PRU 13 di mata aku

20130509-120138.jpg

PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. Pihak B yang tewas pula bangkitkan isu penipuan SPR dan macam-macam hal lagi dan terus-menerus membangkitkan rasa kemarahan dalam diri rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Malam pengumuman, jelas dapat kita lihat di kaca TV kawalan mereka, yang menang banyak pada BN dan DAP sahaja dari chart yang dipertontonkan dan diumumkan. Apa lagi tujuannya kalau bukan nak rakyat Malaysia kata “Haaa kan orang cina yang banyak menang. Sokong lagi si parti B tu!!“. Pada aku ianya telah dirancang menyebabkan kemenangan dari PAS dan KEADILAN disimpan dahulu dari diumumkan awal dan ada darinya langsung tak diumumkan pun. (more…)

Posted on 9 May '13 by , under Politik. 25 Comments.

Muntader al-Zaidi kini di Wikipedia


Semua orang nak jadi popular. Mudah je nak tahu orang tu popular atau tidak. Sila buat semakkan nama di Wikipedia. Andai kata nama korang pun ada di Wikipedia, mean korang ni bukan calang-calang orang. Korang dah kira popular la tu. Nama Khai ada tak ye di Wikipedia? Ada hati ye tak? Berangan je la ko Khai. Hahaha but maybe someday. Siapa tahu?

Korang still ingat peristiwa Bushoe – George Bush dibaling kasut? Malang sekali balingan Muntader al-Zaidi langsung tidak mengena walau dua kali diberi peluang. Mungkin kasut saiz 10 tu terlalu berat atau mungkin, tangan dia memang jenis tak berbedung? Bush pun boleh tahan hebat mengelak ye tak? Mesti masa kecik selalu main baling selipar ni. Apapun keberanian Muntader menghina Bush dengan cara membaling kasut sememangnya mendapat pujian ramai sehinggakan kini di negara sebelah timur dah anggap Muntader ni sebagai hero mereka. Mungkin kerana keberanian Muntader yang tiada pada orang lain. Kalau ada pun ada je la, buat nya tak berani.

Dan kini, Muntader al-Zaidi dah pun wujud di Wikipedia. Semudah itu dengan cara membaling kasut. Boleh ke kalau kita nak kategori’kan apa yang Muntader ni buat sebagai satu Jihad? Hurmm.. (more…)

Posted on 13 January '09 by , under Politik. 28 Comments.

Bila Pemimpin Kita Duduk Semeja


Jika korang baca entri ni pada pagi Jumaat, mungkin Khai dah gerak ke Kuala Lumpur kot. Esok Sabtu, nak jumpa client bincang pasal web projek terbaru. Web Ais Krim Mingo-Mingo katanya. Tak tahulah. Then ingat nak nengok member Khai yang baru lepas kemalangan. Harap si Syed cepat kembali pulih macam biasa. Tu la rempit lagi. Neway, Doakan Khai semuanya setel dengan segera yer. Kang tak berupdate plak blog ni dan oh oh tu semua karang.

Lepas isu harga minyak naik je, terus slow orang bercerita pasal dunia politik kan? Apa lagi bila harga minyak dah pun turun balik macam biasa. Tak sempat pun Anwar Ibrahim nak jadi hero. Ah lantak. Ape pun ni ada something yang buat Khai ketawa tergolek-golek. Habis kotor baju. Haha, gurau jer. Serious, memang best. Tapi Khai dah edit sikit la mana part yang tak berkenaan.

Saja aku terbayang kalau 4 pemimpin iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Pak Lah duduk semeja dan untuk berbincang tapi sebelum tuh masing-masing pakat order makan dulu. mungkin ini dialog-dialog yang bakal terjadi…

waiter : ok tuan-tuan nak minum apa?

anwar : saya seorang humanist, peka kepada kesusahan rakyat jadi bagi saya minuman biasa rakyat marhaen saja, teh o ais satu dan sebab saya sudah biasa dengan makanan jail bagi nasi kosong dan ikan kembung goreng satu. air teh tuh tolong test dulu takut-takut ada ARSENIK!

nik aziz : bung nuar panggil ambo ko? (more…)

Posted on 26 December '08 by , under Politik. 28 Comments.