Lama tak update ~

Lamanya tak update blog ni. Masuk pun dah jarang.. Ermm.. harini ada masa sket ni, saja la menaip untuk cetegory Daily Craps. Tak penting sangat untuk korang baca.. just nak story sket pasal my life je.. Kalau baca lebih afdhal orang cakap.. Haha.. Okey, buat pengetahuan y’all, Khai sekarang memang sangat busy tak terhingga.. Assignment semakin melambak.. Ni still ade 5 assignment yang masih on hold. Next week nak hantar. Assignment photography, Film Festival Poster, Islamic Research, Radio advertising dan Short Film. Kalau diikutkan, semua assignment yang on hold ni, langsung takde kene mengena dengan course yang Khai ambil iaitu Diploma in Web Design. Tapi takpalah, ini baru semester 2.. Kata lecturer Khai, ni semua just asas untuk menceburkan diri dalam bidang Multimedia. Layankan jee..

Ermmm.. Dalam kesibukan membuat assignment ni, banyak perkara yang dah Khai lakukan this week.. Khai sempat buat penjenamaan baru untuk portal Scukz.Com tu. Dengan slogan baru iaitu “Massive of Scukz”, Scukz dijangkakan akan siap sepenuhnya pada hujung bulan April. Buat masa sekarang, hanya beberapa module sahaja yang dibuka untuk usernya. Theme Scukz juga sudah berubah. Lebih kepada ciri-ciri Windows Vista yang sesuai dengan perkembangan teknologi dunia. Theme yang agak gelap membuatkan theme kali ini betul2 berbeza dengan theme yang pernah digunakan sebelum ini yang lebih mengetengahkan warna yang agak cerah dan selesa. Kini Khai dah pun selesai modified serba sedikit theme tersebut untuk betul2 kena dengan apa yang Khai nak cuma untuk arcade saje belum selesai. Member kat Scukz pun dah mencecah 7000 users even khai tak bukak pun lagi module download. Ini bermakna, Scukz bukan hanya menarik usernya untuk mendaftar demi kerana Download Section, tetapi Forumnya yang sentiasa ceria dan mesra pengguna.

khai_niza1.jpg
” Nieza and Khai at Limkokwing Plaza “

Dalam minggu ni juga, Khai dah declare couple dengan budak kelas Khai.. Nieza nama dia.. Ermmm.. banyak mengenali dia melalui YM aje.. Hehehe.. memang dia ada semua ciri2 seorang wanita yang Khai cari selama ini. Terlalu banyak persamaan antara kami berdua. Pandai guna computer dan internet kira advantage le tu.. Haha.. Tu yang menyebabkan Khai rasa hubungan kali ini sangat special. Dalam banyak2 wanita yang pernah Khai kenal sejak dari sekolah dulu, dia ni lain sikit, rasa macam terlalu istimewa sangat. Alhamdulillah, moga perhubungan kami berkekalan sampai bila2. Malas nak puji lebih2, sebab dia ada gak masuk blog ni.. Kang kembang tak kuncup-kuncup, sapa yang susah.. pakwe mithali dia ni jugak. Hahaha.. Kalau nak kenali my gurl ni dengan lebih lanjut, Add la dia kat Myspace Ok .. Click Sini..

khai_niza3.jpg

Neway tadi my bro datang.. Bawak gi Tesco Puchong untuk renew license L .. Huhu.. apekah malangnye nasib ni.. Dah la untuk motor baru dapat license L aje, tiap-tiap 3 bulan nak kene renew balik pulak. Leceh sungguh.. Hehehe.. Untuk tiga bulan bayaran yang dikenakan RM22. Ermm .. boleh la tu dari kene saman dek JPJ nanti.. Hiks hiks.. Walaupun kat Cyberjaya ni tak pernah lagi jumpe polis (pemalas nak mampos), tapi mana la tahu kalau nasib tak baik plak nanti kan..

Orait tu je la.. Kepada siapa2 yang masih belum nengok theme baru Scukz Portal tu, sila tekan link ini. Untuk yang belum mendaftar, daftarlah sekarang ye kerana of coz la, anything about Scukz is FREE.. Kalau ada masa lagi lepas ni, Khai akan update blog ni dengan cerita2 terbaru untuk y’all baca. Buat masa ni, bacala dulu semua entry yang ada dalam blog ni okey. Komen jangan lupe kasi taw… Daaaaa ~

Ditulis pada 9:00 PM 30 March '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 484 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

19 Comments »

Comment by zilaso7
2007-03-30 22:34:08

so maniiiiiiiiiiisssss…….harap hepily ever after ngan nieza k!!

tetap sokong suckz.com!!

..
 
Comment by qiela
2007-03-30 22:42:01

oo..pdnkan la da lame x update blog..
bz upenye ek..
wee…

hm..
comeyl awek khai..

hehe.
semoga berbahgia la hndaknye.. 😀

n qila akn sntiasa menyokong scukz!!!
:D:)>-

..
 
Comment by asz
2007-03-31 17:14:55

wah…..
khai…bz2 pun sempat meng’ayat’ yer…:x

xpe…gd luck n happy alwayz ya……….:d

..
 
Comment by manchurr
2007-04-01 01:28:58

huhu makin x meng’up8′ la nanti blog ni.. asyik betenet je nanti :)>-

..
 
Comment by Bat
2007-04-01 03:46:01

uiyo..dah berpunyai hang la ni..haha..patut lama tak nampak..hehe..semoga berbahagia..nak bertunang jangan lupa panggei..:d/

..
 
Comment by draxter
2007-04-01 22:56:37

Wah tukar theme scukz,,mula² nak buiasakan dengan warna gelap agak kekok. Tapi sekarang dah ok

..
 
Comment by Khai
2007-04-02 12:08:43

mekasih ntuk semua yang mendoakan kebahagiaan kami… hakhakss…..

[Comment ID #7555 Will Be Quoted Here]

takpe la bro.. berubah angin.. hehehehehheeee

..
 
Comment by Saif Al-Anuar
2007-04-02 12:26:41

theme kali ni agak menarik..
lebih simple……
awek u ke yg bg cdgn coz warna nye…………..
saje mengusik……

..
 
Comment by xdinx
2007-04-02 15:25:07

eheheh~

cam kenal jek…

tangan jage2 aaaa????

ngaaaa~~~ =))

..
 
Comment by azmie
2007-04-02 22:20:51

aku tumpang gembira 😉

..
 
Comment by dragonfly
2007-04-04 13:30:59

waaa…hati khai dah dipunyai oleh nieza..wiieeeweettttt…x sabar tunggu topik “selamat pengantin baru khai & nieza”;);):d

..
 
Comment by faidhi
2007-04-04 18:08:04

wah .. dah kapel .. congrats .. knalkan aku plak .. hehehe

..
 
Comment by Khai
2007-04-05 01:18:32

huhu.. 1st time cerita pasal awek kat blog or internet.. hahaha.. pe pon macih la di atas doa kalian… hikhiks..

..
 
Comment by azleah
2007-04-06 16:13:24

bagus le tuu.. xde dah clone2.

chewahh bajet lawa awek dia

..
 
Comment by kechik
2007-05-09 00:27:53

keh2 lesen L lagi…:-jbek cepat amik test P..sebelum terlambat…aku sib bln jun ni CDL da..:))

..
 
Comment by kid
2007-05-15 00:18:05

nasib dikandung badan…inilah nasib ku….:((

..
 
Comment by Khai
2007-05-16 01:56:25

[Comment ID #7625 Will Be Quoted Here]

mmg lawa ponn…

[Comment ID #8956 Will Be Quoted Here]

ko ni sihat ke tak? huhu

..
 
Comment by boy19
2008-03-13 16:08:52

Dah buke download section pun xleh nk download lagu untuk alya… cam mane nk download??? tlg sent kt my email leh x???

..
 
Comment by Adney
2009-11-29 19:30:21

cerita lame khai.. huk huk

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post