PRU 13 di mata aku

20130509-120138.jpg

PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. Pihak B yang tewas pula bangkitkan isu penipuan SPR dan macam-macam hal lagi dan terus-menerus membangkitkan rasa kemarahan dalam diri rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Malam pengumuman, jelas dapat kita lihat di kaca TV kawalan mereka, yang menang banyak pada BN dan DAP sahaja dari chart yang dipertontonkan dan diumumkan. Apa lagi tujuannya kalau bukan nak rakyat Malaysia kata “Haaa kan orang cina yang banyak menang. Sokong lagi si parti B tu!!“. Pada aku ianya telah dirancang menyebabkan kemenangan dari PAS dan KEADILAN disimpan dahulu dari diumumkan awal dan ada darinya langsung tak diumumkan pun. (more…)

Posted on 9 May '13 by , under Politik. 25 Comments.

Bila orang tanya aku mengundi siapa?

Salam guys, hari ni nak berbicara soal politik. Aku bukanlah tahu sangat soal politik ni sebab aku kurang sikit nak ambil port setiap hari pasal perkembangan politik ni, tapi tentulah aku ada pendapat aku sendiri. Pendapat yang selalu aku bualkan dengan kawan-kawan bila melepak di Mcd atau di kedai mamak.

First of all, kalau orang tanya aku vote apa, aku memang akan jawab aku tak pergi mengundi pun. Sebabnya pilihanraya akan datang ni, baru aku layak untuk mengundi. Jadi nanti, nengoklah kalau rajin aku pergi la mengundi. Tanggungjawab kepada negara iye tak? Hehe.

Undi itu rahsia? Bagi aku tak lagi. Semua orang yang berbicara soal politik, terang-terang kita boleh tahu dia menyokong parti politik mana. Ada yang sokong bermaklumat dan ada yang sokong ikut suka sahaja. Kalau orang tanya aku, aku jawab yang mungkin aku akan vote PAS. Aku tak ambil port dalam-dalam soal politik ni. Tapi kenapaaku memilih PAS?

Abang aku ada cakap, kalau nak mengundi, undilah parti yang lebih condong ke arah agama Islam iaitu agama aku sendiri. Itu sahaja yang dia pesan. Jelas yang PAS ni bukanlah 100% kerana agama, tapi at least mereka condong ke arah itu. Satu lagi, setahu aku seorang suami kalau tak dapat arahkan isteri dia bertudung, maka jatuh dayus kepada si suami. Jadi, tak mungkin aku nak memilih pemimpin yang dayus. Nanti akhirat kalau ditanya kenapa aku memilih pemimpin yang dah jelas aku tahu dia dayus, apa aku nak jawab kan? (more…)

Posted on 3 July '11 by , under Hidup Khai, Politik. 94 Comments.