Countdown for Geng – Upin & Ipin


Geng: Pengembaraan bermula! Dan ini adalah satu-satunya entri yang pernah wujud di sini yang mewajibkan korang untuk turun panggung! Kasi pecah panggung beb! Animasi Malaysia, Wajah Malaysia. Ini yang kita nantikan selama ini. Ramai yang melihat kata-kata yakin pengarah Geng ni, Mohd Nizam dalam Melodi untuk mengaut kutipan RM10 juta sebagai satu yang mustahil. Bagi Khai orang bodoh dan tak tahu menghargai hasil anak Malaysia je yang cakap macam tu.

12 Februari 2009 ni, katakan tidak untuk filem-filem lain lagi-lagi yang datang dari negara luar. Ong Bak 2? Pink Panther 2? Saus Kacang? Street Fighter? Ah persetankan! Sifu & Tongga? Haha, lagi la pergi mampos dengan cerita melayu paling slapstik atas muka bumi ni. Awek/pakwe ajak dating? Anggap je la korang single. Tak pun ajak dating nengok wayang. Segalanya adalah hanya untuk Geng: Pengembaraan bermula! Khai pernah tulis satu entri di Oh! Cun mengenai pandangan Khai sendiri untuk animasi Geng ni.

Well, tak perlu diperkenalkan lagi dengan dua budak tak tumbuh rambut, Upin dan Ipin. Cuma apa yang perlu diperkenalkan, adalah movie bagi mereka yang bertajuk Geng: The Adventure Begins… atau dalam melayunya, seperti title entri ni.

Sila bookmark tarikh berikut. 12 Februari 2009.. Sama-sama pecahkah panggung menyokong animasi 3D pertama Negara. Tahniah buat Les Copaque kerana berjaya menerbitkan sebuah movie tu bagi animasi tempatan.. Bagi aku, inilah animasi tempatan yang baru boleh dikatakan “CUN!”.

Masih ingat akan Usop Sontorian, Kacang, Keluang Man dan pelbagai lagi animasi tempatan yang nyatanya seperti melepaskan batuk ditangga. Masih ditakuk lama tanpa berani berbuat sesuatu seperti apa yang Les CopaQue buat. 1001 salute setinggi langit buat crew Les Copaque.

Berkata tentang animasi tempatan yang ditayangkan di layar perak, aku teringan sebuah animasi yang pernah menggegar panggung dulu. Tajuknya Putih. Menggunakan suara Erra Fazira, M Nasir, Wan Maimunah, Raja Azura, Jalaludin Hassan dan ramai lagi mereka yang popular.

Nyatanya, mereka bukan menjual animasi, cuma menjual suara mereka yang ada nama di negara ini. Lihat animasi’nya, ternyata tidak layak langgung untuk masuk panggung.

Korang boleh teruskan pembacaaan di Geng: Pengembaraan Bermula…

Dan bila melihat disebalik tabir Geng: Pengembaraan Bermula ni, pasti akan membuatkan tahap keinginan korang untuk ke panggung betul-betul sampai ke tahap klimaks paling tinggi! Sampai terpancut beb. Uhuk-uhuk. Terpancut air liur.. :beurk:

Geng: Di Sebalik Tabir (Bhgn. 1)

Geng: Di Sebalik Tabir (Bhgn. 2)

Geng: Di Sebalik Tabir (Bhgn. 3)

Nengok proses diorang buat tu, rasanya diorang gunakan Autodesk 3D Max dan juga Adobe Premier. Itu apa yang Khai tahu la sebab masa study dulu, Khai ada jugak learned 2 software tu. Otai betul anak-anak melayu sekarang yer?

Kalau nak sentiasa update dengan cerita Upin & Ipin yang di’upload di Youtube, tak payah cakap banyak, korang subscribe terus dari channel UpinIpinLCP di Youtube. Tak payah nak search dengan susah payah lagi since ianya adalah official channel di Youtube untuk Les Copaque.

Akhir kata, Khai betul-betul merayu walaupun Khai takde kena-mengena langsung dengan Les Copaque ni untuk mengajak korang pecahkan panggung 12 Februari ni. Sama-sama menyokong animasi tanah air. Kalau orang Rusia pun menulis pasal Upin & Ipin, malu la wei kalau kita sendiri tak mampu nak sokong. Apa yang pasti, hasil animasi seperti ini pasti akan membuka mata Disney, Pixar dan pastinya, korang sendiri sebagai rakyat Malaysia!

Come on beb!! Skali lagi, turun panggung!! turun!! Kalau boleh 2 hari je dah box office!! Bukan selalu kita ada peluang nak turun nengok wayang, tapi kali ni, ponteng kerja pun takpe beb!! Serious!! Bos korang takkan marah kalau dia rasa bertanggungjawab untuk support filem animasi 3D negara yang pertama ni.

Khai pulak? Yup, hari pertama pasti terpacak depan TGV KLCC. InsyaAllah. Dan korang?

Pssttt: Khai tahu crew-crew dari Les Copaque mesti akan baca entri ni. Sama la macam kat Oh! Cun tu. Siap tinggal komen lagi. So kalau terbaca entri ni, bila nak amik Khai kerja? Hehehe..


Download: Klik Sini sayang… | yang sayang Upin Ipin dah santap.

Ditulis pada 4:01 AM 8 February '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,368 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

48 Comments »

Comment by lazy_rasta
2009-02-08 04:08:52

harap2 aku bleh tgk jugak walopon aku bkn kat mesia…..
kalo aku tggu sesapa letak kat youtube, kira sokong ke x? 😛

..
Comment by Khai
2009-02-08 05:15:27

huhu.. tak molek la macam tu. Tapi nanti kalau ada juga kat Youtube, nak buat camana kan? Hope takde la..

Pandai2 la pihak LQ nak buat camne.. suggestion di sini, bila dah release DVD nanti, amik order dari negara luar.. tak pun jgn lupa tayangkan skali kat wayang satu dunia (of coz ada subtitle kan?)..

dan bila ada di youtube, cepat2 la LQ email youtube tu suh remove.. :bloody:

..
 
Comment by janji langit
2009-02-11 13:30:42

suke tengok the making muvie nih,orang2nye sume sporting n childish..huhu..tak saba gak eh nak tengok nih.. :[

..
 
 
Comment by Zik
2009-02-08 06:17:39

fuhhhh, rasa bangga cara dorang bekerja. bukan senang nak tgk org malaysia gigih macam ni kan. ada semangat, walaupun teknologi depa hanya berapa percent canggih dari dkt overseas. aku percaya satu hari nanti dorang akan berjaya dan menggunakan teknologi lagi power. dan jom tgk kat wayang.

..
 
Comment by KIMIZ
2009-02-08 08:07:37

Aku masih ingat Usop Sontorian yang kaku, takde pergerakan lain selain manusia, xde bayang2… Semua mcm tgk komik bergerak.. Harharhar… Aku emmang dah jangka sgt UPIN & IPIN ni akan menggegar… Sila2 dtg panggung!!!!! :o:

..
Comment by Taufik SM
2009-02-09 11:53:30

Usop Sontorian 2 best ape… :o:

..
 
 
Comment by akmal
2009-02-08 08:48:24

tengok lu buzy minggu ni tayang bile pun tak tau 😉

..
 
Comment by ahmad
2009-02-08 10:38:16

seruan disahut!
aku dah simpan sepuluh hinggit aku ni..
alamanda akan jadi saksi..
betul..betul..betul..

..
 
Comment by Rashah
2009-02-08 12:09:37

aku mesti tengok!!!!!

..
 
Comment by aszniey
2009-02-08 12:17:33

nak tengok ngan org tu…tp xdpt…xper laa…anggap je single. haha

..
 
Comment by piratz
2009-02-08 12:29:31

camnie la semangat anak muda yang kita mahu..
support our local product!!! :p

..
 
Comment by eda
2009-02-08 12:35:05

akhirnya.hr ni leh gak on9..semalam server down..satu hr xleh nk on9..hampes tol..sampai rugi dibuatnyer..huhu..saman ‘streamix’ kang arr… :[

tadik, b4 bukak kedai..sempat tgk The Making of ct Geng ni.. kat TV2.Mmg rumit gilew posesnyer.3 buln buat skrip. senang2 kn riject..nampaknyer mmg detail gilew la poses animasi nih.Animasi 3D ni cantik dan canggih..rugi kalo xtgk kn…nak tgk2… 🙂

..
 
Comment by fira
2009-02-08 13:58:23

waa..cite yg aq tunggu2 da nak kua da..tp camne nak g wayang..xde kat mesia skang ni.nak tunggu balik, lame lagi.aih.
say no to piracy, tp kalo buat org yg kaki dolod movie , hurm camne tu? kdg2 bkn sbb xnak sokong g wyg ke ape..tp da wayang sini x tayang..nak x nak kene r cr alternatif len..
😀

..
 
Comment by casper_mimiey
2009-02-08 14:54:22

suke2 cite nie…tapi xleh kuar sbb dok dlm utan…huhuuu =(

..
Comment by Taufik SM
2009-02-09 11:51:24

hutan mane tu..huhuhu 🙂

..
 
 
Comment by spatt
2009-02-08 15:00:20

putih?
haha.Seriously, putih is bullshit la…
Upin & Ipin? Mesti tgk!!
okeh.Mesti beli tiket wayang awal2…ade aura2 sold out nih… 🙂

..
 
Comment by daya.qiela
2009-02-08 16:55:42

my foreigner clasmates sgt suke tgok cite ni..hehe..
tp mmg cite ni best! n sore di pon comel je..

..
 
Comment by deennasour
2009-02-08 17:10:51

pastinya aku sudah pun menempah hari cuti pada hari khamis ini utk terpacak di mana2 panggung wayang pada hari tayangan pertama 12 februari 2009 ini! yeaaaahoooooo~

..
 
Comment by zieyn
2009-02-08 19:42:21

Phuh!gempak gler.. :o:
rugi sape x tngok weyh..
jom reramai pcah panggung,bwk org kampung sume.. :p
Haha! luv u Upin Ipin :love:

..
 
Comment by fza
2009-02-08 20:55:59

ehhh katun ni…nk p tgk kot.

..
 
Comment by Faiz
2009-02-08 23:23:35

sumpah,aku suka bahagian 3…hehe

yeah..superstar syafiq…ekekeke….kelakar siot..

khai : kalo nak lagu / wallpaper geng aku ada..ape2 hal emel la ..

Khai says: Superstar shafiq mmg kool!! hahahaa…. leh apply part time kat mamak.. cari duit lebeh.. hehehe.. kompem mamak2 pun jeles..

..
 
Comment by ariVs
2009-02-09 01:09:52

nak tengok tapi final exam waktu tue =(
maybe tengok malam tu kot 🙂
mesti jugak tengok kat wayang dalam minggu ni :love:

..
 
Comment by Taufik SM
2009-02-09 11:50:07

bajet rm filem ini 4 juta je….. ape rahsia nye….ko tahu khai??? 😀

..
 
Comment by Faren_LCP
2009-02-09 14:44:55

Taufik: Rahsianya kerja keras, kerja pintar, kerjasama dan pengorbanan. 🙂 Thx khai for ur support. Job application tu kena tanya recruitment department. hehehe

..
 
Comment by YongPin.LCP
2009-02-09 14:52:02

OMG! Tak tau pulak dah jadi satu Kempen! 3 hari lagi! 3 hari lagi! Terima kasih sebab tolong menghypekan filem kami hingga saat-saat terakhir!

Nanti saya bagi autograph FREE! (macamla orang nak sangat eh, hehehe)

..
Comment by Khai
2009-02-09 14:58:28

YongPin, kalau i nak autograph dari Upin & Ipin boleh ker? hahaha.. pandai2 la u all tarik keluar kartun tu.. hehehe..

psstt: teringin nak jumpa budak comel suara upin ipin tu… nak cubit2 pipi dia… :[

..
Comment by YongPin.LCP
2009-02-09 15:04:29

kalau nak jumpa, datangla ke GSC One Utama Sabtu ni, MidValey Ahad ni. Kami ada roadshow situ.

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-02-10 05:05:11

agaknya LIM datang skali tak YongPin.. hehehe.. harap2 YongPin nanti pakai maskot Lim.. hehehehe… padan muka dia.. 🙂

 
 
 
 
Comment by Anas_LCP
2009-02-09 18:40:53

Wowweee terkejutnya tengok blog post ni. Thanks for the support. Everyone’s strong support is our main drive to improving and working harder.

Thank you so much!

Oh by the way, ada ringtone Geng Upin & Ipin baru. Korang mesti suka gile.

..
Comment by zool
2009-02-10 01:10:27

En Anas.. Kena bagi komisen kat Khai ni sebab promo katun tuan..
Dia antara top blogger kat Malaysia..

Khai kalau dapat komisen kasi aku 20 percent

..
 
 
Comment by zool
2009-02-10 01:08:11

Aku pun tak sabar nak tgk citer ni…
best woo layan katun..
Penat layan anime.. layan animasi 3D Malaya plak

..
 
Comment by bd fabregas
2009-02-10 01:17:48

aku pun mau tgk geng ni.. akhirnya khamis ni menjadi titik sejarah setelah penantian yang begitu lama..

..
 
Comment by ejardkethot
2009-02-10 19:44:47

ngeh ngeh ngeh!!~ pasti akan aku turun ke pawagam minggu nie!!~ JUMAAT larh tgk citer ni!!~ heeeeee….
UPIN n IPIN yg comel 😉

pewwitt…byk plaks geng LCP bca blog khai..hehehe…cayalah KHAI 😀

..
 
Comment by wenkt
2009-02-10 20:10:41

jom tgk sama2
nanti i amik u dgn evo 10
nak?

..
Comment by Khai
2009-02-11 00:36:33

bak kata upin ipin, nak nak nak.. hahaa… 🙂

..
 
 
Comment by KNizam
2009-02-10 23:00:29

mmg hebat !
tabiikkkk

..
 
Comment by azleah
2009-02-11 20:58:56

anak2 sidek pun boleh dibanggakan apa… hehehehe… yeay esok

..
 
Comment by aman
2009-02-12 03:01:38

meh ramai-ramai turun panggung ari nie..huhu :choler:

..
 
Comment by miss kaka
2009-02-12 22:09:49

wish all da best to this movie..
1 day dah lepas, cmna smbutan ek?
khai dah tgk kan?

..
 
Comment by linoor
2009-02-19 06:45:12

geng.. nak negok jugak….
erm…. jewles2… =(
nnt nak g tengok.. hukhukhuk.. :-[)

..
 
Comment by nAd.dOt
2009-02-19 18:30:29

da tgk smlm..best2..kagum juge..wuuu~
x leh blah dialog dak2 zaman skang ni..ngee

..
 
Comment by zarynn
2009-03-17 02:50:44

cite nie mmg best da tgk…huhuu tapi tgk sowang jer sbb membe lain tak minat..diorg ckp mcm budak2…hehhe tapi aku ttp sokong sbb aku mmg fanatik ler..nak masuk fanclub u&i tak dpt plak sbb full kot.. hheheh 😀

..
 
Comment by zai
2009-04-20 22:06:32

i like upin&ipin wallpaper..ha..ha.. 🙂

..
 
2009-05-28 15:45:06

WoW..! geng upin dan ipin sangat bagus.. Soooo CUTE..!!!
i Love To See It Again.. Support Our Industries.. Go Malaysia..!!

..
 
Comment by Full Software Collextions
2010-01-30 00:00:14

very nice!!!

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post