Masihkah korang ingat dengan Siti Musliha?


Kualiti gambar yang… err.. dah tak jumpa yg lain dah. Seriously!

Alhamdulillah. Dunia blogging kat Malaysia ni dapat dilihat semakin berkembang. Ramai yang dulunya tak berminat dengan blog dan selalu memperlekehkan mereka yang mempunyai blog, akhirnya menjilat semula ludah percakapan main lepas mereka. Bagus la macam tu. Benda baik kan? Kalau bukan kita nak angkat nama Malaysia dalam bidang blog ni, siapa lagi.

Mungkin dulu memang wujud sifat persaingan blog siapa lebih popular dalam diri Khai. Tapi hari ini semua tu tiada lagi. Mungkin orang kata sebab dan matang kot dalam dunia blog ni. Buat masa sekarang, Khai ber’blog hanya kerana satu iaitu sekadar berkongsi pendapat pada sesiapa yang sudi membaca. Korang la tu. Hehe. Thanks eh!

Oh! Artis pun dilihat semakin maju. Dulu ada seorang hamba Allah ni yang mencerca Oh! Artis tu sebagai laman web hiburan tak laku jika dibandingkan dengan web hiburan dia. Tapi sekarang dah terbukti siapa lebih popular. Ok Ok! Tak nak sebut pasal siapa lebih popular. Cuma apa yang boleh dijadikan pengajaran di sini, jika hari ini blog anda popular, jangan sombong dan bongkak. Hidup ni macam Eyes on Malaysia je. Kejap korang kat atas dan kejap korang kat bawah. Karma hidup memang begitu.

Berbalik kepada tajuk artikel ni, korang masih ingat dengan seorang kanak-kanak kurang upaya bernama Siti Musliha? Entah kenapa, dia dari dulu sampai sekarang masih segar dalam ingatan Khai. Dan sekali-sekala, entah mengapa muncul pasal dia dalam fikiran ni. Tertanya-tanya, apa jadi pada dia? Dan bagaimana keadaan dia sekarang. (more…)

Posted on 26 May '09 by , under Motivasi. 88 Comments.