Selamat Hari Ibu, Ibu!

Alhamdulillah. Masih lagi bernafas dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis blog ini disamping untuk terus bermuhasabah diri dan beribadah kepadaNya. Artikel ini tidak panjang, hanya sebuah artikel untuk menghargai seorang wanita yang paling di sayangi, iaitu hamba Allah yang bernama Khatijah binti Abdul Manap.

23 tahun yang lalu, 9 bulan 10 hari dia mengandungkan aku dengan penuh susah-payah. Ke sana ke sini membawa kandungan yang bukanlah ringan sebenarnya. Cuba gantung apa-apa kat perut korang, dan bawalah benda tu selama 9 bulan untuk tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu yang mengandungkan anak yang akan mewarnai kehidupannya.

Tanggal 3 Ogos 23 tahun yang lalu, aku dilahirkan dengan disinari bulan terang dipagari bintang. Kelahiran cara normal dengan berat badan hanya 3.2kg sahaja. Diazankan ditelinga kanan oleh papaku dan terus diberi nama, iaitu nama aku pada hari ini. Sebiji macam di dalam IC. (more…)

Posted on 8 May '11 by , under Istimewa. 13 Comments.