Rosyam Talk Show Program

Dari dulu lagi Khai sentiasa merasakan dunia hiburan kat Malaysia ni macam ada yang tak kene. Dan kerana itulah Khai suke untuk menjatuhkan industri hiburan di tanah air sendiri. Bukan dari semua aspek, tapi bagi aspek yang terang2an memang jauh menyimpang dari agama dan budaya negara kita. Biar terima kritikan di duniawi, asal akhirat nanti berdiri di pihak yang benar. Macam sebelum ni, Khai pernah mempertikaikan tentang drama yang ada adegan solat dan doa. Scene dia terus je kasi salam then berdoa. Dalam doa tu, pelakon tersebut akan membaca doa mengikut skrip. Y’all tak rasa ke perbuatan tu mempermainkan doa kerana permintaan kepada Allah dipermain2kan mengikut jalan cerita. Dan cara penulisan skrip yang agak melampau dalam cerita Natasha 1 dulu. Tak abis2 sebut bawak sial. Tak boleh ke sebut bawa malang? kalau y’all rajin mengira, maunya berpuluh2 ayat sial tu keluar dari mulut pelakon drama tersebut. Post di bawah ini bukan ditulis oleh Khai tapi diambil dari forums religion scukz.com. Tapi Khai rasa memang patut dikongsi dengan semua bagi kesedaran bersama. Disampaikan oleh seorang hamba Allah.

Minggu lepas , aku ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan yg best, bila bukak je channel tv1, aku ternampak Ustaz Zawawi (bekas pensyarah aku) jadi ahli panel…termasuk Fauziah nawi & Nazrey Raihan…terus aku terlekat…tajuknya Hiburan…Jalan ke….? spt biasa, di hoskan oleh Rosyam Nor.

Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan…contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive…tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur.

Tapi, hiburan tu mestilah tida k bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas.. tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua…rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu.. sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak…beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik…nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya…

Then, ustaz zawawi balas balik…niat tida k menghalalkan cara…walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler…walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin… maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian. Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak…di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga t idak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah.

kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat…jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu…

Ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang t idak mengikut syariah adalah haram…maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu…dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb….Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane…jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya…maka akan jadi haram ler…

kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah…sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan…lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh ?? utk berlakon…bukan semua org ade bakat utk berlakon…

Maka jawab ustaz zawawi…beliau masih boleh berlakon…sepertimana Ustaz Zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu…

Sebut ustaz zawawi lagi…kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni…baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb…mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya…memang ade caranya…kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut…ape2 hal pun, aku ucapkan tahniah buat Ustaz Zawawi & Nazrey Raihan kerana mempertahankan haram tetap haram…halal tetap halal…

Maka ape lagi wahai artis- artis malaysia ? Sudah terang lagi bersuluh…carilah hiburan yg halal…tinggallah hiburan yg haram…kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya… Bukan ke malaysia skrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari…bukannya Ada-hari…hanya islam masa bulan puase shj…bulan yg lain..????

Kesimpulannya, y’all sendiri pun dah tahu kan.. so x payah la Khai kasitahu lagi.. memang Fauziah Nawi ngan Rosyam kalau berlakon, mak datuk.. dah macam anak beranak betul2. Terima kasih sebab buat orang menangis tapi kat akhirat nanti yang penonton ni tak dapat nak tolong yer.. Eh, kenape yer sejak beberapa tahun ni, Khai sangat merindukan kepimpinan Dr. Mahathir. Kalaulah masa boleh berulang semula…….

Credit to rida from mawifc.. Taken from Scukz Forums.

Ditulis pada 1:01 AM 8 February '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 464 views | Dalam kategori: Religion | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

15 Comments »

Comment by azriey
2007-02-08 12:52:54

khai,
Dunia hiburan kat malaysia ni memang gitu, dah rasa hebat sangat semuanya nak ikut barat. Dari segi pakaian, kelakuan, mahupun lakonan. Halal haram pun dah tak peduli. ๐Ÿ™

..
 
Comment by zilaso7
2007-02-08 18:47:14

satu lg citer melayu yg paling naik menyampah nak tgk…citer sembilu….si hetty n zek zaidi….mesra cam dah halal jer…tu yg jd ikutan remaje skang nih….jln citer pun kekadang merepek2 jer:)>-

..
 
Comment by yasmin
2007-02-08 20:34:33

another entry worth applauding for… I really like the fact that you are able to bring forward this very interesting issue utk tatapan semua…

Khai kira mcm popular di alam maya… and you have used your popularity very well. Moga para pembaca yang dtg ke sini mendapat input yang baik2 belaka.. :)>-

eish.. emo sungguh fauziah nawi tuh…

..
 
Comment by emptyspace
2007-02-11 03:59:03

pstt.. ni ape? naper terbalik? –> ??

..
 
Comment by tuyen
2007-02-11 11:38:23

cam ne la dia nak mintak maaf ngan isteri rasulullah s.a.w…jawab la kat akhirat nanti..nak ckp tu tgk la diri sendiri…rambut cam matahari pun masih x sedar..:-?

..
 
Comment by Khai
2007-02-11 12:26:45

[Comment ID #5825 Will Be Quoted Here]

khai copy dari forums scukz.com. Kat forums tu khai dah tapis tulis Allah bertukar kepada ?? .. terbalik? mana ade terbalik ๐Ÿ˜•

[Comment ID #5828 Will Be Quoted Here]

dah salah tempat ntuk komen ni :d

..
 
Comment by tuyen
2007-02-11 12:40:51

silap klik la khai..hehehehe:d:d

..
 
Comment by Domz
2007-02-27 20:33:38

Jangan cepat jatuh hukum.kita dah tau dari segi syariat macam tuh dari segi pandan tarikat,pandangan hakikat macam mana.Syurga Neraka bukan kita yang tentukan tapi Dia.That alls aku nak bagi comment maklumlah aku tak mahir sangat bab bab nie.

..
 
Comment by Khai
2007-02-27 20:43:27

[Comment ID #6584 Will Be Quoted Here]

pandan tarikat? ermm.. bab ni aku lagi zero… neway khai follow je kata2 ustaz kat malaysia ni.. ape kata diorang, itu kata khai ..

psstt : ustaz yang berdaftar la .. hehe

..
 
Comment by Domz
2007-02-27 22:37:30

pandan tue bermakna pandang,Domz nak maksudkan dengan pandangan.Takan khai tatau kan?:-\”.Sebagai seorang yg lahir sebagai Muslim dari azali Khai tentu tahukan.Lain la macam Domz ni,baru nak merangkak.Ustaz tue pun manusia kan? Manusia x lepas dari kesilapan.

P/S:Bro..sila lihat majalah Al-Islam Bulan nie macam mana.Pasti bro fhm apa yg saya Maksudkan!

:)>-

..
 
Comment by Khai
2007-02-28 00:16:47

[Comment ID #6588 Will Be Quoted Here]

okies.. so maksud domz ape yang ustaz tu katakan salah? syurga dan neraka mmg bukan ustaz tu tentukan.. tapi seseorang tu boleh menentukan diri dia nak ke syurga atau neraka.. coz bila dah baligh, surely dah pandai bezakan baik dan buruk.. mana jalan ke syurga dan mana plak ke neraka.. ermmm ….

mmg ustaz tu manusia.. mmg betul manusia x lepas dari kesilapan.. tapi ape yang ustaz tu katakan kat atas tu benar belaka.. dia bercakap berlandaskan hukum islam yang kita anuti right?

..
 
Comment by Domz
2007-02-28 20:08:11

“”so maksud domz ape yang ustaz tu katakan salah? “”
Untuk pengetahuan Khai.Domz tak ckp pon apa yg Ustaz tue cakap salah.Tapi berkemungkinan dia berhujah mengikut Syariat.tapi dari segi pandangan Tarikat macam mana.Khai pun tahu yang Syariat adalah garis panduan yg memang dah ditetapkan,Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram,
sah batal dan sebagainya. :)>-

..
 
Comment by hakim
2007-04-06 03:56:18

salam ukhuwahfillah buat semua..

1st time masuk channel ni..saya tertarik dgn isu yg khai utarakan..mmg semua kata2 ust zawawi tu betul..lg 1, saya kagum sgt ngan ust n abg nazrey yg ttp mempertahankan hukum walau pun di depan org2 yg seperti itu..ssh nk cari org camtu..itu tingkat iman yg kedua..cuma sy nk respon ckit komen domz tu..nk tanya ckit, adakah syariat, trikat n hakikat tu adalh berbeza???, cuba sdr domz fikir secara rasional..syariat itu adalah asas segala ilmu..so mana mungkin benda yg x boleh dlm syariat tu boleh pla dlm tarikat..lagi pun tarikat tu adalah jalan @ cara..nasihat utk domz..kalau dah ngaku diri tu baru nk merangkak dlm ilmu agama, pegi lah belajar lg..n jgn cepat menyalahkan pendapat para ustaz yang berhujah berlandaskan hadith n quran..utk pengetahuan sdr domz, saya pun muallaf@saudara baru juga..so sama2 lah kita memperbaiki ilmu agama kita..jgn bersangka buruk dgn ahli agama..harap di terima kalau berguna..ilal liqa…

..
 
Comment by Khai
2007-04-07 02:42:43

thanks tu hakim ntuk komen yang amat bermakna ni.. saudara domz, sila belii :d

..
 
Comment by jenny
2009-10-30 10:25:06

8) khai u tak patut tau nak ktuk je industri seni msia…cuma pakaian pelakon kdg2 terlalu over seksi tak suka…yg lain not bad.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post