
Lama yang teramat, blog ni tak tulis apa-apa pasal something yang melibatkan computer. Apalagi nak share software bagi korang download kan? Hurm, nak buat camne sebab Khai nak kena jimatkan bandwidth se’minima mungkin sebab qouta bandwidth 300GB sebulan hanya cukup-cukup makan. Hari terakhir setiap bulan, mesti merah meter bandwidth blog ni. Alhamdulillah, tak pernah lagi down sebab kehabisan bandwidth. Orang kampung kata, malu wei. Nasib Khai lelaki yang bijak merancang. Bila pulak nak try rancang keluarga ni eh?
Entri ni ringkas je tapi mungkin akan meningkatkan pengetahuan komputer korang kepada satu tahap yang lebih tinggi dari sekarang. Tanya diri sendiri, apa yang korang buat dengan RUN di komputer tu? Ramai la yang akan jawab, “msconfig”, “dxdiag”, “cmd” tak pun yang paling keji hanya tahu nak buka wordpad — “wordpad”.. So jom nengok apa lagi yang boleh korang buat melalui fungsi RUN yang dah ada sejak azali lagi.
Nak buka RUN, hold window key dan tekan R.. (more…)
Posted on 22 March '09 by KhaiHassan, under Tutorial. 44 Comments.
Oh! Artis bersama Sound Machine sedang menganjurkan satu contest di Oh! Artis. Menangi 2 tiket ke konsert gig Indie di KL secara percuma. Ayuh cepat! Anda hanya perlu memberi sebab kenapa anda ingin pergi dan 2 tiket percuma pasti menjadi milik anda!!

Justkhai bukan sebuah blog yang tertumpu ceritanya mengenai komputer sahaja dan jika korang pembaca setia di sini, korang mesti tahu yang Justkhai adalah sebuah ‘MIX BLOG’ iaitu bercerita mengenai pelbagai aspek tidak kiralah ilmuan, promosi, website, blogging, duniawi, akhirat, hiburan dan pelbagai lagi. Pendek kata, macam-macam ada lah. Bukanlah maksud Khai untuk menjadi mamat poyo atau kerek, tapi jika Justkhai ni bukan Khai punya sekalipun, pastinya Khai jadikan blog ni sebagai Favourite. Tahukah korang yang Khai menghabiskan 1/4 dari hidupnya untuk membaca blog ini? Bila Khai baca, Khai tak rasa pun yang artikel tu Khai yang tulis. So Khai boleh revise balik pelbagai perkara yang hampir Khai lupakan.
Orait, merujuk tajuk entri ni, ramai dan tersangat ramai bertanya Khai bagaimana untuk menaip laju? Yup, semua orang ingin menaip laju dan itu adalah satu advantage jika korang ingin bekerja di syarikat yang menggunakan komputer 100% untuk bisnes mereka. Apabila korang diterima bekerja di mana-mana syarikat sebegini, percayalah bahawa korang mempunyai eset saham sebanyak 100% dari kepercayaan bos. Akan tetapi, betapa sedihnya bila bos korang usya korang menaip dengan tersangat lembap dan percayalah juga saham korang pada hari tersebut akan jatuh merudum hingga tinggal 20%. Ini adalah perumpamaan sahaja yer. Mungkin juga tinggal 0% kalau tahap korang menaip dah macam kura-kura ingin belajar menaip. (more…)
Posted on 5 March '09 by KhaiHassan, under Tutorial. 102 Comments.

Pernah tak korang baca entri meningkatkan trafik blog atau pun nak mendapatkan income dari blog kat Justkhai ni? Rasanya belum pernah ada lagi tapi hari ni entri khas bagaimana cara nak meningkatkan traffik blog korang dan secara tak langsung meningkatkan juga pendapatan sampingan di internet. Ok, make it simple la ek?
1. Ping URL blog korang at least sehari sekali..
Ya ini yang Khai lakukan sejak dua menjak ni dan hasilnya, memang bukan kepalang. Banyak website yang menyediakan web ping ni, search sahaja Ping di Google. Antara website popular yang Khai selalu gunakan untuk Ping adalah di Pingler dan juga Ping My Blog.
Ping ni bertujuan memberitahu semua jenis search engine supaya cepat hantar tentera spider dia tu ke blog korang. Ini akan membuatkan setiap entri yang korang tulis, tak sampai 10 minit dah ada di Google. Ingat, lakukan sehari sekali atau mungkin setiap kali selepas buat entri baru.
2. Menambah Site Update Services di WordPress
Ini adalah kelebihan bagi pengguna WordPress yang berbayar. Jika korang menggunakan WordPress, tak perlu lagi nak ping sebenarnya (macam no 1 tu), sebabnya WordPress dah sediakan function ping ni setiap kali korang publish sesebuah entri. Ok, ikut tutorial ringkas kat bawah ni.
WordPress Dashboard > Setting > Writing
Kemudian korang copy semua yang ada di sini, dan paste di bahagian Update Services. Save changes..
3. Submit URL website korang khas untuk Google
Kalau Khai tanya, search engine apa yang paling top dan paling berkesan sekarang ni, ada lagi tak antara reader di Justkhai ni yang tak kenal Google tu ape? Hehehe. Kalau rasa diri tu kenal, submit URL blog korang khas untuk Google sahaja. (more…)
Posted on 1 March '09 by KhaiHassan, under Blog, Tutorial. 206 Comments.