PRU 13 di mata aku

20130509-120138.jpg

PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. Pihak B yang tewas pula bangkitkan isu penipuan SPR dan macam-macam hal lagi dan terus-menerus membangkitkan rasa kemarahan dalam diri rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Malam pengumuman, jelas dapat kita lihat di kaca TV kawalan mereka, yang menang banyak pada BN dan DAP sahaja dari chart yang dipertontonkan dan diumumkan. Apa lagi tujuannya kalau bukan nak rakyat Malaysia kata “Haaa kan orang cina yang banyak menang. Sokong lagi si parti B tu!!“. Pada aku ianya telah dirancang menyebabkan kemenangan dari PAS dan KEADILAN disimpan dahulu dari diumumkan awal dan ada darinya langsung tak diumumkan pun. (more…)

Posted on 9 May '13 by , under Politik. 25 Comments.