Tutup Semua Akaun Media Sosial?

Blogging kali ke-2 kat sini dalam tahun 2023. Haha aduhai niatnya nak selalu update personal thought ke apa tapi benda dah tak jadi kebiasaan, memang akan lupa. So Khai nak tulis pendek je kali ni.

Tahun 2023 pada awalnya Khai ingat nak berhenti terus dari media sosial tapi hakikatnya masih tak akan boleh sebab terikat dengan kerja yang masih lagi bergantung kepada media sosial. Tapi sekarang hanya aktif kat Instagram @ohkhai dan juga Twitter @ohtweet sahaja.

Untuk Twitter tu pun sebab Khai nak dapatkan atleast 100k followers dalam masa terdekat ni. Sampai 100k followers, Khai akan logout terus akaun tu dan serahkan sepenuhnya pada staff untuk teruskan sama apa yang mereka sedang buat di Facebook Oh! Media sekarang ni.

Bergelumang setiap hari dengan media sosial ni sejak tahun 2008, memang tak larat lagi. Dah tak nak ambil tahu langsung pasal kehidupan orang lain, dah taknak orang tahu langsung pasal kita. Memang impian sangatlah nak tutup semua akaun kat media sosial ni kecuali blog ini sahaja tempat nukilan diari peribadi.

Kembalikan kegemilangan zaman blogging ni nescaya tak jumpa sebarang faktor negatif dan toxic dalam dunia blog ye tak? Macam dulu-dulu. InsyaAllah.

Posted on 27 June '23 by , under Blog, Daily Craps. 1 Comment.

Terima Kasih Semua :'(

* INI ADALAH PIN POST. ARTIKEL TERBARU SILA LIHAT DI BAWAH YA! *

Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun Justkhai hilang dari radar. Hilang dari segala kenangan. Hilang bagi memberikan fokus kepada sesuatu yang diluar normal. Hilang dari segala jenis haters yang memuncak. Hilang dari dikenali. Sepanjang proses mendiamkan diri, macam-macam perkara yang dah jadi juga macam-macam perkara yang Khai dah belajar. Tapi hal paling best bila menghilang, kau nampak yang orang yang membenci kau akan kurang (mereka slow down cari mangsa lain). Lepas tu kau nampak siapa kawan siapa lawan. Kadang-kadang orang yang kau baik dengan dia pernah tolong macam-macam tapi last-last boleh jadi musuh kau. Atau yang kau taknak anggap dia tu siapa-siapa, rupanya itulah kawan dan teman yang terbaik untuk kau.

View dari office baru Oh Media Sdn Bhd. Banyak siokk Hehe.

Tahun ini (2018), usia Khai akan masuk ke series yang baru iaitu 3 series. Hehe. Lama blog ni ya sebab ingat lagi masa birthday umur 20 tahun pun pernah Khai tulis kat Justkhai ni. Memang dah lebih 10 tahun pun blog ni. Tapi apa nak buat sebab peredaran zaman. Dunia blog tidak lagi seindah dan semanis dulu. (more…)

Posted on 7 July '22 by , under Istimewa. 21 Comments.

Jangan Sampai Blog Hilang

Boleh kata setiap hari akan dapat email tentang link-link URL di blog Justkhai ni yang dah pun broken. Paling banyak adalah link ke url blog kawan-kawan blogger suatu ketika dulu. Banyak darinya yang masih cukup segar dari ingatan. Bila tengok rasa sedih sebab ramai yang kita kenal dulu. Kenapalah kau tak jaga domain dan blog tu untuk terus kekal. Tak sayang ke semua kenangan dan penulisan sendiri yang boleh dikenang sampai bila-bila. Sebab bukannya susah mana pun. Tapi nak buat macamana kan untuk kekalkan atau biarkan berkubur, itu pilihan masing-masing. Iyalah zaman blogging dah lama hilang terutamanya untuk blog peribadi.

Ada sebabnya terkadang Khai paksakan diri menulis di blog ni walaupun pernah maklumkan dulu yang mungkin dah tak akan update lagi. Samaada ada yang baca atau tidak, itu langsung tak penting. Menulis blog ni, sebenarnya kalau nak best kau kena menulis macam bercakap dengan diri sendiri. Bercerita dengan diri sendiri jer. Hehe.

Walaupun sekarang ni zaman social media, tapi itulah mungkin dah banyak perkara yang kita kongsikan dari hari ke hari, tapi semua tu sangat sukar nak diingat atau dicari kembali. Hanya blog sahaja akan buat kita rasa seperti menulis dan berkongsi apa sahaja ”di rumah sendiri”.

(more…)

Posted on 18 June '22 by , under Blog. 3 Comments.