Upgrade WordPress ke Version 2.3

Akhirnya aku selesai upgrade blog ini ke versi 2.3. Hurmm, membaca blog Mohd Ismail yang ketakutan untuk upgrade versi 2.2 wordpress ke versi 2.3 membuatkan aku tersedar rupanya dalam kesibukkan aku, belum sempat lagi untuk berbuat apa-apa untuk blog. Aku download versi baru wordpress 2.3 seperti biasa di sini, kemudian uploadkan (overwrite) kesumua file yang ada dan running upgrade.php. Ianya selesai.

Betul kata Matt, WordPress versi 2.3 ini 800% lebih laju dari versi sebelumnya. Apa yang menjadi masalah di sini, bila aku nak publish sebarang post atau ingin save selepas meng’edit post, database problem menyusul.

Ah, problem bodoh apa pula ni. So Mohd Ismail dan mereka yang mahu ke WordPress 2.3, please take note! Haha.. Aku mula risau dan bertanyakan kepada rakan-rakan bloger yang lain tapi tiada siapa boleh membantu. Aku pun create table wp_post2cat yang kononnya tidak wujud itu, ianya tidak menjadi. Damn!! Aku men’google’kan diri ke Chaos Laboratory, tetapi ianya langsung tidak membantu. Kemudian aku ke WordPress Support yang lagi la langsung tidak membantu. Ah, apa aku nak buat ni? Membaca di WordPress Support, ada user yang sampai restore balik database 2.2 dan bersumpah tidak mahu lagi menggunakan versi 2.3. Aku mula fadeup, perlukah aku juga berbuat demikian.

Akhirnya aku membuat tindakkan sendiri. Aku sedar sebentar tadi aku telah melakukan kesilapan iaitu tidak disable’kan kesemua plugin yang active sebelum memulakan upgrade. Akhirnya aku cari kesemua plugin yang kene mengena dengan “posting” dan akhirnya aku menjumpai, sebuah plugin yang tidak ku sangka-sangka menjadi penyebab aku tension selama 13 minit 23 saat iaitu Google Sitemaps dan selepas itu kelihatan blog aku kembali berjalan lancar menggunakan versi WordPress 2.3 yang baru.

Apa yang baru di WordPress 2.3? Kau lihat sendiri di sini. Ah peduli apa aku semua itu, yang aku tahu, aku sukakan footer WordPress Admin Panel yang baru ini. Ianya lebih hensem dari yang sebelumnya. Tapi ada satu yang aku mahukan tapi masih tiada. Entah bila, iaitu option untuk memilih saiz thumbnail masa nak mengupload gambar.

Posted on 4 October '07 by , under Tutorial. 12 Comments.