Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Salam guys. Tiada mukadimah melainkan straight to the Ampang Point je la ye? hehehe.

Lama tak tulis artikel berkaitan blog. Takpelah sebab dah banyak sangat kot Khai tulis sebelum ni tinggal korang yang belum baca tu nak selak-selak artikel lama atau tidak je kan? Tapi kali ni saja nak bangkitkan isu mengenai lambakkan blog yang tumbuh macam cendawan ni. Lima tahun yang lalu di awal-awal Khai membabitkan diri dalam bidang ni secara serius, dunia blog kat Malaysia ni (terutama blog Bahasa Melayu) tak semeriah sekarang yang memang warna-warni dengan pelbagai ragam. Masa tu blog melayu boleh dikira dengan jari je kot.

Semalam, member Khai yang bernama Hanz (bukan nama sebenar) kasi Khai duit suruh belikan dia hosting dan domain. Well nice, satu permulaan yang betul dan baik untuk bergelumang dalam bidang ini. Khai terus tanya dia nak blogging sebab minat atau nak jadi kaya? Dia jawab kerana minat. Nice dude.

Dulu ada member Khai suka sangat nengok Khai dalam bidang ni dan dia pun nak buat benda yang sama. Beli laptop, then study sikit sebanyak secara personal dengan Khai tapi akhirnya, dia give up dan terus kecundang dan terpesong penggunaan laptop tu ke benda yang sia-sia (game, facebook etc). Kerana niat asal dia nak ada blog sebab nak jadi mudah, kaya dan senang dalam semua perkara. Nak ada duit tanpa perlu bekerja keras (di mata dia walhal tidak sebenarnya).

Percaya tak dalam apa-apa bidang pun, minat yang akan menjadikan korang berjaya? Bakat tolak tepi dulu sebab bagi Khai, bakat ni boleh diasah kalau korang rajin cuma kalau dah memang ada bakat kurniaan Tuhan sejak azali, lagi mudah untuk korang berjaya dari orang lain. Jadi bersyukurlah dan percaya pada instinct. Kalau ada bakat tapi takde minat pun, tak guna juga kan?

Ada orang buat blog, bila tahu kebanyakkan Full Time Blogger hari-hari duit masuk hanya dengan duduk di rumah tidak melihat Matahari. Ada orang buat blog, sebab gilakan populariti. Ada orang buat blog, sebab malas nak pergi kerja dengan harapan blog dapat tanggung hidup dia. Ada orang buat blog sebab saja suka-suka (online diary) dan ada yang buka blog semata-mata kerana terikut-ikut trend semasa.

Orang ada blog, aku pun nak ada blog. Tak gitu? Then, orang buat duit dari blog, korang 10 sen pun tak dapat. Korang cakap “ala aku buat blog suka-suka je bukan sebab nak duit pun”. Tapi nengok bersepah juga iklan Nuffnang kat blog tu (buat hiasan kot iklan tu. Hehe).

Kesilapan ramai blogger yang wujud hari ni adalah menulis blog semata-mata kerana nak kaya. Kerana nak dapat income. Hari ni buat blog kalau boleh esok dah nak ada income dah. Bila esok tetap takde income, terus menggelupur then putus asa. Khai dulu ambil masa beberapa tahun untuk create satu networking yang kini dikenali sebagai Oh! Media (dulunya Scukz) dan dari situ bermula segalanya. Takde pulak niat nak dapat duit banyak dalam masa yang singkat.

Bila target korang ada blog semata-mata nak ada income, reader bukan tak boleh baca niat korang melalui penulisan atau content yang disampaikan. Tulis sesuatu kena lahir dari hati. Kita happy, orang yang baca pun happy sama insyaAllah. Nasihat pada diri sendiri juga.

Terus pada kesimpulan, kalau korang nengok orang lain berjaya tak kiralah dalam apa bidang sekalipun, jangan tanya bagaimana nak jadi berjaya macam dia tapi tanyalah bagaimana dia berjaya bangun dari kegagalan masa lampau. Untuk blog, jika hari ni persepsi korang buat blog semata-mata nak poket tebal, baik ubah persepsi tu sebab ianya nampak mudah tapi sebenarnya tidak sama sekali.

So, korang ada blog kan? Kerana minat atau nak buat duit? Untuk Khai, tentunya kedua-duanya sekali tapi lebih sikit kepada minat kerana minat yang mempengaruhi setiap apa yang Khai cuba lakukan dan jalani hari sehariannya mungkin buat selamanya.

Ditulis pada 6:49 AM 29 July '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 828 views | Dalam kategori: Blog, Istimewa, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

60 Comments »

Comment by Dauspozi
2010-07-29 07:08:05

Aku blogging sebab minat… dan sebab duit…
Duit tu bukan untuk pape pun, untuk bayar bil tenet coz aku je duk kawal pc abah aku ni so aku ler kena tanggung bayar… keh3

Ntah kenapa rasa minat blogging tu muncul sejak aku darjah 6 lagi.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by hazwan
2010-07-29 07:20:29

dulu aku start blogging sbb minat dan baru beli lptop hehe..
blog khai and satu lg blog mmber mrupakan rujukan masa tu sbb susah nak cari blog yg best2..tp aku still mcm dlu, bloging bkn sbb cari duit tp just sbb suka2..sbb tu blog aku still mcm dlu walaupun dah 2 tahun aku jd bloggers.. ๐Ÿ™‚ ..xde perubahan pon.just suka2 ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by ejardkethot
2010-07-29 07:23:00

huuuu…masih tiada blog :((
kalau ada blog…kerana mahu mencuba apa itu blogging :bloody:

..
 
Comment by nabilpotter
2010-07-29 07:24:10

same la..saya blogging sebab minat ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Cik Nass
2010-07-29 07:29:52

GOOD MORNING!!~ mesti tak tid0 lagi ea?

Blogging? Sejak 2 tahun lepas,me buat blog sebab minat. Tak penah terfikir pula blog boleh buat duit. Dan alhamdulillah. Me berblogging dan dapat jodoh.. ๐Ÿ˜€ Hensem pulak tu. :love:

Well. Lain orang lain rezeki kot. Dalam 2 tahun tu, Pak Cik Syah and rakan-rakan lain ajar sikit2..baru tahu, kita leh buat duit dari blog. But still, untuk saja2 je iklan tu. Haha.

Kalau nak buat duit secara serius, me tak pro pun dalam bidang buat duit online. Masa study dulu ada gak belajo e-commerce segala. Sekarang ni pun bayar PTPTN dan Bil Broadband guna maybank2u. Kira advance gaklah kan. Haha.

Me seorang cikgu, insyaAllah perasaan ingin berkongsi yang tinggi itulah yang membuatkan me bersemangat dan sangat berminat dalam dunia blogging. Jika me nampak student me yang berminat dengan IT, contoh lah FB kan? Me akan perkenalkan mereka dengan blog even usia mereka muda. 16, 17 tahun, kira muda lah kan.

Well. Memang itu tanggungjawab me. Suka berkongsi apa yang baik, suka memberi peringatan kepada yang tidak baik. Me lebih suka my students serf internet dan baca pelbagai jenis artikel isu semasa dan ilmu2 baru, daripada dok tercongok tengok berita yang penuh dengan agenda politik. Actually, by knowing what is blogging, they can open their mind widen, and globally. Berfikir secara global nowadays amat penting untuk pelajar.

Dah membebel panjang kot pagi2 neh. Ahaa~ Bagi yang berblogging semata2 nak kaya tu. Kena tuntut ilmu banyak sket baru boleh go forward kot. Kalau setakat update blog 1 tahun sekali, atau isi kandungan blog lebih kepada merapu dan mengutuk sesetengah pihak tanpa fakta, atau tanpa tujuan, sekadar suka2 nak menaikkan trafik agar orang klik2 iklan tu, ingatlah..~ Cepat naik, cepat lah jatuhnya. Kemudian kalau cepat naik dan tinggi sangat plak tu, dikhuatiri cepat jatuhnya kemudian berderai pulak tu.

[kalau komen ni berbaur emosi sila inform me awal2 ea? takut si dia baca kemudian me pula kena berus. Ahaa..~ Budi bahasa kan budaya kita.. :D]

..
 
Comment by aku lah
2010-07-29 07:36:12

hurm ak minat nkblogging ni, tp ntah la ak rase blom lg time kot….
sbb ak xnk nnt hot2 chicken sh*t last2 blogg jd sampah, contains da merapu, xde matlamat, bersawang2, kne tggl berkurun2 etc ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by hazwan
2010-07-29 08:10:44

tapi kn..rmai bloggers baru, baru je buat blog dh buat fanpage..heran aku..rmai yg nak femes cepat..xnk stat dr bawah..mula la tulis artikel syok sdiri..sori kalo aku terkasar sket..

satu soalan, cmne nk buang spam kt chatbox tu ek??bnyk giler dowh, xkn nk delete hari2 T_T

..
 
Comment by Nizam6281
2010-07-29 08:10:58

Aku pon berbllogging kerana minat
Tadenye kerana nak duit , nak kejar trafik yang tinggi, dapat pr yang tinggi, alexa rank yang mantop dan berbagai2 lagi

Kalau kita pikir sangat benda2 macam ni mesti hilang manis blogging tu kan..

Just blogging for sharing and learning ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Khairi
2010-07-29 08:38:13

Minat –> duit; itu proaktif.

Duit –> jadi minat; itu reaktif.

Nuklear adalah bahan reaktif yang berbahaya. hehe.

..
 
Comment by merlot_maroon
2010-07-29 08:55:16

Aku pulak ber’blogging’ mula-mula pakai blogspot buat cam online diary… pastu makin minat nk menaip jer… apa jadi kat sekeliling semua nak tulis… so aku blog sebab minat… duit belakang kira…

..
 
Comment by rosmerah
2010-07-29 11:02:34

eh eh..tetibe je ade pic awek tu dgn miss merlot..sape tah..haha
well~ what i can say..

Khai is superb! hehe

..
 
Comment by oshinz
2010-07-29 11:24:05

blogging sebab minat. minat nak share info dengan orang. tu pun kalo ade info la. hehe. kalo dapat duit tu bonus juga. kalo tak dapat banyak pun takpe. sebab mungkin bukan rezeki dalam dunia blogging kan?

..
 
Comment by h3r0
2010-07-29 12:23:32

niat aku mula2 nak berseronok… bermula dengan blog peribadi..
aku letak semua.. memang puas hati…

then tercipta blog aku nie.. just share something dengan sesiapa yg terjumpa blog aku nie… Sebab aku suka baca blog orang.. banyak ilmu kita tau.. so aku nak blog aku pun cam tue gak…

tentang iklan tue, ikut la.. kalau ada rezeki dapat la duit.. Janji apa yg kita kongsi tue.. berguna.. but kadang2 ada gak yg kurang berguna..

Cam blog khai ini juga.. skrg dah nampak kematangannya berbanding masa mula2 dulu..

..
 
Comment by Sy8
2010-07-29 12:23:45

Salam khai, dulu aku minat blogging tapi skrang tak dah sebba org sekeliling…lgsung x beri smngat kat aku tp nk mjtuhkan smgat aku adela……diorg ckp blogging ni xleh gi mna2 pun..then leave comment kat blog aku ckp yg aku bajet la ape la…….hmmmmm…..

..
 
Comment by Fiz
2010-07-29 12:40:34

saje suka-suka..income nuff sebagai motivasi tuk terus mengupdate blog.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Ay
2010-07-29 13:16:57

awal kenal blog, just for fun, and till now. ade mood nk update, ade la, takde mood, kosong la entry blog. NN, letak saje je sukeยฒ. ade rezeki, ade. tak pernah kesah visitors ramai or tak, sbb tak penting, sbb blog untuk sukeยฒ bukan something yg serious kan?

plus minus dah nk 7 thn naik timbul naik timbul dgn blog ni. but still, tak mahirยฒ lagi. hahah. IT sangat cepat berubah. kena selalu update dengan latest update. kalau tak, tertinggal bak kereta api. haha. dats y, blog for fun. chill ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by fiD
2010-07-29 13:52:40

salam khai, aku buat blog sebab benda lain, hehe… Specail sikit ๐Ÿ™‚
nak tulis panjang sangat la… tapi dalam dalam entry aku ada…

..
 
Comment by sha myheart
2010-07-29 14:27:42

salam khai n pmbaca sekalian..

sy bt blog sb ikut perkmbgn smasa n sj suka2.. nk kngsi serba sedikit pglmn… learning n sharing…
duit? xkisah pn… sb bt online diary jer..

..
 
Comment by Xora
2010-07-29 14:33:20

Saya blogging pasal minat. Nuffnang tu pun saya letak pasal mula2 ingatkan Nuffnang ni autar aje. Tapi rupanya berjalan juga. Masa mula-mula, rajin juga tengok income Nuffnang, tapi lama-lama, jarang dah buka Nuffnang pasal lepas fokus nak tulis post kat blog. jadi Nuffnang ni dah jatuh tempat ke berapa ntah. Tapi yg pertama adalah minat. Suka kongsi pendapat dan suka kalau dapat tolong orang, walau kita tak kenal pun orang tu. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Xora
2010-07-29 14:35:04

Oh tambahan. Blogging ni menajamkan skill menaip. Ini memang betul. dan skill tu bermanfaat masa nak buat kerja opis yang perlukan taipan pantas ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nik
2010-07-29 14:59:52

blog sebab minat ๐Ÿ™‚ insyaAllah akan serius bila masuk degree nnt ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Shibli
2010-07-29 15:18:24

Kalo blogging sebab nak duit jer, konpem2 la blog tak laku..hehe.. Aku blogging sebab minat..dan aku sorang yg sngat pemalu nak bergaul dgn org.. Dan aku jugak anak tunggal.. So kehidupan aku 24jam bertemankan komputer dan internet je..setelah lebih 2 tahun aku blogging.. Skrg ni baru nampak hasilnya..hehe.. Thank you khai ko lah idola aku masa mula2 aku blogging dulu… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Khai
2010-07-29 15:18:45

guys.. so gud.. hehe.. pendek kata kita buat blog kerana minat dulu.. Kemudian yg lainnya akan datang sendiri bergantung pada rezeki masing2.. lama2 blogging boleh jadi satu profession yang menguntungkan dan memajukan diri..

betul kata cik nass kat komen atas tu.. Hehehe.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by menteil
2010-07-29 15:39:35

erm.. malas nak komen.. tapi nak komen jugak.. haha..

senang citer, aku rindu zaman blog aku dulu.. tapi masa tetap masa.. hanya tuhan yang mampu hentikannya..

secara jujur, aku buat blog bukan sebab minat tapi lebih kepada suka2.. minat datang selepas suka2 itu dipupuk dengan sifat ingin tahu.. jadi sekarang blogging dah bertukar menjadi minat.. dalam masa yang sama masih suka2.. (macam mana tu? huhu)

3 tahun aku berblog soal dapat duit aku letak ke belakang (kalau tak takkan aku 1st berblog terus pkai self host)
sekarang baru aku betul2 berminat untuk menjari duit dengan blog.. tapi bukan dengan pengiklanan..

boleh dengan pengiklanan.. tapi blog aku tak layak.. blog suka2.. takde special thing pun dalam tu.. trafik pun tak banyak.. kerepek mak cik senah pun tak berminat nak beriklan di blog aku.. =)

kesimpulannya..
sape nak buat blog untuk kaya tu, teruskan usaha.. haha…
orang yang mahu kaya cepat itu adalah orang ——– ?

salam..
menteil.. <– pesal aku taruk nie pun aku tak tau..

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-07-29 16:53:27

mestilah kerana minat wlopun bakat menulis x tera mana pun

..
 
Comment by Eldy
2010-07-29 17:17:44

Blogging kerna minat ; blogging kerna mahukan duit beli keropok, x berani idamkan word kaya drpd blog :[

..
 
Comment by Piratz
2010-07-29 18:09:47

aku tulis blog sebab scukz dah tak meriah.. really…
then aku ceburi bidang blogging dan tinggalkan dunia forum…
bila scukz nak bukak? :choler:

..
 
Comment by syahirul
2010-07-29 19:23:08

apesal aku tak taw ko da post entri ni… jahat tak gtaw aku.. hahahhaa… aku ada soklan utk ko khai,

“bagaimana ko berjaya bangun dari kegagalan masa lampau?”

sila jawab eh, buat entri baru ok.. aku dah bagi idea tu.. gyahahahahhaha…

aku berblog sebab aku suka berkongsi apa sahaja dgn orang ramai.. selain tu sbb nak asah bakat dalam bidang blogging plak.. waktu dah bz kerja nanti, harap aku masih aktif.. jgn biarkan blog berbuah 3 kali.. gyahahhahahaha… :bloody:

..
 
Comment by aziq
2010-07-29 20:19:25

aku blogging just nak asah minat aku dalam web design. Aku slalu blog tentang kerja aku.

..
 
Comment by ALAM
2010-07-29 20:36:08

bergantung kepada individu masing2 bagi aku lebih kepada kepuasan

..
 
Comment by Haruki91
2010-07-29 21:34:59

Salam..Nak tanya sikit..kalau minat berblog tp tak de idea…apa yg harus buat??

..
 
Comment by kisahsensasi
2010-07-29 23:00:44

MINAT + PERCAYA PADA DIRI……. akan bantu teruskan semangat untuk blogging….

..
 
Comment by Anarm
2010-07-29 23:43:39

mula berblog sebab minat dengan ilmu laman web.. motif utama buat blog memang nk belajar pasal web.. tak sia2 aku beli domain n hosting.. hari ni rasa mcm dah byk btol ilmu yg aku dpt sejak bergolek2 dlm dunia blogging ni.. tp ade lg yg aku nk belajar..

bab duit blog, aku pasang nuff sbb tengok ramai pasang kt blog.. terikut.. hehe.. mula2 tu fikir gak pebende laa penuh kt sidebar, kt header masing2.. rupanye bleh buat duit.. sbb tu try pasang jugak.. dah dpt hasil pon.. alhamdulillah..

impian aku utk masa depan, aku nk cuba cari rezeki dlm bidang blog2, web2 ni.. buat masa skrg just nk tambah lg minat dan ilmu kasi lagi mantap.. :love:

..
 
Comment by aizuddin
2010-07-30 00:04:04

aku buat blog sebab minat..nak share something yang buatkan orang igt akan blog kita..tak de lah sia-sia je..datang pastu terus tutup..duit tu akan datang sebagai sampingan..kalau ada rezeki..insyaAllah.. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Domz
2010-07-30 00:35:57

aku berblog kerna nak tau apa itu blog..org buat tu aku buat tu.org pasang iklan aku pasang iklan org buh gambar aku buh gambo. senang citer aku berblog sebab nak tau apa rasa ada blog hehe 8)

..
 
Comment by sufian
2010-07-30 01:57:32

dulu berblogging sebab nak buat nota..tapi sekarang dah macam2..

..
 
Comment by mello
2010-07-30 03:49:06

of course aku ber’blogging sbb minat.. iklan letak jgk sbgai sampingan utk tidak membazirkan bil internet begitu saja..

apa yg aku tau, aku suka share sesuatu dgn readers.. tp kadangkala bengang gak ngan sesetengah orang yg pandang rendah bila kita be’blogging.. maybe bg mereka lebih cool jika dpt secupak koleksi aweks yg dikumpul di dalam facebook.

..
 
Comment by fadli_amd
2010-07-30 15:28:02

Klu kita buat sesuatu yang kita minat pasti tak sia-sia…tak kira lah dlm apa jua kerja…sy lain sikit..minat baca blog org..cuba juga nak buat blog tp tehenti coz busy ngan keje but suatu ari nnt nak start b’blog balik… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Riza
2010-07-30 16:56:38

Minat sesangat…

Asalnya saya blogging ni sebab nak promo bisnes, wedding & events. Tapi lama2 tu, seronok pulak biler setiap kali online, update2 blog. Mula2 type kononyer nak keep it short and simple, tapi biler dah type, ketagih yang amat!
Jadik seronok pulak blogging nie.
Dapat luaskan perasaan tentang menda2 yang saya minat, at the same time cuba luaskan bisnes sebaik mungkin.
So pendek kata blog sya tak lagi terhad pada bisnes sahaja, tetapi terdorong untuk memberi pandangan terhadap apa yang saya minat( games,events,weddings) juga, bukan pada mempromokan bisnes sahaja

Tenogk, baru cakap..membebel lagi. ๐Ÿ˜‰ :[

..
 
Comment by Riza
2010-07-30 17:08:36

Memang betul cakap fadli_amd, kalau kita buat something yang kita minat, walaupun tak mendatangkan hasil sangat pun, tapi ada kepuasan diri.

..
 
Comment by Yus
2010-07-30 23:24:36

Aku berblogging kerana minat 50 peratus, lagi 50 peratus kerana duit.. Blogger lain pun berblogging kerana duit, tapi ramai yang segan-segan nak mengaku.

..
 
Comment by x-po
2010-07-31 02:58:01

wah, hampir semuanya mengaku berblogging kerana minat..myb ada yg blogging sbb duit, tapi malu nak mengaku sbb tkt kne hentam..hehehe

..
 
Comment by syafiqa-belle
2010-07-31 07:19:10

salam. Hye. Oh menulis blog memang perlukan minat yang sangat tinggi dan lahir daripada hati. Tapi walau apepun minat perlu seiring dengan bakat juga. Tak dinafikan, tanpa minat, bakat yang besar pun tak guna juga. Tapi bukankah tanpa bakat, minat yang mendalam juga tiada gunanya. Ikut masing-masing la. Thanks for this entri. Seronok membaca sampai habis.

Nak start berblog ni mudah, tapi nak terus-terusan berblog tu payah kot~ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Dora Tora
2010-07-31 10:21:54

Blogging utk suka2 saja mulanya..utk tulis apa aku buat hari tu.konon2 peringatan kpd diri sendiri la.Ada blog ni fun,boleh customize ikut suka and boleh share cerita dgn org.

Memang minat memainkan peranan penting.When u have passion,akan ada matlamat and akan berusaha utk capai tahap2 tertentu.Oleh itu,buat benda maybe tak akan buat secara cincai.Untuk kepuasan sendiri juga.

..
 
Comment by cuz
2010-07-31 10:54:26

salam..pasal blogยฒ ni ntah la..aku pun tgh mencari apa yang aku nak sebenarnya dgn blog..dlu mukaยฒ mmg sukaยฒ je..tp skang aku pun xtau..hahaha
kene jumpa pakar psikologi aku ni..

..
 
Comment by wan
2010-07-31 15:01:22

aku ber-blog secara suka-suka ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Jihan
2010-08-01 15:42:29

Berblog sebab x de benda lain nak buat. Tapi ok jugak korang yang berblog dapat duit melaluinya. Lagipun berblog dpt test skil dlm Touch Typing tanpa sebarang error, ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by botaq
2010-08-01 22:53:40

dulu aku berblog sebab nak promote band aku… pastu terus blog suka2. then baru tau blog boleh buat duit. skng buat blog pasal duit… ekekekekekekekeke…

..
 
Comment by Eriyza
2010-08-02 13:48:30

Menulis bukan kerna wang tapi
menulis kerna minat yang mendalam. ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by titan
2010-08-02 14:50:15

hoho..diorang takde passion. Minat berterabur. Fokus pun tak ada. No wonder 1 sen pun tak dapat..

..
 
Comment by hanif
2010-08-04 16:13:49

Aku berblog sebenarnya untuk keseronokan dan mengikut peredaran zaman,sambil mengisi masa yg terluang,dripada buat benda x berfaedah baik buat aktiviti blogging.Banyak ilmu yang aku dapat..

Minat mestilah ada,sebab aku tak suka buat benda yang aku x minat,walaupun byak entri aku syok sendiri haha..Yg penting aku bayar untuk itu… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by aliffcullen
2010-08-05 21:12:44

mula-mula aku blog dulu sekitar tahun 2006 untuk duit. haha. :oups: :oups: :oups:

..
 
Comment by Anip
2010-08-08 18:39:14

aku berblog kerana minat..
just share ngn sume org…bia sume org tahu..
btol x?..pasal det tu x brpe penting,yg penting kepuasan..
๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ™‚ :8

..
 
Comment by faizal
2010-08-08 19:34:07

salam..aku blogging pasal suka sharing pape yang aku suka dan aku tau.tapi tak de bakat penulisan.Teknik-teknik blogging pun sangat basic,huhu! =(

..
 
Comment by mohdzuwairi
2010-08-09 17:12:43

blog sbg medium utk kiter bkgsi pndpt n 8 da same time bleh jd kilang buat duit gak hehehe… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ishak
2010-08-14 20:07:54

mula-mula aku berblog untuk..nak try…pastu pindah hosting sendiri..tapi sekarang makin minat pulak..ini semua pengaruh engko lah..wakakakakaka ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mrnamie
2010-08-16 03:58:29

terus terang dulu blog sebab nak cari duit KONONNYA.. skarang dah timbul minat.. duit tolak tepi lak..

dush..
macam sengal gak sekarang bila fikir aku dulu blog sebab duit.. malu aku.. haha

..
 
Comment by episodbaru
2010-08-18 21:08:58

hai khai

tahniah sebab blog awak sangat menarik

pendapat sayalah, daripada blog kita sbnrnya dapat releasekan stress kita sbb bila kita buat something yang kita suke, mesti seronok…cuma tanganlah penat nak godek2 pc or laptop..
tapi zaman sekarang, blogging telah menjadi salah satu punca rezeki kita semua ๐Ÿ˜€

harap awak bagilah tips bagaimana menjadi blogger berjaya seperti awak ya, terima kasih ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nisa fadzil
2011-01-05 00:37:44

dulu-dulu follow scukz sekarang dah jadi oh media.
hurm kalau blogging sebab duit semata-mata boleh tension jugak..
better seronok sambil buat duit ahaks ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by PendekarPutra
2012-01-07 15:29:57

ikhlas kan diri dalam berblogging…yg duit tu akan dtg menyusul ๐Ÿ™„ kelak…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post