(Apps) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

Review Nokia N8 diteruskan lagi (untuk yang berminat mengikutinya). Sebelum ini Khai dah buat sedikit review pasal Intro, Photo dan video. Siapa yang dah tersesat ke entri ini tanpa membaca entri yang lepas, korang tahu apa yang korang patut buat kan? Hehe.

OVI rasanya bukan satu nama yang pelik lagi bagi pemilik Smartphone dari Nokia. Bagi pengguna Nokia, semua benda yang korang nak buat kat phone tu, semua akan guna OVI. Nak pindah file ke komputer, korang akan guna Nokia Ovi Suite. Kalau nak download apps yang best-best, korang akan download apps ke dalam phone melalui website Ovi.com. Nokia fokus lima perkara penting melalui Ovi ni iaitu Games, Map, Media, Messaging dan Music. Dari semua perkara ni, banyaklah thirt party developers yang dah pun membangunkan macam-macam apps khas untuk Nokia dan Symbian OS.

Nokia Ovi Store buat masa ni mungkin tak setanding dengan Miscrosoft, Apple Store atau Google Android Store sebab diorang dah ada beratus ribu apps untuk di’download. Tapi melihat perkembangan Ovi Store ni, dari masa ke semasa, suatu hari nanti mungkin akan setanding dengan phone store yang lain. Apapun, apa yang ada kat Ovi Store sekarang ni, dah jauh lebih cukup dari apa yang korang perlukan untuk buat phone korang best!

Dengan wujudnya Ovi Store ni, korang memang tak perlu lagi nak download apps dari mana-mana kat internet ni. Semuanya dah dikumpulkan ke dalam satu tempat. Kalau korang access Ovi Store melalui phone, korang pilih je mana-mana apps yang menarik, terus dia akan download dan install’kan siap on the spot. Memang seronok kot install macam-macam apps dan cuba. Kalau tak suka, dengan sekali touch, terus boleh remove balik. Nokia cakap, lebih dari 2.5 juta download yang dicatatkan setiap hari. Tak ke satu perkembangan yang hebat buat Nokia tu?


* paparan utama website Nokia Ovi Store

Anyway, korang perlu ada akaun untuk access Ovi Store ni. Tak susah pun nak buat akaun dia. Boleh create dari phone atau pergi ke website diorang dan register satu akaun. Bila dah login, antara paparan berikut dapat korang access untuk men’download dari mana-mana kategori apps yang tersedia kat sana. (more…)

Posted on 6 November '10 by , under Review. 40 Comments.