan pantas

Oh! Artis bersama Sound Machine sedang menganjurkan satu contest di Oh! Artis. Menangi 2 tiket ke konsert gig Indie di KL secara percuma. Ayuh cepat! Anda hanya perlu memberi sebab kenapa anda ingin pergi dan 2 tiket percuma pasti menjadi milik anda!!


Justkhai bukan sebuah blog yang tertumpu ceritanya mengenai komputer sahaja dan jika korang pembaca setia di sini, korang mesti tahu yang Justkhai adalah sebuah ‘MIX BLOG’ iaitu bercerita mengenai pelbagai aspek tidak kiralah ilmuan, promosi, website, blogging, duniawi, akhirat, hiburan dan pelbagai lagi. Pendek kata, macam-macam ada lah. Bukanlah maksud Khai untuk menjadi mamat poyo atau kerek, tapi jika Justkhai ni bukan Khai punya sekalipun, pastinya Khai jadikan blog ni sebagai Favourite. Tahukah korang yang Khai menghabiskan 1/4 dari hidupnya untuk membaca blog ini? Bila Khai baca, Khai tak rasa pun yang artikel tu Khai yang tulis. So Khai boleh revise balik pelbagai perkara yang hampir Khai lupakan.

Orait, merujuk tajuk entri ni, ramai dan tersangat ramai bertanya Khai bagaimana untuk menaip laju? Yup, semua orang ingin menaip laju dan itu adalah satu advantage jika korang ingin bekerja di syarikat yang menggunakan komputer 100% untuk bisnes mereka. Apabila korang diterima bekerja di mana-mana syarikat sebegini, percayalah bahawa korang mempunyai eset saham sebanyak 100% dari kepercayaan bos. Akan tetapi, betapa sedihnya bila bos korang usya korang menaip dengan tersangat lembap dan percayalah juga saham korang pada hari tersebut akan jatuh merudum hingga tinggal 20%. Ini adalah perumpamaan sahaja yer. Mungkin juga tinggal 0% kalau tahap korang menaip dah macam kura-kura ingin belajar menaip. (more…)

Posted on 5 March '09 by , under Tutorial. 102 Comments.