Archive for 'Advertorial'

Petronas Malaysia Grand Prix Showcase 2011

Rasa sekejap je setahun dah berlalu. Rasanya baru je lagi Khai terlepas nak pergi Sepang tahun lepas untuk cium asap dan bau tayar kereta Formula 1. Tiba-tiba dah sekali lagi turn Malaysia untuk ditonton dunia pada tahun ini. Tak banyak sukan di Malaysia yang dipertontonkan kepada dunia dan menerima publisiti mahalan (bukan murahan). Antara yang Khai terfikir setakat ni, apa lagu kalau bukan Formula 1 betul tak?

InsyaAllah kalau boleh tahun ni Khai taknak terlepas lagi. Nak kata minat sangat dengan kereta lumba F1 ni, tak juga. Tapi sebenarnya suka bila dapat bersua muka dengan mereka-mereka yang hebat dan dikenali dunia kerana bakat mereka. Itu sahaja. Walaupun apa yang mereka lakukan jauh berbeza dengan apa yang sedang kita lakukan, tapi apa salahnya kita manipulate kejayaan mereka dengan apa yang kita sedang ceburi pada ketika ini kan? Mesti inspired punyalah! (more…)

Posted on 4 April '11 by , under Advertorial. 16 Comments.

Antara Aku, Streamyx dan blog Anjung Streamyx

Salam guys,

Di dalam kesibukan sedia ada, update blog terawal Khai wujudkan ni tetap cuba dijadikan keutamaan. InsyaAllah. Kalau boleh hari-hari nak update tapi apakan daya kan? Hehe. Jadual harian, dah pun Khai update dengan jayanya. So yang tinggal sekarang cuma perlu kuatkan lagi disiplin dalam diri dan juga istiqamah yang berterusan betul tak?


Entri kali ni insyaAllah ringkas sahaja tapi tentunya padat pengisiannya. Bila sebut pasal Streamyx, semua orang pun tahu Streamyx tu apa. Paling common, bila sebut Streamyx, orang terus akan teringat dengan Internet. Sebenarnya, Streamyx adalah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar bertalian tetap yang paling stabil di Malaysia yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Berhad) melalui anak syarikatnya TM Net.

Khai mula menggunakan Streamyx dulu masa form 4 berubah selesa dari dial-up sahaja sebelum tu. Masa tu zaman blog tak popular lagi di Malaysia. Masa tu zaman forum, online game dan chatting memang yang paling digemari. Masa tu first time online guna Streamyx, tuhan sajalah yang tahu betapa rasa macam dunia ni ana yang punya. Maklumlah before guna dial-up. 54kbps je beb. Lepas tu bila dapat 512kbps, fuh laju nye! Ini kisah zaman 2004 dulu la ya? Kalau zaman time korang baca entri ni, 512kbps dirasakan slow macam siput sedut ok sebab dah banyak ISP lain yang lebih laju. Masa tu mana ada internet selaju 4mb lagi (kelajuan 4mb hanya wujud di Malaysia pada tahun 2007).


24 Mac 2010 lepas, maka lahirlah adik kepada Streamyx ni tetapi dengan kelajuan dan kehebatan yang berkali ganda. Siapa lagi kalau bukan UniFi. Streamyx masih lagi diperlukan oleh mereka-mereka yang berada di kampung atau pendalaman dan UniFi, telah pun ada di kebanyakkan area-area perniagaan dan tak lupa, di area-area orang kaya. Mereka kaya dan mereka selalu saja diutamakan. Jeles ok! Tapi walau Khai tak kaya, tapi dah tinggal dekat-dekat dengan area rumah orang kaya ni, so semua kelebihan yang mereka dapat, dapat jugalah Khai menumpang sekaki. Hehe. (more…)

Posted on 28 February '11 by , under Advertorial. 41 Comments.

Kad Kredit terbaru Maybankard 2

Ini mungkin kali pertama korang terbaca pasal kad terbaru yang dikeluarkan pihak Maybank iaitu kad Maybankard 2 yang membawa maksud dua kad (dual card) penting. Tahun 2011 ni, masuk tahun ke-4 Khai menggunakan Maybank sebagai pengatur rasmi kewangan Khai dan keluarga.

Dan kad terbaru dari Maybank ini, disasarkan khas kepada semua rakyat Malaysia yang menggunakan kredit kad di dalam urusan harian mereka. Berikut adalah rupa dua kad terbaru mereka ini.

Sememangnya dengan design yang amat cantik dan menarik. Maybankard AmEx (on left) dan juga Maybankard Mastercard. Khai akan berikan gambar yang Khai snap sendiri dalam entri Maybankard 2 yang akan datang.

Dengan Maybankard 2 ini, lebih banyak faedah yang akan kita dapat. Sebagai contoh, setiap RM1 dari penggunaan Maybankard Amex, kita akan diberi reward sebanyak 5 points. Kalau masih tak berpuas hati dengan reward yang ada, kita tetap boleh dapatkan pulangan 5% dari rekod transaksi setiap minggu! (more…)

Posted on 26 January '11 by , under Advertorial. 85 Comments.