Memulakan kehidupan seperti biasa semula

Dari meja kamarku ku menulis. Artikel sebelum ini mengenai Khai yang dah pun berhijrah ke Ampang. Alhamdulilah la rumah ni memang much better dari rumah yang sebelum ni. Parking kereta berbumbung cantik, pagar rumah pun automatik, siap ada alarm system lagi. Terima kasih tuan rumah. Tapi melampau sangat sampai ada kucing jalan dekat pun dia bantai nak berbunyi. Hahah!

Hari tu masa call lori nak bawa barang dari Bangsar ke Ampang dia cakap RM180 je. Tapi lepas angkat semua barang dalam lori, harga dah jadi RM380. Cisdel! Alasan dia sebab barang banyak yang berat-berat dan tinggi. Ala kerja angkat 3 orang pun nak kecoh. Tapi takpelah kalau tak bayar karang, takkan nak angkut sendiri satu-satu bawa jalan kaki? Hehe. Habis je punggah barang dari lori petang tu terus pergi Sen Heng beli mesin basuh dan Aircond. Fuh, gila sentimental hidup rasa nak tidur je 24 jam. Ahaks!


* Apek datang lumah pasang itu aircond loh.

Beberapa hari selepas pindah tu, Astro pun datang untuk pasang piring Astro yang diorang buka dari rumah di Bangsar tu. Segalanya berjalan lancar dan baik sekali setakat ini. Still berbelah bagi lagi yang Astro ni nak pasang kat office ke tidak ye? Karang kalau pindahkan ke office, bosan pulak tak dapat nengok TV kat rumah. Nak masuk kat dua-dua tempat, apekejadahnya pulak. So buat masa ni, biarkan Astro ni kat rumah je dulu. (more…)

Posted on 11 June '11 by , under Hidup Khai. 61 Comments.