Apple Mac App Store!

Salam guys! Hari ini mungkin satu hari yang bersejarah kot untuk pengguna Apple Mac diserata dunia apabila Apps Store untuk Mac akhirnya dilancarkan seperti yang dijanjikan pihak Apple sebelum ini. Khai rasa ini first time lah kot ada OS yang lancarkan Apps Store di mana menempatkan beribu-ribu applikasi dan game menarik di dalam satu tempat.

Ya game! Seriously ini memang yang dinantikan oleh pengguna Mac untuk memadam kebosanan ketiadaan game menarik untuk dimainkan. Jika korang adalah pengguna iPhone dan korang happy dengan pelbagai apps yang boleh di’download percuma mahupun berbayar dan berjaya memudahkan urusan harian korang, kini pengguna Mac boleh tersenyum puas!

Bila korang lakukan software update dan restart, akan nampak satu lambang yang sangat familiar untuk pengguna iPhone dan iPad iaitu lambang “App Store” di bahagian Dock.

Dan berikut adalah wajah pertama Mac App Store. Klik gambar untuk saiz sebenar ye! (more…)

Posted on 7 January '11 by , under Apple. 56 Comments.