ScreenR – Perakam Skrin Komputer Online

Disebabkan tangan ni gatal-gatal nak menaip untuk Justkhai, here we go. Semalam, Khai borak-borak dengan besday boy sorang ni masa kitorang “breakfast” pukul 4 petang (LOL) kat Bangsar. Entah camana cerita itu dan ini, akhirnya boleh masuk part main rakam-rakam skrin pulak kan? Then dia cakap ada jumpa website yang boleh rekod online skrin komputer sendiri. So tak payah nak guna apa-apa software lagi dah sebab memang selama ni agak menyusahkan lah. Ada software tu yang sampai kena bayar semua semata-mata nak merakam video kat komputer korang. Tak berbaloi melainkan tiada pilihan lain.

So, rupanya dah wujud web macam ScreenR ni ye? Tak kisahlah dah lama or baru atau korang dah lama tahu (who cares?), yang penting benda ni Khai baru tahu dan nampaknya ianya memudahkan kita kalau kita mampu berimiginasi apa hasil yang mampu dibuat dengan kemudahan yang diorang dah sediakan. Mengenai ScreenR, bila Khai dah cuba sendiri memang boleh dikatakan tak pernah lagi guna mana-mana software merakam skrin yang semudah ini. Memang salute tahap tertinggi untuk creator dia.

Teruskan bacaan untuk contoh video yang dah Khai buat.. Hehe..

Contoh Video

Mungkin korang boleh buat video mengenai tutorial. Kat bawah ni Khai tak buat tutorial tau, tapi just nak bagi idea apa yang boleh korang buat dengan ScreenR ni. Tapi nak anggap tutorial pun boleh la jugak kot sebab video kat bawah ni skill senang gila (guna curve) untuk cantikkan warna gambar dalam Photoshop. Masa Khai manage web Limkokwing University dulu pun, ni la teknik yang digunakan dan sampai sekarang Khai apply dalam segala jenis perkara dan web yang Khai hasilkan.

Mungkin juga selain tutorial, korang boleh tunjukkan dekat member korang ‘interaction’ korang dengan mana-mana website. Mungkin setting privacy yang korang gunakan di Facebook atau sebagainya. Oh ya, video kat bawah ni ada sound ye. So watch ur volume. Hehe..

Kat bawah ni pulak kalau korang nak kasi surat cinta digital kat awek ke kan? Boleh je buat takde salahnya pun. Zaman dah maju lagi canggih, abaikan je la nilai estetika surat cinta wangi whatsoever tu kan? Mana yang mudah tu, itu la yang kita buat. Romantik tetap romantik ye tak? Dalam hati ada Disneyland, tetap Disneyland jugak. Hahaha. Ok, try view video bawah ni dalam HD baru menarek!

So, style tak? Bila korang nengok Khai menaip dalam Notepad tu, takkan korang tak terfikir nak menulis blog dengan cara macam tu kot? Hehehe. Maknanya, dah sampai masanya korang lupakan sedikit mengenai SEO atau apa sahaja yang korang ambil-berat sebelum ini. Sampai masa untuk ber’interaksi dengan cara baru yang penuh bergaya. Seyes Khai akan buat. Tunggu minggu depan. Hehehe.

Oh ya, actually ScreenR ni wujud untuk korang share rakaman skrin komputer korang dengan followers kat Twitter. Tapi sambil menyelam tu, pandai-pandai la minum air sekali kan? Dan video dia korang boleh embed dari web ScreenR, upload ke Youtube atau download ke komputer dalam format mp4. Masa rekod pulak, 5 minit je so takyah over sangat sampai nak rekod movie kat desktop ke ape. Takde kerja betul. Hehehe.

URL: http://screenr.com

Ok cubalah ye. Then nak tahu feedback korang (sila tinggalkan di petak komen). Teeheee!!

Ditulis pada 6:18 AM 23 July '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 808 views | Dalam kategori: Review, Tutorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

43 Comments »

Comment by Luth Textile
2010-07-23 06:39:24

best! aku tau pon aritu dari syah jugak

..
 
Comment by Aqif
2010-07-23 06:57:11

Sebelum ini pakai Camtasia Studio Version 6. Nampaknya dah keluar ScreenR pula sekarang ni. Boleh cuba.

Thanks a lot for this valuable news. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by merlot_maroon
2010-07-23 06:58:44

dasyaaatttt…. kau memang sentiasa yang terbaekkk la Khai..

..
 
Comment by Nur Najaa^^
2010-07-23 07:05:26

boleh gak ni. cantik !
baru tau je ni. maceh2. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mohdisa
2010-07-23 07:21:15

menarik gak ni, style gitu. hehe

..
 
Comment by syahiran
2010-07-23 08:34:38

kakaka… menarik loh application ni.. haha..
lain dari yg lain. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by aizuddin
2010-07-23 08:34:59

babap tuut..delete ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by jambatan
2010-07-23 08:38:29

CamStudio pon ade gak..free..

..
 
Comment by Edzahid si Tukangambar
2010-07-23 08:59:33

menarik! boleh cube ni. great sharing!

*sharing is caring ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by suhz
2010-07-23 09:25:45

sng la lps ni nak rekod ape2.. tenkayu.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Lynn
2010-07-23 09:41:15

Oh,ade eh program camni.nk try la.thxxx ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by safwan
2010-07-23 09:50:27

wah best2x…thanks khai 4 sharing ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Affandy
2010-07-23 10:07:52

khai! die xde watermark kan?

..
 
Comment by Shahrul
2010-07-23 10:09:28

Wah best. Senang by to, hehe

..
 
Comment by Affan
2010-07-23 10:09:28

Salam khai.
thanks bro. aku ada gak pikir2 dulu cmne lah nk wt video dr skrin komputer kan.
skg dah tau. hehe.

blh lah guna kalau nk buat tutor suma kan. 8)

..
 
Comment by fiD
2010-07-23 10:17:27

dah lama cari benda2 ni, tq khai.

..
 
Comment by aizad
2010-07-23 10:50:08

BEST KHAI…5 STAR..

..
 
Comment by syahirul
2010-07-23 11:26:19

balik2 umah aje terus try eh ko.. gyhahahahahha…

bagi aku oke la web ni memudahkan.. video dia pon lawa ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Khai
2010-07-23 12:43:47

@affandy – takde watermark pon kat atas dia. Tu yang nice tu. Ada watermark mmg x sudi la nak guna. Hehehe..

@syah – lepas wish besday boy nye besday, terus teringat apa yg dibincangkan time petang.. hehehe..

..
 
Comment by ejardkethot
2010-07-23 13:33:49

hehehe…ni nk rekemen kt org otai2 ni…mtk diorg wat tutorial..x dak alsan lg nk cakap x de software rekod desktop!~ wwoot woot…thx 4 sharing !!~ ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by MQ
2010-07-23 13:58:37

trimas khai..mmg byk ilmu yg akak dpt dr khai nih…. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by menteil
2010-07-23 14:06:05

semat jugak.. tapi tak tau pulak nak buat apa.. huhu..

..
 
Comment by arifz
2010-07-23 14:17:10

bravo ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by h3r0
2010-07-23 16:27:41

cam nie laa.. that why i love justkhai..
bkn2 sebab picisan…

..
 
Comment by Rjuna
2010-07-23 16:59:28

Haha senang la buat tutorial pasni, kita pakai video jer, kalau tak paham jugak tak tau le teman

Bila nak buat Vlog (Video blog) pulak khai? ngeh ngeh ๐Ÿ™‚

..
 
2010-07-23 18:24:42

wah mcm best jek…

kemas jek koz tgk…nak try ar^^….

..
 
Comment by syafieq
2010-07-23 20:52:35

waahhh…terbaek……….!!!!hahah….suke2….

teng kayu jugk…haha!

boleh rkam2 gnti e-card pulak..hehhe….

..
 
Comment by Eriyza
2010-07-24 09:12:05

Akan dicoba.
Thanks Khai. ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by cermin mata
2010-07-24 14:09:08

thanks khai terbaik ๐Ÿ˜

..
 
Comment by kisahsensasi
2010-07-24 21:46:37

Memang cool giler dowh…. software nie….. siap kasi idea pulak untuk pelbagaikan kegunaan die….. yeah…. I GOT IDEA…..;-p

..
 
Comment by ashraf
2010-07-25 00:56:34

Memang menarik, dah cuba…thanks ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by A-Y-I-E
2010-07-25 13:49:38

Salam bro… Y member ko dari lim kok wing kim salam.. Dia duk putrajaya presint 5… huhuhuh

..
 
Comment by epykobe
2010-07-27 00:01:59

wahh best..
rase cam nak babap bontot je!! :[

..
 
Comment by sha myheart
2010-07-27 00:44:27

tq 4 sharing… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Nine
2010-07-28 08:48:51

Mantap, nice sharing.. tq Khai. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Mommy Lyna
2010-07-28 19:15:19

Harus cuba nihhhh

before ni saya pun pakai Camtasia, whichbis now dh xleh install kat netbook sbb berat…. Bole la cuba screenR ni plak. Thanks bro for sharing!

..
 
Comment by ALAM
2010-07-29 21:25:36

nice artikel khai =)

..
 
2010-07-30 13:25:16

dh byk kali baca, still blur.

jap nak baca sekali lagi

..
 
Comment by Noridah
2010-08-02 14:20:52

nak kena cuba jugak nih…thank for sharing info

..
 
Comment by emme
2010-08-08 02:05:24

Thanks khai. terbaik wok. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Anip
2010-08-08 18:40:29

wah..best gak nie boleh main rakam2..hehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Man
2010-10-07 15:27:53

Wonderful…. ๐Ÿ˜‰

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post