Berbaloikah untuk Maxis Broadband?


Petang semalam, aku ke Maxis Centre KLCC. Tujuannya ada dua. Satu aku ingin mengkonfigurasi Nokia N73 ini supaya dilengkapi teknologi 3G. Kedua, aku ingin mendaftar sebagai pengguna Maxis Broadband. Tidak tertahan lagi aku menggunakan Go Lightspeed sebagai ISP yang sedia ada di hostel aku duduki. ISP ini boleh aku simpulkan sebagai ISP paling teruk servis’nya 2 kali ganda dari Streamyx. Pagi sebelum aku ke Maxis Centre, sempat aku membuat sedikit research. Seperti biasa, tiada satu pun produk di dunia ini yang tidak mendapat kritikan. Maxis Broadband tidak lari dari itu. Ternyata keburukkan yang aku baca lebih banyak dari pengguna yang menulis tentang kebaikkannya. Dari semua itu, conclusion dari aku, Maxis Broadband sebenarnya mampu memberikan perkhidmatan internet yang baik jika kena pada tempatnya. Maksud aku area di mana pengguna itu duduk. Kali ini aku menulis entri ini menggunakan Maxis Broadband. Bukan akaun aku tapi akaun akak aku. Rumah ini terletak di Desa Pandan, Ampang yang sagak berhampiran dengan KLCC. Jadi hasilnya, aku mampu online 24 jam tanpa sebarang masalah putus-putus atau kelembapan seperti yang dikatakan pengguna lain di internet.

Maxis Broadband terdapat dalam 3 pakej..

Tapi buat masa sekarang, Maxis telah memperkenalkan sebuah modem baru yang bersaiz poket. Hanya mempunyai USB untuk di’plugkan. Apa yang aku dengar dari jurucakap Maxis Broadband itu, dengan modem kecil ini, sesiapa sahaja mampu melayari internet di mana-mana saja pada bila-bila masa. Harga untuk perkhidmatan internet 3.6Mbps bersama Modem kecil ini berharga RM138.00. Oh, aku mahukannya kerana aku mahu online setiap masa tapi bila dilihat pada harganya, RM138.00 sebulan bukanlah harga yang murah bagi aku sebagai seorang pelajar sepenuh masa.

Aku agak kecewa kerana sudahlah pakej modem comel ini aku tak dapat, bahkan semua pakej lain yang menggunakan Modem gedabak juga tidak merasa. Modem gedabak (besar) mempunyai wayar penyambung kepada sambungan elektrik dan kabel sambungan Network ke komputer. Ini kerana hostel aku di Cyberjaya tidak ber’ada dalam coverage area Maxis Broadband. Hoi Maxis, tolong la faham, itukan Cyberjaya yang kononnya kawasan MSC di Malaysia. Apesal boleh terabai kawasan tu untuk masuk dalam senarai coverage area korang? Untuk melihat sama ada kawasan kalian termasuk dalam coverage area atau tidak, sila klik di sini.

Aku bukan cemburu jika kawasan korang termasuk dalam coverage area mereka, tapi nasihat aku, buatlah research sebelum terikat dengan kontrak 18 bulan selepas mendaftar bersama Maxis Broadband. Jika kau kaki torrent, janganlah mimpi kerana Maxis hanya membenarkan 3GB bandwidth sebulan yang membuatkan Streamyx la yang paling layak untuk kau biarpun Streamyx terkenal dengan servis paling menyayat hati di negara ini. Oh kita tiada pilihan. Jika negara jiran terdekat kita Singapora mampu tersenyum sinis dengan servis Internet 8mbps sejak tahun lepas lagi, Kita di Malaysia, bersyukurlah dengan kelajuan koneksi 4mbps yang baru sahaja diperkenalkan ini. Aku tidak mahu bercerita tentang Celcom Broadband di sini kerana servisnya hampir sama juga dengan Maxis Broadband. Apa yang aku kesalkan di sini, mengapa DiGi tidak diberikan lesen untuk 3G di negara ini. Jika tidak, lihatlah apa yang mampu si Kuning lakukan diikuti dengan peniruan sang Hijau dan Biru. Kau pun tahu itu.

Diingatkan aku bercerita mengenai Maxis Broadband jenis Wireless dan bukan Wired. Mungkin banyak info yang terlupa aku nyatakan di dalam entri ini, kalian tanyalah melalui komen nanti. Keterangan lanjut mengenai Maxis Broadband, terus ke sana.

Ditulis pada 12:17 AM 18 October '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 877 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

40 Comments »

Comment by gurl life
2007-10-18 00:38:06

alaaa….pkai jerk laaa hub. share 4 org. kn senanggg…wekssss

..
Comment by IcedNyior
2007-10-18 06:13:04

rasanya modem yg kecik tu takleh pakai hub sbb dier USB modem. Member i pakai. Satu benda yg kurang best ttg maxis broadband nie, p2p download (bittorrent, dll) dier restricted utk masa tertentu saja. Member I ada tulis ttg maxis broadband nie kat sini

..
Comment by Khai
2007-10-18 15:41:41

from http://www.perampok.com

— Internet connection ghaib —

Aku susah mahu percaya barang-barang yang menggunakan connection ghaib sebenarnya. Aku lagi suka wired device. Aku tak percaya sama itu kibod wireless atau mouse wireless. Aku banyak mengalami insiden buruk dengan wireless device. Pernah sekali aku tengah berseronok dan bersuka ria dengan online gaming dan kemudiannya mouse wireless aku kehabisan bateri. Mencarut aku sepanjang malam sebab benda bodoh yang wireless itu memunahkan mood aku untuk 1 malam.

Last week aku subscribe Maxis Wireless Broadband. Aku mahu kembali semula ke zaman high tech. Sudah setahun hidup dalam keadaan sakai. Mahu juga subscribe StimX semula tetapi dengan keadaan housemate yang di dalam kepalanya hanya tahu download download dan porno porno sahaja, niat itu perlu di ketepikan. Nanti dosa aku bertambah. Maxis Broadband sudah lama ada tapi pakej+device yang aku subscribe ini baru kuar ujung bulan 9. Subscription mudah sahaja, pergi pusat Maxis atau dealer Maxis, register dan bayar activation RM 100, dapat satu SIM kad + USB modem, balik rumah, plug and pray (atau mencarut kalau perlu) dan boleh online dalam masa 2-24 jam. Ada kontrak 18 bulan dan yuran bulanan yang labu iaitu RM 138.

Sejak aku subscribe aku ada beberapa perkara yang kureng dengan connection ghaib ini. Pertamanya NS resolving agak selebet. Aku kene restart connection baru itu issue ada solve. Tak effect semua site tapi certainly menyusahkan untuk restarting connection ghaib ini. Keduanya upload speed yang kureng dan ketiganya latency yang tiada ampun. Kedua dan ketiga itu aku memang arif sebab infrastructure connection ghaib ini memang sebegitu. Maxis gunakan HSDPA, extension untuk 3G atau di panggil 3.5G yang mana transfer rate dan capacity di bikin untuk downstream dan salah satu sifat wireless adalah latency yang tinggi. Jangan expect online gaming yang memuaskan untuk game yang latency sensitive. Modem tak friendly dengan aras tinggi, kalau duk rumah yang tempatnya bertingkat-tingkat silalah bersedia untuk connection yang putus-putus atau slow.

Benda yang okey pasal connection ghaib ini ada banyak. Aku ada freedom untuk access dari mana-mana tempat asalkan ada coverage. Modem boleh gunakan HSDPA, UMTS, EDGE atau GPRS berdasarkan availability. Bila balik kampung nanti aku cuma bawa SIM kad sahaja dan gunakan phone dengan GPRS connection. Download transfer rate memang bagus bila coverage okey. Tengok youtube tak payah tunggu lelama tuk loading, around 5-10 seconds. Direct download as usual bergantung pada traffic condition dan location server. Local server biasa aku leh dapat around 150-250 KB dan international around 60 KB. Guna download manager dan transfer rate boleh optimise lagi. Maxis restrict time untuk P2P. Boleh P2P dari pukul 1 pagi sampai 6 pagi aja tapi dengan speed yang tak di kawal. Aku dapat habiskan 1 GB of data downloading dalam masa 2 jam. Win-win situation untuk aku dan Maxis.

Ini dari experience aku selama seminggu dengan connection ghaib dari Maxis tapi semua ini terjadi di rumah aku berserta coverage yang bagus. Buat masa ini aku kena stick dengan connection ghaib dahulu sehinggalah FTTH roll out.

(Comments wont nest below this level)
Comment by deennasour
2007-10-19 00:33:59

akum,,,,,hahahaha,,,aku sebenarnya dah lama guna maxis broadband ni,,,,hahaha,,,,,tak lah lama sgt,,,,dlm 2 bulan dah,,,,no problem lah beb,,,,,,,satu jer lah masalah nyer,,,,overage blom cukup luas,,,biasalah benda baru,,,so sabarlah,

aku dudok kat kelana jaya,,area wisma FAM,,,aku syok giler layan internet 24 jam,,,,hahaha,,,,no problem,,,,
tp tulah,,,,dia punya modem besar daaa,,,,,,

kui kui kui,,,,,,sabo jerlah,,,,,,

 
 
 
 
Comment by megat
2007-10-18 08:08:50

ntah bila gamaknya nk dpt servis yg at least dpt capai apa yg kita nak πŸ™

sib baik org kuning x dpt 3G, klu x habis la hijau dan biru eheh

..
Comment by Khai
2007-10-18 15:58:12

malaysia… oh tanahairku … πŸ™

..
 
 
Comment by kak lia
2007-10-18 22:02:24

khai!kak guna modem ni tp dari celcom punya….ada kebaikannya dan ada keburukannya modem tu…tp yang pasti ianya mudah dibawa kemana dan boleh online dimana je dengan laptop kita dan juga boleh digunakan pada pc kita juga…..

..
Comment by Khai
2007-10-19 17:17:45

itu la.. akak kaya boleh la…. ihihi

..
 
 
Comment by arasis
2007-10-19 00:52:37

hmm.. encik try compare maxis broadband ngn celcom broadband lak..
sy pun tringin nk gune.. tp too expensive la. mcm encik kate. kite kan full time students. adehh..deh..

..
Comment by Khai
2007-10-19 17:25:06

tak banyak perbedaan antara kedua dua ISP ni… sama je…..

..
 
 
Comment by dragonfly
2007-10-19 11:47:37

sadisnye…sabah xde lam coverage maxis broadband..mundurnye..nasib baik khai ingatkan supaya buat research..sabo je la….

..
Comment by Khai
2007-10-19 17:27:29

maxis takde.. kalau celcom rasanya dah boleh guna kat sana even takde 3G pon.. usya website dia..

..
 
 
Comment by Fahmishah
2007-10-19 15:34:53

3GB? hampeh nyoo..toron movie pon bape kerat je

..
Comment by Khai
2007-10-19 17:31:04

ahaahaa.. itu le pasal.. kalau nak lebih GB, kene siap minta kebenaran diorang.. hurmm….

ade baik dan buruknya.. buruknya paham2 sendiri dan baiknya pun, lebih kepada mereka yang tak suke torrent tapi mahukan connection yang laju tanpa gangguan.. fair orang cakap..

..
 
 
Comment by od3n
2007-10-19 18:11:47

aku pn gune maxis 3g wireless nih, cume yg xbest ye kt umah aku xde haha. seb baek kt kolej nie dpt… xsilap aku, torrent boleh gune dari 0000- 0600 kot. aku ade gune gak, tp lembab nk mampos. so senang2 gune je rapidshare, kan laju huhuh. dolod sampai 1++kb/s sape xmau.

..
 
Comment by vangardx
2007-10-21 23:38:15

olla olla..2 hari lepas aku ada masuk tgk dalam van promotion celcom broadband kat plaza alam sentral, mcm best je celcom 3g nie..cara nak konek dia ada 3 iaitu

1. henpon – harga dalam 5rat lebih dah ada yg second hand
2. usb – seribu lebih siot
3. pc card – vodafone nyer dalam 4rat lebih

tapi memandangkan connection jaring wireless aku sekarang ok..so tak berniat nak tukar celcom lagi la..mungkin tukar bila memerlukan..kat sini ada yg guna maxis 3g tu..tapi brdasarkan penceritaan mereka..kurang berpuas hati rasanya..

..
Comment by Khai
2007-10-24 00:25:17

haa…. ye ke? thanks for the info..

..
 
 
Comment by abdfatah
2007-10-22 09:23:57

kalo gitu cuba try citer pulak pasal digi broadband. mana laa tahu digi akan dapat lesen pulak nanti… hihiiii

digi perlu bertindak lebih agresif lagi dengan membuat survey saingan mereka yang mndapat kritikan karma itu…

..
Comment by Khai
2007-10-24 00:33:58

apa yang khai tahu, digi ni x dapat lesen sebab dia syarikat swedish.. kira dia kat malaysia ni di anak tirikan la… sedangkan yang hijau dan biru tu, x abis abis nak tiru idea mereka… itulah disebut, malaysia… x tahu la betul ke tidak..

..
 
 
Comment by azrolboyz
2007-10-23 08:57:27

tak berbaloi hahaha

..
Comment by Khai
2007-10-24 00:34:53

why yer?

..
 
 
Comment by musnaz
2007-10-23 16:14:56

minat jugak nak layan broadband nih. saya pengguna hotlink. tapi seriusly, celcom broadband jauh lebih luas dari maxis. digi tak tau la pulak.

..
 
Comment by Irwan
2007-10-23 23:45:48

Samalah macam Celcom Broadband pun; kalau kena pada lokasi, insya-Allah berdesup. Kalau tempat yg kurang ok, memang intermittent. Yg seeloknya, cuba dulu tengok lokasi yg saudara nak guna tu macam mana.

..
 
Comment by azmie
2007-10-24 22:27:40

aku baru jek tergerak hati nak langgan celcom broadband…aku pn memula berpandangan yg aku leh guna servis ni memandangkan celcom yg paling kamcing ngan telekom…dan straight aku pk yg coverage dier paling luas…tp berpandukan entri ko ni membuatkan aku merasa ragu2 ler plak…adeh ader servis broadband yg lain pn serupa cam tak payah ader jer…hmmmphh

..
 
Comment by catzer
2007-10-25 18:06:51

kawasan rumah aku bukan dlm kawasan coverage area..so suck..sgt sadis, meskipun aku tinggal kawasan bandar yg gah dgn title bandaraya, hampa..

aku beralih arah ke celcom, tp tiba2 laptop buat hal..huhuh..mmg jodoh aku ngan streamyx kot. :p

..
 
Comment by azleah
2007-11-06 22:37:21

ermm berbaloi ke? nak try gak amik ni.

..
 
Comment by sakit jiwa
2007-11-26 00:21:38

jangan ambik celcom broadband kalau anda x mau jadi sasau.cek abis2 dulu dgn bhgn.teknikal diorang,nanti jadi cam aku,hampir 1 bulan tapi lom pernah lagi merasa walau 1 jam browsing internet dgn hati senang.

..
 
Comment by azleah
2008-02-14 11:39:17

sg petani x buat lagi maxis broadband so just guna celcom broadband with express card. dush…. kira orait gak la.

..
 
Comment by Awangku Yusli
2008-03-15 22:56:19

Sejak aku duduk kat area ni (Taman Cempaka, Ampang), dah 3 ISP aku try. Mula2 dulu guna Streamyx. Cam ampeh. Dalam 10 minit connected, lebih 20 kali disconnected. Tension sangat, aku terminate Streamyx & sign up ngan Maxis Broadband yang guna modem gedabak tu. Mula2 ok gak laa.. tapi takde la laju mana. Sejak sebulan lepas, connection dah start teruk. Takleh connect laa.. disconnected laa.. no service laa.. In the end, aku terminate Maxis lepas 6 bulan pakai. Tak payah bayar penalti. Nak tau camana aku buat? Silalah baca blog aku yer.. hehehe… (http://ayusli.com)

Sekarang ni aku ngan Celcom Broadband. Baru seminggu pakai. Mula2 tu slow gak laa.. somehow USB modem aku takleh nak detect 3G network Celcom. Tapi tengah hari tadi, lepas aku reinstall 3G Watcher, dapat dah detect. Surfing pun best jer.

..
 
Comment by sue
2008-06-11 20:09:41

huhu…sy pengguna celcom broadband…bentuk dier sebijik mcm maxis broadband…umah sy kat lunas kulim n sy tgl kat taman n dier punya network memg best…sy penah on;ine ats bus tp tgk tempat jgk la bila dah masuk bandar sure ader punya..
waktu sy beli dulu rm 600 n monthly payment rm 98 …
i think ok ler celcom nie…

..
 
Comment by aligaban
2008-06-16 01:12:44

jiran aku pakai maxis broadband..connection die memang bagos..seperti saudara cakap..kalu kene pada kawasan nye memang berdesup..topik utamanya aku tidak memakai pon maxis broadband berkenaan..just tompang sekaki jiran aku punye..sungguh bertuahmye aku menjadi jiran beliau..

..
 
Comment by Maxis Customer
2008-07-28 18:29:33

A warning from one consumer to another:

DO NOT SIGN UP TO MAXIS BROADBAND!

If you love your kids, donÒ€ℒt let them use Maxis broadband.
Kids who surf slower, learn slower and with the added pressure from having an unstable internet connection and constant disconnection could lead them to having suicidal tendencies at such a young age.

IF YOU LOVE YOUR KIDS, SAY NO TO MAXIS BROADBAND!

..
 
Comment by nieyda
2009-09-25 22:48:35

khai…. hehe
pe beza broadband wireless ngan wired ek?
now baru je pakai broadband n still dalam minggu trial 7hari.
speed die kate 7.2Mbps, tp bapak la lembap.
angin gak r, dah habis dah menyumpah seranah bende ni.
bukan banyak habiskan mase searching tp asyik connect n disconnect jer!!! :p
kalau dalam mase 7hari ni same gak, memang harapan la nak teruskan….
die ade tulis kat ctu – Maxis Broadband Modem (Model E1762)

..
 
Comment by Khai
2009-09-25 23:02:32

pulang je balik before 7 hari.. wired dah tentu la laju sbb dia guna wayer.. hehehe.. bukan atas angin.. byk gangguan signal lain + angin + hujan etc..

..
 
Comment by Mohd Fa'ad
2010-01-13 13:09:54

aku gunakan pakej rm98 utk 3 gig. semuanya x de apa2 masalah ( walau sekejap teramat lembat, sekejap teramat laju ) hinggalah semalam bila aku baca kat web maxis.

From 4 January 2010 onwards, once you have reached the data volume quota for your subscribed package, your usage will be capped. You may purchase additional volume by signing in below. During the special introductory period from 4 January 2010 to 31 January 2010, your first 1GB purchase (XtraGig1) will be FREE.

apa yang dpt aku buat dengan pakej rm98 ( 3gig )?

jadi aku buat keputusan nak tukar combo streamyx rm110.00 betul2 punya unlimited, walau x laju sgt tapi stabil.

ada apa2 pendapat x?

pada yg cakap maxis laju tu, aku sarankan guna la dulu sebab lepas guna baru tahu. pastu jangan mimpi nak download movie sebab 1 movie lebih kurang 1gig, untuk pakej yang rm98 cuma ada 3gig je. so cuma boleh dapat 3 movie je, tapi aku pernah download sekali je sebab memang tak berbaloi. lepas tu walau aku duduk kat area yang laju, memang maxis yang slowkan connection tu. bila aku call maxis diaorg cakap connection slow sebab share bandwitch ngan penguna lain kat kawasan tu.

..
 
Comment by sora
2010-02-25 00:19:55

hello bro khai!!fuh mcm2 pndapat daa…bg ak laju dan stabil bru slesa nk surf klau tk stabil nk bt pa klau laju saja ayik kejap2 connect lpas tu disconect hampeh tol so klau download tiba2 disconect mmg mragam ar ak..korang tk pyah rgister untuk celcom broadband,maxis broadband or digi broadband sbab sia2 ja dah la kna byar sma taraf dengan wireles plak tu..lbih baek pkai wireles brbaloi dan puas hati..ala korang beli je celcom broadband prepaid just topup rm20ringt untk 2minggu..30hari bru je rm80 lpas tu msukkan preaid celcom broadband dlam modem usb contoh CSL,ZTE dn lain2..pkai modem CSL yg mndukong kelajuan shingga 3.5g mmg best ar layan beb..skrang ni pn sony ericson kluarkn modem usb kljuan dia tk ingt bleh tahan mahalnya dlam harga rm299.00 dlm area kedah sungai petani..lbih baek korang beli modem maxis broadband hnya rm180.00 pn bleh dpat dh untok modem saja..modem tu sma mcm pic kt atas tu just insert sim card cntoh bleh pkai celcom broadband prepaid nya.. πŸ™‚

..
 
Comment by Jack
2010-03-02 22:11:52

Kalau maxis boardband ada pedalaman Sabah

..
 
Comment by Jack
2010-03-02 22:28:10

Kalau maxis boardband ada kat pedalaman Sabah kan bagus supaya orang kampung tak la di katakan ketinggalan zaman ke kemunduran ke.. Tapi buat masa ini maxis agak menarik kerana kelajuan gprs nya.. Digi pula tak kurang hebatnya tapi kedengaran digi still use the same things and just i worry celcom very low connection..

..
 
Comment by lalala
2010-10-06 20:53:39

Apakah intenet yg sesuai untuk o9 gaming.aku jenis o9 yg x suka tutup pc.haha.heavy user.minta pendapat

..
 
Comment by ayin
2010-12-22 00:56:29

asku….knpe maxis broadband sye lembab erk>>>????? =( =( =( :bloody: :bloody: :bloody:

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post