Imageshack VS Photobucket VS Flickr – Mana satu pilihan anda?


Ok, blog dah kembali sihat, mula’lah tuan dia gatal nak share something dengan readers. Korang kenal apa itu Imageshack, Photobucket dan Flickr (disebut flicker)? Ya, semua tu adalah Free Image Hosting yang paling popular atas muka bumi ni. Kalau ada yang tak kenal atau mungkin baru pernah dengar, sah lah memang korang patut terima jawatan AMN dari Yang di Pertuan Agung. Bukan Ahli Mangku Negara tapi Aku Masih Newbie. Hehehe.

Untuk pengguna Blogspot, rasanya korang tak perlu kisah pasal free image hosting ni, kerana di Blogspot dah tersedia tempat untuk korang upload file kan? Ini berbeza untuk sesebuah blog self hosted yang mempunyai ramai reader, bandwidth selalunya menjadi penghalang yang paling besar untuk kelancaran sesebuah blog. Lebih banyak gambar yang dihoskan sendiri, lagi ligat bandwidth bergerak. Itu belum kira gambar yang diambil orang mereka yang tak bertanggungjawab dengan meletakkan di blog tanpa proses download dan upload semula (hotlinking orang panggil).

Selain dari bandwidth, gambar yang di’load oleh ramai orang dalam satu-satu masa akan meningkatkan peratusan load server yang memungkin’kan hosting korang akan disuspend oleh pihak hosting. Kerana itu ramai perlu mencari cara lain untuk host’kan gambar di internet biarpun leceh sedikit berbanding upload terus dengan begitu mudah melalui WordPress kan? Antara blog Khai yang yang terpaksa menggunakan free image hosting adalah Oh! Tidak dan Oh! Artis di mana dua web tu sememangnya menerima banyak hit setiap hari dan memang banyak sangat gambar yang ada kat sana. Tapi soalnya, Photobucket, Imageshack atau Flickr? Jom kita detail’kan satu persatu. (more…)

Posted on 1 April '09 by , under Tutorial. 54 Comments.