Isu Scukz, CGYhost juga Politik
Entri ini khas untuk semua warga Scukz atau mereka yang mengenali apa itu Scukz.

Khai hentikan sementara entri best-best untuk semua pembaca blog ni bagi memberi laluan kepada entri khas mengenai isu Scukz dan CGYhost yang tiada kesudahan. Buat pembaca baru, Scukz lah yang memperkenalkan Khai dalam dunia maya ni. Scukz adalah sebuah komuniti remaja di Malaysia dan mempunyai pengikut-pengikut setianya yang tersendiri dan Scukz pula telah disponsor oleh CGYhost sejak dari awal penubuhannya. Nak tahu lebih lanjut, Google adalah tempat yang paling sesuai.
Sebelum itu, korang semua dijemput membaca komen dari orang-orang besar CGYhost semalam di dalam entri Crazy of Luck + Hoster Problem. Baca segala reply dari Encik Yazrie selaku CEO CGYhost. Kalau dah baca, baru korang boleh teruskan baca entri ni.
Ok, first of all, tanpa berdolak-dalih, Khai ingin memohon maaf dari pihak CGYhost tentang beberapa entri lepas yang dilihat telah menghentam CGYhost secara sinis sekali. Malam tadi, Yazrie sendiri hubungi Khai dan kami berbual agak lama jugak la. Yazrie bercerita tentang apa yang dah jadi dan apakah arah tujuan CGYhost selepas ini. Itu membuatkan ura-ura CGYhost sudah bankrupt seperti yang Khai dapat dari bekas staff-staff mereka terus lenyap dari fikiran Khai. Kenapalah baru sekarang kau call aku Yazrie. Kalau dari dulu kan ni semua tak jadi. Sebagai special customer seperti Scukz, berilah tahu Khai dulu sebab Scukz membantu mempromosikan CGYhost. Bila jadi perkara macam ni, orang salahkan kita.Tapi tak boleh salahkan Yazrie sebab dia cakap, dia sakit. Apapun Khai doakan, semoga cepat sembuh.
Ok, kalau dilihat, entri yang Khai tulis tu bertarikh selepas hampir sebulan Scukz down. Sebelum itu, Khai hanya bersabar dan mendiamkan diri dan menunggu sebarang email pemberitahuan sebab dari pihak CGYhost. Yela, web dekat sebulan tak boleh masuk. User plak ramai yang complain sampai takde mood nak reply sorang-sorang kat YM tu. Lama-lama meletup jugak. Sampai terwujudnya Justkhai.Com ni. Buat pengetahuan semua, blog ini disponsor oleh si gadis manis, Syia dan dihostkan di Exabytes. 100% tidak termasuk dalam network Scukz dan sponsorship dari CGYhost lagi.
Encik Hafiz (GM CGYhost) kata, (more…)
















